P

December 26, 2009

MAKAN YANG HALAL DOA MUSTAJAB

UTAMAKAN HALALAN TAIYIBA

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesunggguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada para rasul. Lalu Allah berfirman,

'Wahai sekelian rasul, makanlah yang baik-baik dan beramallah segala amalan baik.

Allah juga berfirman lsgi, 'Wahai sekelian orang beriman makanlah segala yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu'.

Kemudian Rasulullah menyebutkan tentang seorang yang datang dari perjalanan jauh, kusut rambutnya, berdebu mukanya sambil menadah tangan ke langit berdoa,

'Hai Tuhanku, Hai Tuhanku!
Pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, mulutnya disuap dengan yang haram, maka bagaimanakah akan dikabulkan doanya.

Hadith riwayat Muslim.

Menurut riwayat yang dikeluarkan At Tabarani dari Ibn Abbas, katanya, 'Pernah aku membaca di sisi Rasulullah ayat 'wahai sekelian manusia, makanlah barang yang halal lagi baik (al baqarah 168).

Kemudian Saad bin Waqqas bangun lalu berkata.
'Ya Rasulullah, aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya,

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Wahai Saad, Baikkanlah makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doanya.Dan demi Muhammad di dalam genggamanNya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan suatu makanan yang haram ke dalam perutnya, pasti tiada diterima Allah amalnya selama empat puluh hari. Dan mana-mana darah daging yang tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak baginya.

Awasilah makanan diri sendiri dan juga kanak isteri serta keluarga.

TUNTUT ILMU KE NEGERI CHINA HADITH PALSU

PERIWAYTNYA SEORANG DAJJAL

Az Zahabi menyebutkan dalam AL MIZAN dari riwayat Ibnu Karram dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabada (maksudnya) 'Tuntutlah ilmu walau pun ke negeri China.'

Hadith ini adalah maudhuh' (palsu)

Penyakitnya ialah Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin khalid al Juwaibari.

a. Kata Az Zahabi, Al Juwaibari adalah diantara orang yang dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya.
b.Kata Ibnu Hibban dia adalah Abu Ali, salah seorang dajjal.
c. Kata An Nasai dan Ad Daruqutni: dia adalah pembohong
d. Kata Ibnu Adiy: Al Juwaibari membuat hadith untuk Ibnu Karram mengikut kemahuan Ibnu Karram dan Ibnu Karram mentakhrijkannya dalam kitab-kitabnya dari Ibnu Karram.

Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah hadith yang membuktikan kebohongannn Al Juwaibari, diantaranya adalah hadith diatas.

Mengenai Ibnu Karram kata Az Zahabi dia adalah Muhammad bin Karram Assajistani, seorang ahli bidaah yang saqith hadithnya. Dia banyak meriwayatkan hadith dari Al Juwaibari dan Muhammad bin Tasmim As Sa'di, yang kedua-duanya adalah pembohong.

(Dipetik dari buku 'Himpunan Hadith Maudhu dan Dhaif oleh Drs Abdul Ghani Azmin bin Haji Idris, Al Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1999.)

December 13, 2009

TOLERANSI MENGUKUHKAN STRATEGI

TOLAK ANSUR YANG BERKESAN

Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dan orng-orang Kafir Mekah andalah contoh terbaik pentingnya sifat toleransi. Beberapa perkara di dalam perjanjian itu wajar menjadi teladan di bidang pendidikan, pertadbiran dan juga diplomatik.

Orang-orang kafir dari mula lagi mengadakan bantahan terhadap deraf perjanjian. Mereka tidak bersetuju dengan kepala surat perjanjian itu yang dimulakan dengan lafaz bismillahirrahim.

November 26, 2009

SEMANGAT KORBAN

TANGGAL BARANG PERHIASAN BANTU FAKIR MISKIN

Apabila Rasulullah s.a.w. menegakkan sistem pemerintahan Islam di Madinah, semangat sedia berkorban menjadi salah satu teras yang sangat kukuh, Semangat rela berkorban, walaupun membabitkan nyawa dan harta benda, telah meresap ke dalam sanubari segenap umat Islam.

Setiap orang, ketika itu merasa amat bertanggung jawab mempertahan maruah diri dan kesucian agama Islam. Setiap orang sanggup menghulurkan apa saja untuk membantu perjuangan Islam.

Bagi yang kaya dan berada, mereka tidak bakhil mengeluarkan harta untuk perjuangan menegakkan Islam. Saidina Osman bin Affan rela menyumbangkan seribu ekor unta , tujuh puluh ekor kuda dan wang sebanyak sepuluh ribu dirham untuk persediaan ketenteraan Rasulullah s.a.w. di Medan Perang Tabuk.

Bagi yang tidak mempunyai apa-apa harta untuk disumbangkan, mereka sanggup ikut serta ke medan perang mjenggadai nyawa. ini kerana cinta mereka kepada agama dan kerana tingginya semangat mau berkorban. Malah janji syahid sedia menanti untuk mereka yang gugur di medan perang.

Kaum wanita juga merasa diri mereka turut terpanggil untuk memenuhi tanggung jawab dalam perjuangan Rasulullah s.a.w. itu. Oleh kerana itu mereka tidak gentar untuk turut serta memberikan khidmat di medan perang sebagai juru rawat kepada pahlawan-pahlawan Islam yang cedera atau sekadar pemberi minum kepada yang kehausan.

Dalam keadaan aman sebahagian wanita Ilam itu sanggup menanggalkan barang=barang perhiasan emas dan perak untuk membeli keperluan membantu fakir dan miskin.

Berbagai lagi contoh dapat dikaji dari sejarah betapa masyarakat Islam zaman silam sanggup berkorban untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan.


Dalam abad pertengahan, umat Islam pula sanggup berkorban harta dan tenaga bagi meneroka bidang ilmu pengetahuan, termasuk bidang perubatan, sebagai menjalankan salah satu seruan Islam 'Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi kaum muslimin'.

Dalam kehidupan moden yang semakin mencabar, semangat berkorban semakin penting. Pendeknya bagi mencapai kemajuan, umat Islam mestilah mengorbankan segala sifat negatif yang dipandang cemar oleh Islam. Antara sifat itu ialah bakhil, kedekut, tamak, pentingkan diri sendiri, dengki, hasad, malas, tidak amanah, khianat, pecah amanah dan buruk sangka.

