P

July 8, 2010

TUJUAN MENUNTUT ILMU

Ada tiga kumpulan manusia yang menuntut ilmu:

Pertama – orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan selepas mati yakni akhirat. Tidak lain tujuannya hanya mencari keridhaan Allah s.w.t. tanpa ilmu dia tidak dapat bermal dengan betul. Tanpa ilmu dia tida dapat bertaqwa. Kerana itu dia menggunakan ilmunya ke jalan taqwa, kerana orang taqwa dikasihi Allah.

Orang ini termasuk golongan yang beruntung.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Aal Imran ayat 76.

76. Sesunguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Kedua – orang yang mencari ilmu untuk dijadikan alat mendapatkan keuntungan dunia: mendapat kemuliaan, pangkat serta harta kekayaan. Orang ini berada dalam keadaan yang berbahaya. Jika mati ia tanpa bertaubat kepada Allah s.w.t. maka dikhuatiri mereka mati dalam keadaan maksiaat lagi derhaka. Jika dia bertaubat dan beramal salih dengan ilmunya, dimasukkan dia dalam golongan orang yang mendapat kemenangan dunia dan akhirat. Kerana orang yang taubat dari dosa itu seperti orng yang tida berdosa dan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
Innallah yuhibbut tauwabin wa yuhibbul mutatahirin

Ketiga – orang yang menuntut ilmu untuk tujuan bermegah-megah. Dia bermegah dengan ilmu. Menggunakan ilmu untuk menimbun harta. Bermegah dengan banyak pengikut (murid-murid), banyak orang mengasihinya. Mudah tercapai segala kehendaknya.

Dengan ilmunya disangkanya ia mempunyai kedudukan dan hampir di sisi Allah s.w.t. kerana menyangka dirinya seorang berilmu (ulama) dan berwatak ulama pada zahirnya. Sedang dalam hatinya sangat kasih kepada dunia serta kemegahannya.

Mereka itu golongan binasa di akhirat. Mereka sesat lagi menyesatkan orang lain dan merekalah sejahat-jahat ulama yang disebut oleh Nabi s.aw. (Hidayatus salikin 15).

Sabda Nabi s.a.w.
‘Barang siapa bertambah ilmunya, sedangkan tidak bertambah hidayatnya nescaya tidak bertambah dekat dengan Allah s.w.t. malah bertambah jauh daripadaNya.’
Hidayah itu adalah juga bermakna taqwa.

Allah mengangkat darjat orang berilmu

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.
Surah al Mujadilah 11.

Ada empat jenis manusia di muka bumi ini;
1- Manusia yang diberi rezeki oleh Allah swt ilmu dan harta. Dia bertaqwa dengan ilmunya dan menghubungkan silaturahim dengan hartanya.
Dialah manusia yang ideal di sisi Allah.

2- Manusia yang dianugerahi ilmu – tanpa anugerah harta. Dia bertaqwa dengan ilmu dan berkata, ‘kalau aku dianugerahi harta, akan aku lakukan seperti yang dilakukan si fulan.
Dia mendapat ganjaran seperti yang pertama.

3- Manusia yang dianugerahi harta tanpa anugerah ilmu. Dia tidak bertaqwa dan tidak menghubungkan silaturrahim dengan hartanya.
Dia seburuk-buruk keadaan.

4- Manusia tidak dianugerah harta dan tidak pula ilmu. Dia berkata, kalau aku ada harta, aku akan buat seperti fulan 3.
Dia mendapat balasan buruk juga dari niatnya itu. Balasan kedua-duanya adalah sama.
Hadith riwayat Tarmizi.

July 7, 2010

PENTING ILMU TASAUF


ILMU TASAUF
Ilmu tasauf adalah ilmu yang sayugia dituntut walaupun di umur lanjut, iaitu untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.
Biarlah dihabiskan umur seseorang dengan mengaji ilmu tasauf dan mengamalkannya. Tiap-tiap kali membanyakkan mengetahui ilmu tasauf, maka banyak takutnya akan Allah s.w.t.
PENTINGNYA ILMU TASAUF
KATA Imam Ghazali di dalam Ehya Ulumuddin:
Barangsiapa tiada baginya ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya suul khatimah yakni mati dalam maksiat. – dinaqal Abdus Samad Al Falembani dalam Hidayatus Salikin

July 6, 2010

APA GUNA TUNTUT ILMU

Menuntut ilmu adalah suatu fardhu . Sabda Rasulullah s.a.w.,

Talabul ilmi faridhatun ala kulli muslim

‘Menuntut ilmu adalah suatu fardhu atas tiap-tiap muslim. (Hadith riwayat Ibn Majah).

Ilmu yang wajib dituntut ialah ilmu yang bermanfaat. Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah: Ilmu yang memberi manfaat itu ialah,

1. ilmu yang boleh menambah takutmu akan Allah s.w.t. (Yang boleh menambah taqwa). Ilmu yang dituntut itu membuka jalan ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

2. Menambah penglihatan hatimu akan kecelaan dirimu. Melalui ilmu yang dituntut kita berupaya melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri untuk diperbaiki.

3. Menambah ibadatmu kepada tuhanmu. Dari ilmu yang dituntut nampak jalan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t.

