P

August 3, 2011

KURUS DEK PUASA

SEJARAH PUASA

IBADAH puasa bukan difardhukan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja. Umat terdahulu juga diwajibkan berpuasa.

Nabi Musa puasa hingga 40 hari. Nabi Daud puasa enam bulan, iaitu puasa selang sehari.

Dalam surah Maryam disebutkan bahawa Nabi Zakaria a.s. berpuasa. Baginda tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan hubungan kelamin. Malah baginda juga tidak bercakap. (ayat 10)

Demikian juga Maryam sendiri berpuasa. (ayat 26).

Puasa juga menjadi ibadat kepada agama Mesir purba.

Di kalangan setengah agama, pengikutnya dikehendaki berpuasa dari memakan daging, ikan, telur dan susu.

Di zaman moden ada orang puasa dari memakan daging dan menamakan kumpulan mereka sebagai ‘vegetarian’ – pemakan sayuran.

Ada juga orang berpuasa dengan bertapa mengasingkan diri di tempat jauh dari manusia. Di gua atau mengurung diri dalam tempat sunyi. Ada yang puasa untuk menuntut ilmu hitam.

Kini orang berpuasa dengan pelbagai tujuan. Untuk kurus badan.

Untuk turunkan berat badan.

Untuk ramping. Untuk nampak cantik. Tidak mahu gemuk.

Pada hal cantik itu niali nisbi. Ukuran manusia.

Tidak semua orang memandang kurus itu cantik. Tidak semua orang suka yang kurus.

Tidak semua orang memandang gemuk itu tak elok. Tidak semua orang benci yang gemuk.

Tapi ada orang buat penilaian melampau. Gemuk tak elok.

Katakan pula nasi lemak punca murid-murid gemuk. Lagi andaian melampau.

Tak boleh jual nasi lemak. Habis melampau, kerana tutup rezeki orang.

Adakah kita mau supaya anak-anak kita kurus belaka, lembik, tak bermaya.

Nabi bersabda,

‘Orang beriman yang kuat itu lebih dicintai Allah dari orang mukmin yang lemah.’ Hadith riwayat Muslim.

RENUNGKANLAH!