Semua sifat-sifat tersebut boleh membawa bencana dan kerosakan. Orang-orang Islam yang inginkan kejayaan sebagai muflihun hendaklah meninggalkan sifat-sfat tersebut dan tanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri seperti yang terdapat dalam seamangat pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim beserta anaknya Nabi Ismail a.s.

Allahu Akbar walillahil hamd.

November 7, 2009

MENGENAL HADITH PALSU

TUNTUT ILMU KE NEGERI CHINA HADITH PALSU

Az Zahabi menyebutkan dalam AL MIZAN dari riwayat Ibnu Karram dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabada (maksudnya) 'Tuntutlah ilmu walau pun ke negeri China.'

Hadith ini adalah maudhuh' (palsu)

Penyakitnya ialah Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin khalid al Juwaibari.

a. Kata Az Zahabi, Al Juwaibari adalah diantara orang yang dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya.
b.Kata Ibnu Hibban dia adalah Abu Ali salah seorang dajal.
c. Kata An Nasai dan Ad Daruqutni: dia adalah pembohong
d. Kata Ibnu Adiy: Al Juwaibari membuat hadith untuk Ibnu Karram mengikut kemahuan Ibnu Karram dan Ibnu Karram mentakhrijkannya dalam kitab-kitabnya dari Ibnu Karram.

Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah hadith yang membuktikan kebohongannn Al Juwaibari diantaranya adalah hadith diatas.

Mengenai Ibnu Karram kata AzZahabi dia adalah Muhammad bin Karram Assajistani, seorang ahli bidaah yang saqith hadithnya. Dia banyak meriwayatkan hadith dari Al Juwaibari dan Muhammad bin Tasmim As Sa'di, yang kedua=duanya adalah pembohong.

(Dipetik dari buku 'Himpunan Hadith Maudhu dan Dhaif oleh Drs Abdul Ghani Azmin bin Haji Idris, Al Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1999.)

TIDAK BERAMAL KERANA MANUSIA

fADHIL BIN IYADH BERAKATA,

'Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riya'. Sedangkan beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan kamu dari kedua-duanya.'

-dari buku 40 HADITH, MUSTAFA ABDUR RAHMAN, DEWAN PUSTAKA FAJAR, SHAH ALAM 2001.

October 15, 2009

MEREKA YANG MUFLIS

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?

Sahabat-sahabat baginda menjawab, “Orang muflis dikalangan kami ialah orang yang tidak ada dirham (wang) dan tidak ada harta benda.” Nabi s.a.w. bersabda,

“Sebenarnya orang muflis di kalangan umatku ialah yang datang di hari kiamat membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan (dosa) memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini (cara haram) dan menumpahkan darah orang itu (cara haram), dan juga memukul orang. Maka akan diambil dari pahala amal kebajikannya lalu diberikan kepada orang-orang itu. Kiranya habis pahala amal kebajikannya sebelum habis dibayar (hutang) kesalahannya, maka akan diambil pula dosa orang yang dianiayanya itu serta ditimpakan ke atasnya. Akhirnya ia dihumbankan ke dalam neraka.

Hadis riwayat Tarmizi. Mustika 364

Hadis menceritakan keadaan bagaimana manusia dihisab amalannya di hari akhirat. Setiap amalan akan dikira dan diberi ganjaran yang setimpal lagi adil.

Amal kebajikan akan dibalas dengan pahala. Sedangkan perbuatan jahat, mungkar atau maksiat akan dibalas dengan dosa.

Apabila seseorang melakukan kejahatan atau aniaya terhadap orang lain maka orang itu akan menuntutnya diakhirat kelak. Lalu pahala kebajikannya akan diberikan kepada orang yang dianiayai itu.

Jika di dunia dia mengambil harta orang secara haram, maka di akhirat pahala kebajikannya akan diberikan kepada tuanpunya harta yang diambilnya itu menurut kadarnya.

Demikian juga jika dia melakukan khianat terhadap orang lain, maka pahal kebajikannya akan diberikan kepada orang itu.

Akhirnya habislah pahala kebajikan yang dibawanya. Nyatalah dia sudah menjadi muflis. Tetapi ‘hutang’nya masih banyak terhadap orang lain. Maka sebagai ganti, dosa orang yang dianiaya itu dihumbankan keatasnya.

Pahala sudah habis, dosa orang lain pun ditanggung, maka sudah pasti dia dihumbankan ke dalam neraka.

PENGAJARAN

1. Setiap amal perbuatan manusia, baik dan jahat akan dihisab.
2. Hendaklah sentiasa menambah amal kebajikan sebagai bekal dihari hisab.
3. hendaklah sentiasa berlumba membuat kebajikan dan berusaha meninggalkan segala kejahatan.
4. Setiap perbuatan jahat hendaklah segera disusuli amal kebajikan.

September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

MUHASABAH AIDILFITRI



Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah dia bercakap perkara yang kotor dan janganlah juga dia melakukan perkara yang menampakkan kejahilan. Sekiranya ada orang yang mencelanya atau memeranginya, maka hendaklah dia berkata, ‘Aku orang yag berpuasa.

Riwayat Ahmad.

Orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga mulutnya dan anggota lain dari melakukan maksiat, maka puasanya jadi sia-sia. Tidak mendapat ganjaran apa-apa.


Abu Hurairah menceritakan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,


‘Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dahaga. Begitu juga ramai yang melakukan amalan sunat di malam hari, tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat berjaga malam.’


Riwayaat Ahmad dan Ibnu Majah.

Allah menyatakan dalam suratul Baqarah 183, ‘Puasa diwajibkan supaya kamu bertaqwa.’

Di hari akhir Ramadhan atau pada satu Syawal muhasablah diri.


Adakah aku bertambah taqwa dibandingkan sebelum puasa.


Rasulullah s.a.w. menyatakan ‘Puasa itu perisai.’


Di hari raya ini muhasabah diri. Adakah diri aku terkawal dari melakukan kesalahan.


Baginda menyatakan, ‘Puasalah, pasti kamu sihat.’


Di penghujung Ramadhan muhasabah diri. ‘Adakah aku bertambah sihat atau ...

