P

August 1, 2011

PUASA UNTUK TAQWA

Firman Allah s.w.t.

‘Wahai orang-orang-orang yang beriman, difardhukan puasa ke atas kamu seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, semuga kamu bertaqwa.
Suratul Baqarah – 183.

Seruan dalam ayat ini ialah kepada orang-orang mukmin
Orang Islam belum lagi disebut beriman kalau dia tidak menurut perintah Allah s.w.t.
Sekumpulan Arab datang memperagakan Islam mereka kepada Nabi Muhmmad s.a.w. dan mengatakan ‘Kami beriman.’

Allah menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan kepada mereka, ‘Kamu belum beriman. Kamu hanya baru masuk Islam. Katakan ‘Aslamna.’
(Rujuk Surah al Hujurat 14).

Ada orang Islam, tetapi belum beriman wujudnya kitab Al Quran.
Ada orang Islam beriman dengan kitab Al Quran, tetapi tidak beriman dengan isi kandungan dan hukum-hakam di dalamnya.
Mereka tidak menurut apa yang diperintahkan di dalam Al Quran.
Mereka tidak mengindahkan amaran-aman Al Quran.
Kitab Al Quran menyatakan

‘Allah cinta kepada orang-orang yang bertaubat, Allah cinta kepada orang-orang yang suka membersihkan diri.
Surah Al Baqarah 222.

Ada manusia tidak mahu memahami al Quran.
Sebahagian manusia tidak faham makna bersih.
Kerana itu ada manusia tidak suka bersih. Mereka tidak suka pula orang lain bersih.
Maknanya mereka tidak memahami kehendak Al Quran.
Agama suruh kita bersih. Islam suruh kita bersih.


Tuhan wujudkan dalam diri kita perkara baik dan jahat. Berjayalah orang yang membersihkan hatinya dari segala kejahatan. Kecewalah orang yang mengotorkannya. (Surah As Syams 9-10).
Tuhan beri dalam diri sifat fasik dan sifat taqwa.
Beruntunglah orang yang membersihkan dirinya dari sifat fasik dan segala yang mazmumah. Beruntung dia kerana mengekalkan taqwa.
Mafhumnya, Allah suka orang yang bersih. Bersih dari segala gejala jahat.
Tanda beriman ialah suka membersihkan diri.

Nabi bersabda, ‘Kebersihan sebagian dari iman.’ – Riwayat Muslim.
Bersih juga sifat orang bertaqwa.
Orang bertaqwa suka sembahyang.
Orang sembahyang mesti bersih.
Mengapa kita hendak jadi orang bertaqwa?
Kerana, orang bertaqwa itu dicintai Allah s.w.t.
(surah Al Imran 76)

Tak mahukah kita jadi orang yang dicintai Allah s.w.t.?