P

August 31, 2011

ABU S'ALABAH

ABU SA'ALABAH sorang yang miskin, memohon kepada
Rasulullah s.a.w. supaya mendoakannya menjadi kaya dan mewah. Baginda menyuruhnya banyak bersyukur dan redha dengan apa yang dianugerahkan Allah s.w.t.

Namun Abu Sa'alabah terus merayu kepada Baginda s.a.w.

Akhirnya Baginda berdoa ke hadhrat Allah s.w.t. mudah-mudahan dia diberi kemewahan sehingga menjadi kaya jutawan.

Saalabah pun mula membela kambing. Cepat membiak kambingnya hingga terpaksa ia berpindah ke satu wadi di luar kota Madinah. Ini berikutan kawasan ragut lebih luas diperlukan untuk kambingnya.

Oleh kesibukannya, Saalabah mula meninggal jemaah bersama Rasulullah di masjid. Padahal sebelumnya tiap waktu bersama Baginda s.a.w.
Waktu Zuhur dan Asaar sahaja yang beliau sempat bersama Baginda solat berjamaah.

Apabila kambingnya bertambah biak lagi, dia terpaksa pindah ke kawasan yang lebih luas. Pastilah lokasinya lebih jauh dari tempat yang ada.


Dengan yang demikian dia tidak lagi dapat berjemaah bersama Baginda s.a.w. Hanya dia datang seminggu sekali ke masjid, iaitu untuk menunaikan solat Jumaat.

Namun lama kelamaan akhirnya dia tidak lagi datang ke masjid. Dia langsung tidak menjejakkann kaki ke masjid untuk berjamaah.
Kerana lama tidak melihatnya, maka Baginda s.aw. bertanyakan halnya kepada jamaah lain. Apabila diberitahukan keadaannya, maka Baginda s.a.w. murka sekali hingga menyebutkan bencana buruk akan menimpa Saalabah.

Apabila turun wahyu yang mewajibkan umat Islam membayar zakat, maka Baginda s.a.w. mengutus para sahabat pergi mengutip zakat dari berbagai jenis bijian, harta dan hewan ternakan.
Apabila amil-amil datang menemui Saalab untuk mengambil zakat, Saalabah enggan mengeluarkan zakat ternakan kambingnya, walau pun sudah melampau nisab
Amil memberi tahu Rasulullah tentang keengganan Saalabah mengeluarkan zaakat ternakannya.
Baginda menjelaskann bahawa Saalabah akan menerima seburuk-buruk balasan.
Akhirnya turun wahyu ayat 75 hingga 77 Surah At Taubah mengutuk perbuatan Saalabah.

Inilah akibat sikap lupa daratan dan tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.

Apabila orang memberitahu Saalah bahawa ayat wahyu turun mengenai dirinya, dia cepat-sepat pergi menemui Rasulullah s.a.w. memohon hendak mengeluarkan zakat. Namun ditolak oleh Baginda s.a.w. dengan sabdanya "Aku dilarang menerima zakat kamu'

Saalabah sangat menyesal dan dukacita dan beradaa dalam kemurkaann Allah dan RasulNya hingga Baginda s.a.w. wafat.

2 Syawal 1432 - 31 ogos 2011