Dalam bulan Ramadhan amalan sunat dan wajib ditingkatkan dengan harapan mendapat pahala berganda-ganda.
Selepas Ramadhan adakah geraf amalan kian menurun.

Malam-malam Ramadhan rajin ke masjid dan surau, hingga kedua-duanya penuh sesak. Lepas Ramadhan masjid dan surau jadi lengang.

Muhasabahlah diri, ‘Aku ke masjid kerana moreh atu nak bersantai’.

SENTIASALAH muhasabah diri.

Hasibu qabla an tuhasabu.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

wadenko@yahoo.com

SELAMAT HARI RAYA

MUHASABAH AIDILFITRI


Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah dia bercakap perkara yang kotor dan janganlah juga dia melakukan perkara yang menampakkan kejahilan. Sekiranya ada orang yang mencelanya atau memeranginya, maka hendaklah dia berkata, ‘Aku orang yag berpuasa.

Riwayat Ahmad.

Orang yang berpuasa tetapi tidak menjaga mulutnya dan anggota lain dari melakukan maksiat, maka puasanya jadi sia-sia. Tidak mendapat ganjaran apa-apa.

Abu Hurairah menceritakan lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi TIDAK mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dahaga. Begitu juga ramai yang melakukan amalan sunat di malam hari, tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat berjaga malam.’

Riwayaat Ahmad dan Ibnu Majah.

Allah menyatakan dalam suratul Baqarah 183, ‘Puasa diwajibkan supaya kamu bertaqwa.’

Di hari akhir Ramadhan atau pada satu Syawal muhasablah diri.

Adakah aku bertambah taqwa dibandingkan sebelum puasa.

Rasulullah s.a.w. menyatakan ‘Puasa itu perisai.’


Di hari raya ini muhasabahlah diri. Adakah diri aku terkawal dari melakukan kesalahan.

Baginda menyatakan, ‘Puasalah, pasti kamu sihat.’

Di penghujung Ramadhan muhasabah diri. ‘Adakah aku bertambah sihat atau ...

Dalam bulan Ramadhan amalan sunat dan wajib ditingkatkan dengan harapan mendapat pahala berganda-ganda.


Selepas Ramadhan adakah geraf amalan kian menurun.

Malam-malam Ramadhan rajin ke masjid dan surau, hingga kedua-duanya penuh sesak. Lepas Ramadhan masjid dan surau jadi lengang.

Muhasabahlah diri, ‘Aku ke masjid kerana moreh atu nak bersantai’.

Sentiasalah bermuhasabah. Hasibu qabla an tuhasabu.



salam aidilfitri - maaf zahir dan batin.

wadenko@yahoo.com

September 8, 2009

BERSEDEKAH MAIN MERCUN


Di dalam bulan Ramadhan ini ramai juga ibu bapa yang membawa anak-anak ke bazar Ramadhan untuk membeli kuih dan lain-lain makanan yang menyelerakan.

Ada kalanya ibu bapa ini terserempak dengan peminta sedekah di bazar tersebut. Si bapa sibuk menyeluk saku mencari wang siling untuk disedekahkan kepada si peminta sedekah itu.

Terjumpa wang siling dua puluh sen lantas diberikan kepada anak untuk dimasukkan ke dalam tempurung yang ditadah peminta sedekah.

Si anak patuh dengan arahan ayah, menjatuhkan wang siling ke dalam tempurung si peminta sedekah yang duduk di atas tanah. Kuat bunyi wang siling masuk ke dalam tempurung itu menarik perhatian orang keliling.

'Pandai bapa mendidik anak suka menolong orng susah.' agaknya terguris di hati mereka yang memandang tingkah dua beranak itu.

Mereka lantas berlalu hingga tiba digerai orang menjual bunga api dan mercun. Si ayah membelikan sebungkus bunga api dan juga mercun untuk anak. Tak siapa menoleh kearah mereka ketika memilih mana yang terbaik.

Kalau ada yang menoleh agaknya mereka berkata 'Sayang juga bapa 'kat anak'.

Inilah senario dua nilai bercanggah yang ada pada sebahagian Muslim Melayu. Dan dia dianggap perkara biasa.

Hari blog ini ditulis ada berita di akhbar budak putus jari akibat main mercun berharga 20 sen,

Malah setiap bulan puasa sentiasa ada berita anak-anak Muslim Melayu yang cedera akibat main mercun atau bunga api.

Putus jari, buta mata dan lainnya menjadi asam garam puasa mereka.

RENUNGKANLAH.

September 2, 2009

PEMBACA AL QURAN BERSAMA MALAIKAT

MENDAPAT DUA PAHALA

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Orang yang membaca Al Quran dan ia sudah mahir bacaannya, maka ia adalah bersama para malaikat yang mulia. Orang yang membacanya, tetapi tidak lancar dan sukar membacanya, maka ia mendapat dua pahala.

(Muttafaq Alaihi).

Dalam Hadith ini Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa orang-orang yang membaca Al Quran sangat tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t. Orang-orang yang mahir membaca Al Quran dengan bacaan menurut kaedah yang betul serta beramal dengan isi kandungannya, kelak mendapat kedudukan mulia bersama para malaikat.

Ini menunjukkan bahawa baginda Rasulullah amat menggalakkan umatnya mempelajari bacaan Al Quran dengan cara yang betul dan berusaha memahami kandungannya.

Seterusnya dikehendaki beramal dengan isi kandungannya. Selain dari itu, bagi orang-orang yang menghadapi kesukaran dalam mempelajari Al Quran, maka disediakan dua pahala untuknya.

Ini bermakna, orang-orang yang lemah dalam belajar Al Quran, tetapi masih gigih mempelajarinya, maka diberi galakkan mendapat ganjaran yang lebih dari Allah s.w.t.

PENGAJARAN

1- Al Quran adalah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat.

2- Setiap umat Islam mesti meyakini isi kandungan kitab Al Quran, kerana ia adalah salah satu rukun iman.

3- Setiap umat Islam wajib mempelajari kitab Al Quran: bacaan dan makna isi kandungannya.

4-Membaca Al Quran adalah ibadah dan diberi pahala kepada orang yang membacanya.

