P

August 9, 2011

SEGERA HISABNYA

PERINTAH BERTAQWA

Perintah bertaqwa datang dalam berbagai cara. Ia berkait dengan kehidupan manusia yang mencabar. Malah ia berkait dengan kehidupan dunia maupun akhirat.

Firman Allah s.w.t.


Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya

Al Maidah 4

Dalam hidup ini, hendaklah kita sentiasa menghubungkan silaturrahim. Jauhi sifat buruk, ganas, atau menzalimi orang lain. Walaupun kita berkuasa, tidak bermakna kita boleh berlaku sekehndak hati. Allah amat cepat memberi hitungan dan menghisab mereka yang zalim.

Dari sejarah yang lalu, diperlihatkan manusia ditimpakan balasan bencana terhadap perbuatan jahatnya semasa di dunia lagi. Namun di akhirat kelak tetap menerima balasan.

ALLAH BESERTA ORANG BERTAQWA – MUTTAQIN

Allah memberi hak peribadi kepada setiap hambanya.

Firmannya,

Sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Al Baqarah 194

Dalam menuntut ilmu, jangan sekali-kali membelakangkan Allah atau meninggalkan perintahnya dan melanggar laranganNya.

Ilmu adalah hak Allah dan datang daripadaNya.

Firmannya,

282. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah yang mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Al Baqarah 282

Rujukan:

Al Quran

Tafsir Al Azhar – Hamka

Sahih Bukhari

Mustika Hadith – Abdullah Basmeh

Puasa dan Penghayatan Ramadhan – Safwan Fathi