P

October 27, 2011

100 EKOR KAMBING UPAH JAMPI

KHARIJAH BIN AS SHAH, katanya: Aku datang mengadap Nabi s.a.w. lalu aku masuk Islam. Kamudian aku pulang. Dipertengahan jalan aku bertemu dengan suatu kaum dan ada di bersama mereka orang gila yang dipasung dengan besi.

Keluarganya berkata, 'Kami diberitahu bahawa sahabatmu itu ada membawa kebajikan. Adakah kamu mempunyai sesuatu yang boleh mengubati orang ini?

Aku ubati orang itu dengan membaca Al Fatihah, lalu ia sembuh.
Kemudian aku diberi seratus ekor kambing.

Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan memberitahukan hal itu.
Baginda bersabda, 'Adakah yang lain kau baca?
Jawabku, 'Tidak ada.'

Sabda Baginda, 'Sesungguhnya umurku di dalam genggaman Tuhan, ada orang yang memakan upah dari pengubatan yang batil. Tetapi engkau sesungguhnya memakan hasil upah pengubatan yang benar (halal).

Riwayat Abu Daud (Al Azkar Imam An Nawawi)