5- Orang-orang yang mahir membaca Al Quran dan mengamalkan isi kandungannya akan dapat penghormatan di akhirat kelak.

6-Orang-orang yang sukar mempelajari Al Quran akan diberi ganjaran dua kali ganda dari orang biasa.

September 1, 2009

BERBUKA DENGAN TAMAR ATAU AIR SEJUK


BERBUKA DENGAN TAMAR ATAU AIR SEJUK



Dari Salman bin ‘Amir As Sabiy r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya,

“Apabila seseorang dari kamu berbuka puasa hendaklah ia berbuka dengan buah tamar, kerana ia ada berkatnya. Jika tidak ada tamar maka berbukalah dengan air sejuk, kerana ia bersih lagi membersihkan (Tahur).
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).



Orang yang berpuasa, menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Dianggarkan selama lebih 17 jam perutnya kosong. Maka dengan itu amat sesuai makanan yang lembut penuh berkhasiat dimakan pada masa berbuka puasa.

Hadith ini menerangkan bahawa berbuka puasa dengan tamar itu adalah dituntut, malah ia menjadi amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Baginda menerangkan bahawa dalam tamar itu ada keberkatan.

Amat luas makna keberkatan itu kerana ia adalah rezeki dari Allah dan juga kerana ia adalah tanaman padang pasir yang tahan begitu lama. Ia mengandungi pelbagai bahan dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Ilmu perubatan menyatakan bahawa ia menjadi makanan penghadam yang utama di dalam perut manusia.

Sebagai pilihan kedua ketika berbuka dengan ketiadaan tamar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya meminum air sejuk dan bukannya air lain yang bercampur pelbagai bahan-bahan seperti kopi, teh, gula atau air batu.

Rasulullah menjelaskan bahawa air sejuk itu lebih utama kerana ia bersifat bersih (tahur) dan berupaya membersihkan. Dalam ilmu perubatan pun, manusia digalakkan meminum air sejuk kerana ia membantu proses membersihkan usus dan untuk membersihkan perjalanan darah.



PENGAJARAN


Ibadah puasa mengandungi banyak hikmat. Salah satu darinya ialah untuk meningkatkan ketakwaan.

Ibadah puasa juga menjamin kesihatan manusia.

Islam menganjurkan penganutnya mengawal makanan dan kesihatan melalui ibadah puasa.

Islam menggalakkan penganutnya mengambil makanan berkhasiat untuk kesihatan.

Buah-buahan dan air bersih adalah bahan penting untuk keperluan tubuh badan manusia.

KEBAIKAN BERGANDA






BALASAN KEBAIKAN

Dari Ibnu Abbas r.a. dari Nabi s.a.w. mengenai apa yang disampaikan dari Tuhannya (hadith qudsi), sabdanya:

‘Sesungguhnya Allah s.w.t. menetapkan kebaikan dan kejahatan: iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya nescaya Allah menuliskan gerak hatinya itu dengan satu kebaikan yang sempurna di sisiNya. Dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Bahkan sehingga sampai berganda-ganda lagi banyaknya. Dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah tukarkan kejahatannya yang tidak dilakukannya itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya. Kemudian jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan dan ia benar-benar melakukannya nescaya Allah menuliskannya dengan satu kejahatan sahaja.

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Naluri semula jadi manusia memang suka kepada kabaikan. Manusia asalnya benci kepada kejahatan dan cuba berusaha sedaya upaya menjauhkannya. Namun manusia sentiasa dikuasai oleh nafsu. Iman pula adalah imbangan kepada kedua-duanya. Atas kekuatan iman, maka seseorang dapat menguasai diri dan dalam masa yang sama dapat mengalahkan nafsu untuk berbuat jahat.

Allah mendorong manusia menyuburkan sifat suka berbuat baik itu. Dalam hal ini nilai niat seseorang amat tinggi harganya.

Seseorang yang hanya baru berniat untuk melakukan kebaikan, tetapi tidak melangsungkan dengan perbuatan, di beri ganjaran oleh Allah s.w.t. Sedangkan orang yang berniatmelakukan kebaikan, kemudian melangsungkannya dengan sungguh-sungguh melakukan kebaikan itu, maka Allah beri ganjaran berlipat ganda.

Demikianlah juga seseorang yang berniat untuk melakukan sesuatu kejahatan, tetapi tidak melangsungkannya dengan perbuatan, maka dia mendapat ganjaran kebaikan yang sempurna. Sebaliknya pula jika dia berniat hendak melakukan kejahatan, kemudian benar-benar malakukannya, maka dia hanya mendapat satu ganjaran kejahatan sahaja.

Pemgajaran
1. wajib percaya kepada kuasa dan takdir dari Allah s.w.t. iaitu qada’ dan qadar dari Allah.
2. wajib berusaha melakukan apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarang.
3. segala amalan di dunia akan mendapat ganjaran yang setimpal.

August 31, 2009

SYAITAN TERBELENGGU



PINTU SYURGA TERBUKA

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Apabila masuk bulan Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka, serta terbelenggu syaitan-syaitan.

Hadith riwayat Muslim.

Dalam hadith yang lain dari Abu Hurairah juga, Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga.’

Riwayat Bukhari.

Pada fahaman zahir, kedatangan Ramadhan membuka peluang bagi orang-orang beriman untuk beramal bersunggguh-sungguh hingga berjaya merebut peluang pahala berganda sepanjang bulan tersebut. Dengan yang demikian mudahlah mereka memasuki syurga. Dalam masa yang sama juga para syaitan terbelenggu kerana tidak berupaya menggoda orang-orang yang sungguh-sungguh berpuasa.

Peluang pahala berganda dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya,

‘Barangsiapa yang mendampingkan dirinya kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan perkara kebajikan, samalah seperti ia mengerjakan satu amalan fardhu yng diwajibkan pada bulan-bulan lain. Baangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan sama seperti ia menunaikan tujuh puluh perkara wajib di bulan lain.

Riwayat Ibn Khuzaimah.

August 29, 2009

RAMADHAN PENUH KEMULIAAN



KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN


Dari Salman r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami pada hari akhir bulan Syaaban, sabdanya,

“Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan lagi keberkatan. Bulan yang mengandungi satu malam lebih baik dari seribu malam (Lailatul Qadar). Bulan yang Allah jadikan puasa sebagai suatu fardhu dan disunatkan sembahyang tarawih pada malamnya.

