P

December 1, 2011

HIJRAH KERANA CINTA

HATIB BIN BALTAAH seorang pemuda Mekah, jatuh cinta dengan Ummu Qais yang juga berasal dari Mekah. Dia berusaha memikat jelitawan itu, namun cintanya tidak berbalas.

Apabila turun perintah umat Islam berhijrah ke Madinah, Ummu Qais turut sama berhijrah. Tinggallah Hatib di Mekah.

Hatib tidak tahan lama berpisah dengan orang yang dicintainya. Akhirnya dia pun berhijrah ke Madinah menemui Ummu Qais dan mengajaknya bernikah.

Terbukalah pintu hati Ummu Qais dek kesanggupan Hatib turut berhijrah. Mereka pun nikah. Beritanya tersebar, Hatib hijrah kerana nak kahwin. Cerita disampaikan kepada Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda,

‘Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Dan bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya untuk Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang dia hijrahkan.

(Hadith Bukhari dan Muslim).

- Dari buku Kuliah Subuh, Syed Isa Semait, Singapura 1982.

-