P

May 22, 2010

MUDAHKAN URUSAN

Hadith 36 Arabic textDARI ABU HURAIRAH dari Nabi s.a.w. sabda Baginda,

" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Barangsiapa

Dan barangsiapa yang memudahkan atas seorang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya semasa di dunia dan juga di akhirat.
Riwayat Muslim.

Islam adalah agama yang mudah.

Contoh-contoh perkara mudah dalam agama Islam

1. Boleh Solat qasar dalam musafir

2. Boleh meninggal puasa dalam musafir

3. Boleh meninggal puasa jika uzur / tua / haidh / wiladah

4. Tiga pilihan membayar denda meninggal puasa:

- Bebaskan hamba

- Puasa dua bulan berturut

- Bagi makan 60 orang miskin

5. Tayammum ganti airwudhuk

6. Solat duduk jika tak mampu berdiri / solat baring

Sabda Rasulullah s.a.w.,

Yassiru wala tu’assiru

Firman Allah:

Fainna maal yusri yusra

Inna ma’al yusri yusra

CONTOH MEMUDAHKAN KERJA ORANG LAIN

Saidina Abu Bakar As Siddik ketika mula menjadi khalifah telah diuji dengan berbagai peristiwa.

Suatu ketika dia sedang berjalan-jalan di luar rumahnya. Seorang anak perempuan menegurnya dengan berkata,

‘Sekarang tidak ada lagi orang yang akan menolong kami memerah susu ternakan untuk kami.

Sebelum itu, Abu Bakar memang sering menolong keluarga perempuan tersebut memerah susu ternakan untuk mereka.

Maka jawab Khalifah Abu Bakar,

‘Jangan khuatir, wallahi aku akan menolongmu memerah susu itu.’

Dan sesungguhnya Khalifah telah melakukakan seperti yang dijanjikannya. (M. Natsir, Fiqhud Dakwah).

PERISTIWA

Suatu ketika seorang Arab Badwi datang kepada Rasuullah s.a.w. hendak belajar agama Islam. Tetapi sikap dan tutur katanya sangat kasar, kerana dia seorang yang tidak berpelajaran. Ada para sahabat yamg tidak senang hati hingga naik marah dan mau membunuhnya.

Rasulullah s.a.w. tetap tenang melayannya dengan baik, sehingga akhirnya orang itu berubah menjadi elok serta bersopan santun.

Lalu Baginda Rasulullah s.a.w. bercerita dengan para sahabat membuat perbandingan tentang orang itu.

Sabda Baginda,

Ada seorang lelaki Arab Badwi mempunyai seekor unta. Satu ketika unta itu terlepas lari, lalu orang banyak beramai-ramai mengejarnya. Tetapi semakin dikejar, semakin jauh larinya.

Maka tuan punyai unta berseru kepada orang ramai yang sedang mengejar-ngejar unta itu.

‘Biarkanlah urusan aku dengan untaku itu. Aku lebih kenal sifat-sifatnya dan lebih sayang kepadanya daripada kamu sekelian.

Lalu dia dekati unta itu. Diambilnya rumput kering, diumpannya sehingga unta datang sendiri kepadanya, terus duduk bertekuk lutut. Tuannya terus memasang pelana dan llangsung duduk diatas unta. Unta itu tidak membantah apa-apa.

Kata Rasulullah, demikianlah ibarat kamu dan orang yang datang berjumpa aku tadi. Sekiranya aku biarkan kamu dengan kata-kata kasar yang diucapkkan orang itu, mungkin kamu akan membunuhnya dan dia masuk neraka dalam kesesatan.

Maksud orang ramai mengejar unta itu memang baik, kerana mau mengembalikan unta kepada tuannya. Tetapi usaha tuan punya unta itu lebih berhasil, kerana dia lebih mengenal sifat dan kerenah unta tersebut. oral dari cerita ini:

MORAL CERITA INI

Hendaklah bijaksana dalam memilih jalan yang mudah. Bukan semua perkara boleh diambil mudah.

KESIMPULAN

1. MEMUDAHKAN urusan – yassiru wala tu’assiru bassyiru wala tunaffiru

2. Sifat agama Islam itu mudah. Addin yusru

3. Mudahkan pelbagai urusan:

- Laluan buang halangan

May 17, 2010

APA MANFAAT ILMU YANG DITUNTUT


Menuntut ilmu adalah satu fardhu . Sabda Rasulullah s.a.w.,

‘Menuntut ilmu adalah satu fardhu atas tiap-tiap muslim.

(Hadith riwayat Ibn Majah).