“Barang siapa yang mendampingkan diri kepada Allah pada bulan Ramadhan dengan suatu kebajikan, samalah seperti dia mengerjakan satu perintah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan pada bulan ini, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan pada bulan lain.

“Ramadhan juga adalah bulan sabar, sedang kesabaran itu balasannya adalah syurga. Ia juga bulan untuk bersedekah. Bulan yang ditambahkan rezeki orang-orang mukmin.

“Barangsiapa yang menjamu orang berpuasa untuk berbuka puasa, maka diampunkan dosanya. Dan amalan itu menjadi penebus dirinya dari api neraka. Dan dia dapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikt pun.

Para sahabat berkata,

“Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang berpuasa.”

Lalu Rasulullah bersabda,

“Allah memberikan pahala tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang berpuasa untuk berbuka sama ada dengan sebiji tamar, atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu bercampur air.”

Sabdanya lagi, “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di awalnya dilimpahi rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya dipenuhi dengan pahala penebus diri dari api neraka.”

“Barangsiapa meringankan beban orang gajinya (pekerjanya) dalam bulan Ramadhan, akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari api neraka. Banyakkanlah olehmu mengerjakan empat perkara.

“Dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah dan dua perkara lagi sangat-sangat kamu harapkan.

“Dua perkara untuk mendapat keredhaan Allah, ialah dengan mengucap syahadat (lailaha illal lah) dan mohon keampunanNya. Dua perkara yang sangat kamu perlukan, ialah memohon dimasukkan ke dalam syurga dan berlindung kepadaNya dari azab api neraka.

“Barangsiapa yang memberi minum seseorang yang berpuasa (ketika berbuka puasa), maka Allah akan memberi minum air dari kolamku (Telaga Al Kauthar). Dengan sekali minum sahaja dia tidak akan merasa haus lagi selama-lamanya hingga dia dimasukkan ke dalam syurga.

(Riwayat Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

Dalam Hadith ini Rasulullah s.a.w. menjelaskan keistimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Ia dianggap sebagai bulan yang agung, penuh keberkatan dan rahmat. Bulan yang diwajibkan berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan amal-amal sunat pada sebelah malamnya.

Ganjaran pahala ibadat pula dilipatgandakan.

Rasulullah juga menerangkan bahawa bulan ini adalah bulan kesabaran, dengan erti kata orang-orang Islam dikehendaki lebih banyak bersabar dalam segala hal. Balasan bagi orang yang bersabar itu adalah syurga.

Bulan ini juga untuk umat Islam memperbanyak sedekah, derma dan bantuan kepada yang memerlukan. Selanjutnya Baginda menerangkan rezeki orang-orang mukmin juga semakin bertambah.

Menurut baginda, orang-orang yang bermurah hati memberi jamuan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, akan mendapat keampunan dari Allah terhadap dosa-dosanya.

Malah mereka yang memberi sebiji tamar, atau air sejuk atau susu kepada orang berpuasa untuk berbuka, juga mendapat pahala dari Allah.

Di permulaan bulan ini adalah rahmat, di pertangahannya keampunan dari Allah dan di akhirnya penebus dosa dari api neraka.

Baginda juga menyeru supaya umat Islam sentiasa memohon dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka.


PENGAJARAN

# Puasa adalah rukun Islam yang diwajibkan kepada umat Islam seperti mana pernah diwajibkan ke atas umat terdahulu.

# Setiap umat Islam wajib menunaikan perintah tersebut dan juga menghidupkan malamnya seumpama sembahyang tarawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain.

# Pahala ibadat di bulan Ramadhan dilipatgandakan oleh Allah s.w.t.

# Umat Islam hendaklah sentiasa sabar dalam segala hal terutama ketika melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

# Umat Islam digalakkan bersifat pemurah dengan banyak bersedekah dan menghulurkan bantuan di bulan Ramadhan.

August 27, 2009

SEJARAH PUASA

RASULULLAH PUASA 3 HARI DALAM SEBULAN

Ibadah puasa difardhukan dalam tahun kedua Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah.

Ibadah puasa telah juga diwajibkan ke atas umat terdahulu. Umat Nabi Daud diwajibkan berpuasa enam bulan dalam setahun. Puasanya adalah berselang hari. Sehari berpuasa sehari berbuka.

Ibn Jarir meriwayatkan bahawa Muaz bin Jabal berkata, Semasa Rasulullah s.a.w. memasuki Madinah selepas hijrah, baginda berpuasa pada hari Asyura 1o Muharram, tiga hari dalam sebulan. Kemudian ALLAH memfardukan PUASA Ramadhan melalui ayat 183 suratul Baqarah

TAKRIF PUASA

Puasa di sudut bahasa bermakna menahan diri dari sesuatu. Dari segi syarak puasa bermaksud, menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa mulai dari masa terbit fajar hinggalah tenggelam matahari dan disertai dengan niat.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa itu termasuklah makan, minum dan bersetubuh.

August 26, 2009

PERISAI UNTUK YANG BERPUASA

Banyak ruang untuk seseorang mencapai taraf taqwa di dalam bulan Ramadhan.

Muaz bin Jabal r.d. pernah ditanya oleh Rasulullah s.a.w.

‘Mahukan kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan hai Muaz.

Jawab Muaz, ‘Mahu ya Rasulullah.’

Maka sabda Rasulullah s.a.w.,
‘Puasa itu adalah perisai. Sedekah itu pula menghapuskan dosa-dosa, sebagaimana air memadamkan api.’
Hadith riwaya At Tarmizi.

Mafhum dari hadith tersebut, bahawa puasa itu berupaya menjadi perisaI kepada diri seseorang dari melakukan perkara mungkar. Yakni dengan berpuasa seseorang mampu menegah dirinya dari melakukan apa yang ditegah Allah s.w.t. Sekali gus dia berjaya menegakkan taqwa dalam dirinya.

Dalam kehidupan harian, perisai itu terdiri dari berbagai jenis. Perisai daripada kayu atau daripada besi.
Untuk lebih terjamin keselamatan, tentu orang memilih perisai dari besi. Supaya dirinya selamat dari ancaman musuh.

