P

August 5, 2011

MEMECAH SYAHWAT PERUT

‘Wahai orang-orang-orang yang beriman, difardhukan puasa ke atas kamu seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, semuga kamu bertaqwa.
Suratul Baqarah – 183.

Ayat ini menghubungkan berlapar diri yakni puasa dengan sifat taqwa kepada Allah s.w.t.

Dalam diri manusia ada dua jenis syahwat (nafsu). Syahwan perut dan syahwat kemaluan.
Banyak makan dan sentiasa kenyang menyuburkan syahwat perut.
Ahli-ahli tasawuf menyebutkan bahawa perut kenyang dan banyak makan itu menyuburkan nafsu kelamin.

Perut kenyang menghalang ibadah kepada Allah s.w.t.
Begitu juga suburnya nafsu kelamin menghalang seseorang melaksanakan ibadah.

Oleh kerana itu untuk memecahkan nafsu perut hendaklah berpuasa.
Ibadah berpuasa mampu melemahkan nafsu perut. Pada masa yang sama ia dapat melemahkan nafsu kelamin.

Perut yang sentiasa kenyang adalah dicela.
Sahal bin Abdullah Al Quraisyi ketika diberitahu ada orang yang makan hanya sehari sekali, beliau menjawab,
'Itulah orang siddikin.
'Ada orang makan dua kali sehari.
Katanya, itu orang mukmin awam.

'Ada orang makan tiga kalli sehari?

Katanya, 'Itu seperti haiwan.'

Hari ini ada orang makan sampai enam kali sehari.

Sebabnya mungkin kerana ada kedai tomyam yang dibuka sampai dini hari.