Ilmu yang wajib dituntut ialah ilmu yang bermanfaat.

Kata Imam Al Ghazali dalam Bidayatul Hidayah: Ilmu yang memberi manfaat itu ialah,

1. ilmu yang boleh menambah takutmu akan Allah s.w.t. (Yang boleh menambah taqwa).

2. Menambah dalam penglihatan hatimu akan kecelaan dirimu

3. Menambah ibadatmu kepada tuhanmu

4. Mengurangkan kecenderungan kepada dunia

5. Menambah gemar kepada akhirat

6. Membuka mata hatimu terhadap perkara yang membinasakan ilmu hingga engkau berusaha memelihara ilmu.

7. Memperlihatkan tipu syaitan dan perdayanya.

Ilmu yang perlu dituntut ada tiga macam:

1. Ilmu Usuluddin - tauhid

2. Ilmu Syara’ –ilmu fekah

3. Ilmu batin – ilmu tasauf.

Had fardhu ain dalam belajar.

Had ilmu usuluddin : mengenal zat Allah, mengenal wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah. Mengenal rasul-rasul dan segala kitab dan malaikat.

Kadar fardhu ain bagi ilmu syara’: mengetahui taharah, sembahyang, puasa haji, zakat dan segala yang membatalkannya. Lebih dari itu adalah fardhu kifayah.

Kadar fardhu ain bagi mempelajari ilmu batin iaitu ilmu tasauf: sejahtera ia daripada yang membatalkan pahalanya. Seperti seseorang yang apabila sembahyang dengan riya’ atau ujub atau sumaah, maka membatalkan ia pahala sembahyangnya.

ILMU TASAUF

Ilmu tasauf adalah ilmu yang sayugia dituntut walaupun di umur lanjut, iaitu untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Biarlah dihabiskan umurnya seseorang dengan mengaji ilmu tasauf dan mengamalkannya. Tiap-tiap kali membanyakkan mengetahui ilmu tasauf, maka banyak takutnya akan Allah s.w.t.

PENTINGNYA ILMU TASAUF

KATA Imam Ghazali di dalam Ehya:

Barangsiapa tiada baginya ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya suul khatimah yakni mati dalam maksiat. – dinaqal Abdus Samad Al Falembani dalam Hidayatus Salikin

May 15, 2010

GANJARAN MENOLONG SAUDARA

MELEPASKAN KESUSAHAN ORANG LAIN

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda :

" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Riwayat Muslim.

Di dalam dunia ini banyak kesusahan. Di akhirat (hari kiamat) juga banyak kesusahan. Sesiapa yang menolong saudaranya melepaskan satu dari kesusahannya di dunia itu, maka Allah akan menolongnya melepaskan satu dari kesushan yang dihadapinya di hari akhirat.

Manusia ini sememangnya bersifat lemah. Sebahagian dari kesusahan dunia tidak upaya dihadapinya bersendirian. Hanya dengan pertolongan orang lain baru dia berupaya menghindarkan kesusahan itu. Oleh kerana itu dia perlu kepada pertolongan orang lain.

Di sinilah letaknya nilai iman seorang Islam. Orang beriman itu adalah bersaudara diantara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t.

'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Surah Al Hujurat ayat 10.

Orang Islam yang beriman itu sifatnya sentiasa menolong saudaranya

Tanggung jawab menolong saudara itu akan hanya timbul melalui nilai iman.

Ini dikuatkan lagi dengan saranan dari Rasulullah s,a,w,

La yukminu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ba yuhibbu li nafsihi. (Syaikhan)

'Tidak beriman seorang dari kamu hinggalah dia kasihkan saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Orang yang mengasihi saudaranya, sudah pasti sentiasa sanggup menolong saudaranya melepaskan sebarang kesusahan yang ada padanya.

Firman Allalh s.w.t.,

'Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.

Surah Al Maidah ayat 2

Rasulullah s.a.w. mengukuhkan lagi persaudaraan orang-orang beriman itu dengan sabdanya,

Mathalul al mukminin fi tawaddihim wa tarahumihim...

‘Bandingan orang mukmin dalam berkasih sayang dan kemesraan adalah seperti sebatang tubuh. Bila salah satu dari anggota merintih kesakitan, maka segala anggota lain akan turut sama berjaga malam dan juga demam. (riwayat Shaikhan).

GANJARAN MENOLONG SAUDRA

KATA Abu Musa Al Ash’ari, apabila ada orang datang kepada Rasulullah s.a.w. meminta atau memohon sesuatu hajat, baginda bersabda,

Ishfa’uu tu’jaruu

‘Usahakanlah menolongnya, nescaya kamu mendapat pahala.’