Kerana itulah para ahli tasawuf menggariskan tiga jenis puasa.
Puasa biasa, iaitu puasa orang yang hanya menahan diri dari makan minum. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.


Sedangkan anggotanya tidak dipuasakan. Mulutnya tetap becok mengeluarkan kata-kata firnah, dusta, mengumpat dan seumpamanya. Begitu juga anggota-anggota yang lain.

Satu lagi jenis puasa ialah menahan dari perkara yang membatalkan puasa dan juga menahan anggota-anggota lahir dari melakukan dosa. Akan tetapi hatinya tidak dipuasakannya. Perut dan anggota-anggota lain, berpuasa. Hatinya penuh hasad, buruk sangka, inginkan dunia dan nafsu dan seumpamanya.

Ada satu jenis puasa yang sangat disukai oleh para ahli tasawuf, iaitu puasa dari makan dan minum, puasa anggota dan juga puasa hati. Pendeknya, perut puasa menahan lapar dahaga. Anggota teruitama mulut juga puasa. Lebih-lebih lagi hati dipuasakan.

Hati dipuasakan supaya tidak ada keinginan kepada perkara mungkar dan dosa. Hati dipuasa supaya ia bersih dari pra sangaka dan niat tidak elok kepada orang lain. Hati dipuasakan supaya ia ikhlas kepada Allah, dan puasanya adalah kerana ingin mencapai keridhaan Allah.

Itulah dia puasa kelas pertama. Mudah-mudahan ia dapat mencapai tujuan bertaqwa firman Allah s.wt.


‘Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Puasa itu hanya beberapa hari yang ditentukan sahaja.
Suratul Baqarah 183

August 25, 2009

RAMADHAN MELEBUR DOSA

MAKNA RAMADHAN

Menurut taqwim Islam atau Hijriah, Ramadhan adalah bulan kesembilan. Dari segi bahasa, Ramadhan bermakna panas atau panas terik. Orang Arab menamakan bulan Ramadhan kerana kebiasaannya cuaca bulan ini sangat panas. Ia lebih panas dari bulan-bulan lainnya.

Tentu ada hikmat yang sangat besar mengapa Allah memilih bulan yang panas untuk mewajibkan ibadah puasa kepada hamba-hambaya.

‘Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.’

Suratul Baqarah 183

Sekali imbas dapat diambil iktibar, bahawa bulan yang panas itu harus dijadikan pemangkin untuk menghancur leburkan dosa-dosa yang ada. Dengan itu kita dapat membersihkan segala kekotoran di dalam diri, hingga dapat mengeluarkan jasad dan ruh kita dari gelumang maksiat dan kemungkaran.

Ambillah contoh bagaimana barang-barang perhiasan yang mahal-mahal harganya itu diperbuat. Dari dalam tanah yang kotor ia dikeluarkan, dibersihkan dan dibakar atau disepuh dengan api yang sangat panas, barulah ia menjadi emas tempawan yang bernilai tinggi.

Begitulah mudah-mudahan Ramadhan yang terik itu dapat membentuk diri kita melalui ibadah puasa supaya lota menjadi insan yang bertakwa yang dikehendaki Allah s.w.t.

August 24, 2009

ORANG BERTAQWA DICINTAI ALLAH




Allah s.wt. memerintahkan hambanya berpuasa melalui firmanNya,

‘Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Puasa itu hanya beberapa hari yang ditentukan sahaja.
Suratul Baqarah 183


Allah menyatakan bahawa tujuan puasa adalah untuk bertaqwa kepadanya.

Taqwa adalah kemuncak hala tuju hidup manusia, kerana orang bertaqwa adalah menjadi kekasih Allah.

Firman Allah s.w.t.
‘Dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.

Suratul Baqarah 194.

Jelas dalam ayat tersebut bahawa sebab taqwalah maka seseorang itu dicintai oleh Allah s.w.t.

Di dalam surah At Taubah beberapa kali Allah mengulang jaminanNya mencintai orang-orang yang bertaqwa.

‘Sesungguynya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.’
At Taubah ayat 4
‘Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orangbertaqwa.
At Taubah 36
‘Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.’
At Taubah ayat 73.

‘Sesiapa yang menunaikan janjinya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.’
Surah Aal Imran ayat 76.


BALASAN ORANG BERTAQWA

Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa orang-orang yang bertaqwa di akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam syurga.

‘Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ditempatkan dalam syurga dan penuh nikmat.

At Tur ayat 17


Firmannya lagi,
‘ Sesungguhnya orang-orang bertaqwa ditempatkan di bawah naungan dan berdekatan dengan punca air.
Mereka menikmati segala buah-buahan yang mereka ingini,
Makanlah dan minumlah dengan penuh kelazatan sebagai balasan apa yang kamu lakukakan di dunia dahulu.

Al Mursalat 41.

Orang bertaqwa tidak perlu bimbang dari apa-apa bencana,

‘Allah menjadi pelindung kepada orang-orang yang bertaqwa.
Al Jaathiah 18.

Sewaktu di dunia, Allah memberikan rezeki dan berbagai kelebihan kepada orang-orang yang bertqwa.

‘Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah sudah pasti Allah menunjukkan kepadanya jalan keluar (menyelesaikan masalahnya). Dan Allah akan beberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.

At Talak ayat 3.

‘Barang siapa yang bertaqwa pasti Allah pasti Allah akan mudahkan segala urusannya.’
At Talak ayat 4

‘Barang siapa yang bertaqwa pasti Allah menghapuskan kesalahannnya dan melipatgandakan pahala-pahalanya.
At Tahrim ayat 5.

‘Sekiranya penduudk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa pasti Kami bukakan berkat dari langit (rezeki yang banyak), tetapi mereka mendustakan Rasul, lalu kami timpakan mereka dengan azab atas apa yang mereka lakukan.

Al A’araf 96.


email: wadenko@yahoo.com

RUANG MENCAPAI TAQWA

Banyak ruang untuk seseorang mencapai taraf taqwa di dalam bulan Ramadhan.

Muaz bin Jabal r.d. pernah ditanya oleh Rasulullah s.a.w.

‘Mahukan kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan hai Muaz.

