P

August 8, 2011

PUASA MENUJU TAQWA

KELEBIHAN TAQWA

96.Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Surah Al A’araf 96).

Orang-orang yang bertaqwa dilimpahi rezeki dan keberkatan dari Allah seluas langit dan bumi. Namun sebahagian manusia mendustakan Nabi dan ajarannya hingga engkar dan menentang orang yang membawa ajaran Islam.

Allah juga bukakan jalan kepada orang bertaqwa.

‘Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

(Surah at Talak 2).

FirmanNya lagi,

‘Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya Segala urusannya.

(At Talak ayat 4)


Allah melindungi keaiban orang-orang yang bertaqwa. FirmanNya,

‘Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. (Surah At Talak 5),


Allah memerintahkan supaya dalam bertaqwa, hendaklah bersungguh-sungguh. FirmanNya,

‘Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(Surah Aali Imran 102).

Rujukan:

Al Quran

Tafsir Al Azhar – Hamka

Sahih Bukhari

Mustika Hadith – Abdullah Basmeh

Puasa dan Penghayatan Ramadhan – Safwan Fathi