(riwayat Bukhari). Mustika 3:350

HADITH YANG HAMPIR SAMA MAKSUD

MAN KANA FI HAJATI AKHIHI KANA LLAHU TAALA FI HAJATIHI

(Riwayat Ahmad)

‘Barangsiapa yang menolong memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya pula. (Riwayat Ahmad)

Pengajaran:

1. Hadith ini mengajar manusia hidup bermasyarakat.

2. masyarakat yang baik adalah masyarkat yang bantu membantu antara satu sama lain.

3. Islam menggalakkan umatnya sentiasa meningkatkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim melalui sifat suka menolong dan membantu orang lain.

4. setiap amalan kebajikan yang dilakukan orang beriman tetap menerima ganjaran setimpal di hari akhirat kelak.

5. menolong saudara dalam kesusahan dan dalam masa kecemasan adalah satu ujian keimanan kepada seorang yang beriman.

nnn

May 1, 2010

MENJUAL DIRI

PERNIAGAAN NADI PENTING UMAT MUHAMMAD

Kullun nas yaghdu- fa bai un nafsahu. Fa muktiquha aw mubiquha

TIAP manusia beruaha maka dia menjual dirinya. Ada yang membebaskannya dan ada pula yang membinasakannya. Riwayat Muslim

FIRMAN ALLAH SWT dalam surah Al Jumuah:

9. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

10. kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

11. dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Aljumuah 9-11

Dalam ayat-ayat tersebut terdapat panduan berniaga.

1. Apabila diserukan azan, maka hendaklah berhenti berniaga dan tunaikan solat dengan segera.

2. Selepas menunaikan solat boleh meneruskan perniagaan.

3. Dalam perniagaan hendaklah sentiasa ingatkan Allah: jangan menipu atau rasuah. Dengan banyak berzikir itu dapat kejayaan dan keuntungan (lihat tafsir Ibnu Kathier). Ingatkan Allah dalam berniaga merangkumi:

1. Rukun syarat berniaga

2. Peraturan berniaga

3. Adab berniaga

4. Kewajipan sebagai peniaga.

Ingatkan Allah dalam masa berniaga juga bermaksud urusan perniagaan bukanlah selesai di dunia sahaja. Urusniaga tanpa kerelaan akan membawa kejalan yang batil dan mendatangkan saham nerakal.

PERISTIWA

Nabi Muhammad s.a.w. sedang berkhutbah Jumaat apabila satu rombongan ahli perniagaan masuk ke kota Madinah. Ramai jamaah keluar masjid meninggalkan hanya 12 orang mendengar khutbah Baginda. Maka turunlah wahyu menegur kelakuan sebahagian jamaah itu.

Aljumuah 9-11

Demikianlah ditunjukkan kisah berniaga di dunia. Kerana perniagaan, orang sanggup meninggalkan khutbah Jumaat. Hari ini mungkin ada orang yang tidak langsung sembahyang Jumaat kerana sibuk berniaga.

Bagaimana perniagaan akhirat?

Allah menyatakan dalam bentuk penjelasan dan pujukan.

Firmannya, surah As Saff

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman. ASSAF 10=13

JENIS PERNIAGAAN IALAH:

1 Beriman dengan Allah dan Rasulnya

2 Berjihad dijalan Allah dengann harta dan jiwa raga

KEUNTUNGAN:

1 Diampunkan dosa

2 Dimasukkan ke dalam Syurga Adnin

3 Pertolongan (nasrun) dari Allalh

PERNIAGAANN ORANG MUNAFIQ

Dalam suratul Baqarah Allah menceritakan perniagaan orang Munafiq:

14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

AL BAQARAH 14-16.

Orang-orang munafq itu sebenarnya ada hidayat di sisi mereka, tapi digunakan untuk membeli kesesatan.

Kerana itu perniagaan mereka tidak beroleh keuntungan.

Malah mereka tidak beroleh keuntungan sedikit pun.

SAIDINA UTHMAN

Baginda sunbang 300 ekor unta untuk perang Tabuk.

Dalam surah Luqman Allah berfirman,

6. dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.

Luqman 6.

7. dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, berpalinglah Dia Dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah Dia Dengan balasan azab Yang tidak terperi sakitnya.

PENGAJARAN

1. Kehidupan dunia ibarat perniagaan

2. Berusahalah membebaskan diri dari perangkap dunia perniagaan

3. Keuntungan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.