Jawab Muaz, ‘Mahu ya Rasulullah.’

Maka sabda Rasulullah s.a.w.,
‘Puasa itu adalah perisai. Sedekah itu pula menghapuskan dosa-dosa, sebagaimana air memadamkan api.’
Hadith riwaya At Tarmizi.

Mafhum dari hadith tersebut, bahawa puasa itu berupaya menjadi perisa kepada diri seseorang dari melakukan perkara mungkar. Yakni dengan berpuasa seseorang mampu menegah dirinya dari melakukan apa yang ditegah Allah s.w.t. Sekali gus dia berjaya menegakkan taqwa dalam dirinya.

August 23, 2009

PUASA UNTUK BERTAQWA

Firman Allah s.wt.
‘Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Puasa itu hanya beberapa hari yang ditentukan sahaja.
Suratul Baqarah 183

Ayat ini menjadi dalil wajibnya orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan sepemuhnya. Sesiapa yang mengengkari wajibnya maka maka ia menjadi kafir dan dikira terkeluar dari agama Islam.

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan; puasa itu seperti telah difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu. Ini adalah satu bentuk kemudahan dan keringanan dalam agama Islam. Allah menunjukkan perbandingan bahawa puasa ini bukanlah sesuatu yang berat untuk ditunaikan. Dan bukan pula sesuatu perintah yang baru, ganjil atau amat payah dilaksanakan.

Allah memberikan bandingan bahawa umat terdahulu juga telah pernah diperintahkan melakukan ibadah puasa. Malah jika disingkap sejarahnya, umat terdahulu lebih banyak puasanya. Nabi Daud a.s. misalnya puasa selang sehari sepanjang tahun. Sedangkan puasa untuk nabi Muhammad hanyalah sekadar sebulan sahaja. Inilah satu bentuk keringanan atau cara memujuk hati umat Islam untuk tidak merasa sesuatu yang berat melaksananannya.

Orang-orang yang beriman. dengan mudah merasa gembira terhadap ayat perintah ini bila mengetahui bahawa umat terdahulu juga telah pernah melakukan puasa seperti yang diperintahkan Allah s.w.t.


Dalam ayat tersebut juga Allah menyatakan objektif umat Islam berpuasa. Objektif tersebut tidak lain dari meningkatkan taqwa seseorang.

Siapakah mereka yang bertaqwa?

Allah berfirman,

‘Mereka yang beriman dengan perkara ghaib, (kuasa Allah), mendirikan solat, dan menginfakkan rezeki Allah kepada Sabilillah (Zakat). Dan mereka yeng beriman kepada apa yang diturunkan kepada mu (wahyu al Quran) dan yang sebelum dari kamu (wahyu kepada nabi-nabi terdahulu, dan mereka yakin akan ketibaan hari akhirat).

Suratul Baqarah ayat 3.

Dalam ayat tersebut dijelaskan bahawa orang bertaqwa adalah orang yang beriman kepada Allah, kepada Nabi dan Rasul, kepada kitab-kitab, dan juga beriman kepada hari akhirat.

Banyak ruang untuk seseorang mencapai taraf taqwa di dalam bulan Ramadhan.

Muaz bin Jabal r.d. pernah ditanya oleh Rasulullah s.a.w.

‘Mahukan kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan hai Muaz.

Jawab Muaz, ‘Mahu ya Rasulullah.’

Maka sabda Rasulullah s.a.w.,
‘Puasa itu adalah perisai. Sedekah itu pula menghapuskan dosa-dosa, sebagaimana air memadamkan api.’
Hadith riwaya At Tarmizi.

Mafhum dari hadith tersebut, bahawa puasa itu berupaya menjadi perisa kepada diri seseorang dari melakukan perkara mungkar. Yakni dengan berpuasa seseorang mampu menegah dirinya dari melakukan apa yang ditegah Allah s.w.t. Sekali gus dia berjaya menegakkan taqwa dalam dirinya.

July 3, 2009

RUKUN YANG KUKUH

Kalau kita menegakkan suatu bangunan, perlu ada tiangnya. Begitu juga kalau kita dirikan khemah atau pondok. Perlu ada tiangnya yang kukuh.

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Islam dibina (ditegakkan) atas lima rukun: Bahawa engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah (mengucap dua kalimah syahadat), mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa Ramadhan dan menunaikan haji.

(Hadith Muttafaq Alaih).

Rasulullah s.a.w. mengibaratkan Islam sebagai bangunan. Lima rukun itulah yang menjadi asas bangunan tersebut. Lemah atau rosak salah satu darinya maka akan runtuhlah bangunan tersebut.

Dalam hadith itu Rasulullah s.a.w. menyebut buniya (dibina). Bermakna Islam seseorang perlu dibina. Dibina dengan kukuh. menggunakan bahan yang terjamin. Kemudian mesti dilengkapkan dan dikukuhkan binaan itu.

Kalau seseorang itu membina rumah, tentulah ada pintunya, tingkapnya, dapurnya dan lain-lain keperluannya. Supaya rumah itu kukuh maka asas binaannya juga mestilah terjamin kukuh.

Seterusnya bagi menjaga jangka hayat rumah atau bangunan itu, mestilah dikawal selia dengan teratur dari perkara yang merosakkannya, seumpama serangan anai-anai, banjir atau perbuatan merosakkan harta benda (vendalism) oleh manusia.

Dengan kata lain, langkah-langkah keselamatan amat perlu bagi memelihara keutuhan binaan tersebut.

Demikian jugalah agama Islam. Perlu kepada usaha mengawal, mempertahan dan mengukuhkannya melalui amalam apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya menerusi Al Quran dan Assunnah. -

Haji Kamaluddin M. Zin - email: wadenko@yahoo.com

SYAHID DENGAN 80 LIANG

SYAHID DENGAN 80 LIANG

BERITA GEMBIRA DARI UHUD





PERANG Badar adalah amat bersejarah. Peperangan yang sangat hebat.





Ramai tentera Islam yang syahid.



Anas bin Nadhar salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. merasa kesal kerana dia tidak berpeluang menyertai peperangan tersebut. Dia menganggap satu kerugian yang sangat besar. Ramai rakan-rakanya telah mendapat syahid dalam peperangan yang sangat memberi kesan dalam perkembangan Islam di Madinah.