4. Mengurangkan kecenderungan kepada dunia. Meningglakan cinta akan hidup yang sementara.

5. Menambah gemar kepada akhirat. Senitasa mengutamakan kepentingan hidup selepas matil.

6. Membuka mata hatimu terhadap perkara yang membinasakan ilmu hingga engkau berusaha memelihara ilmu.

7. Memperlihatkan tipu syaitan dan perdayanya. Dengan itu melazimkan diri hidup sentiasa berwaspada dan ingatkan Allah s.w.t.

Ilmu yang perlu dituntut ada tiga macam:

1. Ilmu Usuluddin - tauhid

2. Ilmu Syara’ –ilmu fekah

3. Ilmu batin – ilmu tasauf.

Had fardhu ain dalam belajar.

Had farhu ain dalam ilmu usuluddin : mengenal zat Allah, mengenal wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah. Mengenal rasul-rasul dan segala kitab dan malaikat.

Kadar fardhu ain bagi ilmu syara’, mengetahui taharah, sembahyang, puasa haji, zakat dan segala yang membatalkannya. Lebih dari itu adalah fardhu kifayah.

Kadar fardhu ain bagi mempelajari ilmu batin iaitu ilmu tasauf: sejahtera ia daripada yang membatalkan pahalanya. Seperti seseorang yang apabila sembahyang dengan riya’ atau ujub atau sumaah, maka membatalkan ia pahala sembahyangnya.

July 4, 2010

PEMERIKSAAN CHECK POINT

DaDari Abi Barzah Al Aslami, dari Nabi s.a.w. sabdanya:

‘Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba di hari kiamat, kecuali sehingga ia ditanya empat perkara:

- Darihal umurnya, kemana dihabiskannya,

- Darihal ilmunya, untuk apa digunakannya,

- Darihal hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan

- Darihal badannya yang sihat, untuk apa ia disusutkan? – Riwayat Tarmizi

TENTANG UMUR – berapa umur kita

Kita akan ditanya – An umrihi fima afnaah?

Sabda Rasulullah, bahawa Allah s.w.t. menugaskan para malaikat menguruskan catatan peringkat kejadian manusia sejak dari dalam rahim.

Apabila bercantum benih lelaki dan benih perempuan di dalam rahim, malaikat bertanya kepada Allah, aiyu rabb nutfah -‘Ya Allah benih ini hendak disempurnakan atau tidak? Apabila Allah menjawab ia menjadi seketul darah.

Malaikat bertanya lagi, aiyu rabb alaqatan

‘Ya Allah adakah seketul darah ini hendak di sempurnakan. Allah menjawab lalu menjadi segumpal daging.

Malaikat bertanya lagi,

Aiyu rabb mudhghatan?

‘Ya Tuhan adakah segumpal daging ini hendak disempurnakan? Allah menjawab maka disempurnkanNya menjadi janin (bayi).

Malaikat bertanya lagi, ‘Ya Tuhan adakah ia akan jadi yang baik atau yang celaka? Adakah ia jadi lelaki atau perempuan? Bagaimana pula rezekinya, dan juga ajalnya (umurnya)? Setelah mendapat jawapan dari Allah azza wa jalla, maka malaikat menuliskannya, sedang bayi itu masih dalam kandungan ibunya.

Riwayat Bukhari Muslim dan Ahmad - must223

Jadi kemanakah umur kita dihabiskan.

Tiga bahagian umur – melalui perjalanan masa:

Umur atau masa seorang hamba Allah mestilah dibahagi kepada tiga fasa:

Masa untuk Allah - ibadah

Masa untuk diri: kesihatan

Masa untuk orang lain - Keluarga dan masyarakat.

Itulah cara menghabis fasa umur seorang muslim.


TENTANG ILMUNYA

Sabda Rasulullah s.a.w. MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB BAGI TIAP MUSLIM

– riwayat ibnu Majah

Sudahkah dia menunaikan kewajipan: menuntut ilmu, beramal dengan ilmu dan mengajarkan ilmul.


Sesudah berilmu hendaklah mengamalkan ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain.

‘Ballighu anni, walau ayah - Al Bukhari dan Tarmizi.

TENTANG HARTANYA

Min ainaktasabahu

Dari manakah di dapatinya. Jika harta dan wang yang didapatnya itu adalah dari sumber haram atau dari sumber yang tidak sah maka balasannya akan diterima di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w.

‘Barang siapa yang mengambil harta benda secara tidak benar (tidak sah) maka samalah sifatnya seperti orng yang maka tetapi tidak kenyang. Hartanya pula akan menjadi saksi menentangnya di hari kiamat kelak. Hadith riwayat Muslim. – must 369

Setelah harta atau wang didapati, kemana pula dibelanjakan?

Akibat tidak memberi bantuan kepada anak-anak yatim, seorang itu boleh dituduh mendustakan agama.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al Ma’un 1-7

|

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).

SURAH AL MA-UN.



Tinggal solat kerana sukan – bola

Sedangkan Rasulullah s.a.w. mengingatkan

Awwalu ma yuhasabu Assolat.

'yang mula dihisab hari kiamat ialah solat.


Perkara keempat yang ditanya ialah mengenai nikmat kesihatan jasmani.

An jismihi fima ablaah?

Allah beri nikmat kesihatan kepada kita.

Untuk apakah ia digunakan. Susutnya badan kerana ibadat atau kerana maksud keduniaan. Badan yang gemuk menjadi kurus untuk apa? Beribu ringgit dibelanjakan untuk melangsingkan badan. Apa tujuannya?

Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia semua diambil kira dan akan ditanya serta dibalas dengan balasan setimpal di akhirat kelak.