P

August 12, 2011

NAK BERI HADIAH APA

BERTUKAR HADIAH MENAMBAH KASIH SAYANG

ALANGKAH banyak peluang membuat pahala di bulan Ramadhan Almubarak ini.

Kata Abu Zar r.a. , ‘Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Bila kamu memasak lauk, banyakkanlah kuahnya. Ingatlah jiran-jiranmu.’

Hadith riwayat Muslim.

Baginda s.a.w. menggalakkan supapya sentiasa bermurah hati menghulurkan makanan kepada jiran-jiran terutama di bulan yang mulia ini.


Di dalam Islam, bersedekah, menghulurkan bantuan dan memberi hadiah ini adalah sangat dituntut kita melakukannya.

Nabi s.a.w. pernah menasihatkan kaum wanita sentiasalah bersedekah dan memberi hadiah.

Kata Aishah radiallahu anha, Baginda s.a.w. bersabda, ‘Wahai kaum wanita mukminin, bertukar hadiahlah di kalangan kalian, walaupun sumbangan haki kambing. Yang demikian itu menimbulkan perasaan kasih sayang (mawaddah) dan menghapuskan sifat dengki sesama kalian.

Hadith riwayat Tabarani.

Walaupun menghadiahkan kaki kambing, tetapi ia makanan yang enak setelah ia dibuat hidangan berupa sup atau kari.


Dalam hubungan sosial juga baginda s.a.w. menasihatkan umatnya,

‘Berjabat salamlah di kalangan kalian, kerana ia menghapuskan sifat dengki. Dan bertukar hadiahlah kerana ia menimbulkan kasih mesra dan menghapuskan permusuhan.

Imam Malik dalam Al Muwatta’.

Addailami juga meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

‘Hendaklah kamu memberi hadiah, kerana yang demikian itu membangkitkan kasih sayang dan boleh menghapuskan hasad dengki.

Nasih Ulwan –

Dari beberapa hadith tersebut jelas bahawa memberi hadiah dan bertukar-tukar hadiah adalah amalan yang mulia.

Namun begitu kita tidak dituntut memberi hadiah perkara-perkara kotor dan keji.

12 Ramdan 1432 - 12/8/2011