Anas berazam, walau apa keadaan pun dia akan tetap turut berjuang di medan perang yang akan datang.





Kemenangan besar dalam peperangan Badar telah menaikkan semangat orang-orang Islam sama ada dari kalangan Ansar mahupun di kalangan orang-orang Muhajirin.





Rasa cinta kepada agama Islam semakin menadalam. Keazaman mempertahankan agama suci itu semakin ketara. Mereka sentiasa bersedia mempertahankan Islam dan berjuang fi sabilillah hingga mendapat syahid.





Sebaliknya kalangan tentera kafir semakin berdendam dengan orang-orang Islam. Mereka sentiasa menunggu peluang untuk menyerang lagi tentera Islam dan mengalahkan pengikut-pengikut Nabi Muhammad s.a.w.





Tentera Kafir tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diperolehi tentera Muhammad s.a.w. dalam perang Badar. Oleh itu mereka sengaja mencari ruang dan ketika untuk melancarkan serangan baru ke atas tentera Islam.





Akhirnya dengan takdir Allah, Perang Uhud pun meletus.





Bagi Anas, inilah peluang yang dinanti-nantikannya sesudah terlepas peluang berjuang dalam Perang Badar yang lalu. Dengan semangat jihad yang kental, dia turun ke medan perang dengan persiapan perang yang lengkap.





Perang Uhud adalah peperang yang sengit. Tentera Musuh jauh lebih besar bilangan dari tentera Islam.





Nabi Muhammad s.a.w. telah mengatur strategi khusus dalam peperangan ini. Baginda mengarahkan sepasukan tentera pemanah tepat seramai lima puluh orang untuk menjaga bahagian bukit. Tujuannya bagi mengawasi tentera berkuda musuh yang dijangka datang dari arah belakang.





Baginda memerintahkan mereka supaya menjaga bukit itu walau dalam keadaan apa sekalipun, hinggalah perang tamat.





Tentera-tentera Islam tidak mengikut arahan Baginda. Ketika mereka melihat sebahagian tentera musuh lari diburu oleh para pejuang Islam, mereka menyangka kemenangan sudah di tangan Islam. Mereka meninggalkan pos kawalan di atas bukit dan turun memungut sebahagian senjata dan rampasan perang yang ditinggalkan musuh.





Yang tinggal di atas bukit hanyalah beberapa orang yang masih setia kepada perintah Nabi s.a.w.





Melihatkan bukit yang hilang kawalan itu, tentera musuh mengambil kesempatan. Pasukan pemanah mereka telah menyerang habis-habisan tentera Islam yang masih berada di atas bukit.





Anas bin Nadhar melihat suasana yang agak kelam kabut itu. Dia sempat melihat seorang sahabatnya Saad bi Muaz melintas di hadapannya. Anas berteriak,





'Ayuh Saad! Demi Allah aku mencium bau syurga yang datang dari Bukit Uhud.





Dengan pantas dia lalu merempuh barisn musuh dengan pedangnya. Satu demi satu tentera kafir ditumbangkan, walaupn ada mata pedang yang sesat menyentuh tubuhnya. Namun bilangan tentera musuh jauh berlipat ganda banyaknya. Dan Allah mengasihi para patriot Islam.





Setealah sekian banyak tentera musuh di tangannya, Anas akhirnya gugur.





Ketika para sahabat menguruskan jenazahnya, sebahagiannya merasa amat sedih hampir melinangkan air mata. Sebahagiannya merasa bangga atas keperwiraan Anas.





Para sahabat mendapati lebih lapan puluh liang luka dibadannya.

Semuga Anas mendapat apa yang diazamkannya. Amin!




Disunting dari Fadail Aamal.

June 29, 2009

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


JANGAN JADI ORANG KELIMA


Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w. katanya,


“Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu), atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pengajian agama, atau orang yang mencinta ketiga-tiga golongan terdahulu. Dan janganlah kamu jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa.

(Hadis Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis ini ada empat jenis manusia yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Pertama orang yang berilmu, kedua suka menuntut ilmu, ketiga suka mendengar majlis ilmu, ke empat cinta kepada ketiga-tiga golongan tadi.

Rasulullah tidak menyatakan siapakah golongan kelima itu. Tetapi nyata mereka adalah golongan yang sesat, tidak mendapat pertunjuk malah hidup mereka akan binasa.

Dengan akal yang sihat dapat dianggarkan bahawa golongan kelima itu adalah mereka yang anti ilmu, benci ulama dan para guru, memusuhi mereka dan sentiasa menghalang penyebaran ilmu-imu agama melalu sekolah agama atau majlis-majlis pengajian lainnya.

Kesan dalam kehidupan bagi golongan kelima itu nyata apabila mereka ditimpa kemusnahan, kecelakaan dan kebinasaan. Di dunia mereka menerima petaka yang buruk, sementara di akhirat mereka akan menerima azab dari Allah s.w.t. terhadap apa yang mereka lakukan.


PENGAJARAN

1. Menuntut ilmu adalah wajib
2. Tiada had usia untuk menuntut ilmu
3. Menuntut ilmu agama adalah diutamakan
4. Menuntut ilmu dunia adalah dituntut untuk mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara
5. Menuntut ilmu mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.
6. Menggalakkan menuntut ilmu adalah juga dituntut
7 menuntut ilmu membuka jalan ke syurga.




KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU



JANGAN JADI ORANG KELILMA


Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w. katanya,


“Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu), atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pengajian agama, atau orang yang mencinta ketiga-tiga golongan terdahulu. Dan janganlah kamu jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa.

(Hadis Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis ini ada empat jenis manusia yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Pertama orang yang berilmu, kedua suka menuntut ilmu, ketiga suka mendengar majlis ilmu, ke empat cinta kepada ketiga-tiga golongan tadi.

Rasulullah tidak menyatakan siapakah golongan kelima itu. Tetapi nyata mereka adalah golongan yang sesat, tidak mendapat pertunjuk malah hidup mereka akan binasa.

Dengan akal yang sihat dapat dianggarkan bahawa golongan kelima itu adalah mereka yang anti ilmu, benci ulama dan para guru, memusuhi mereka dan sentiasa menghalang penyebaran ilmu-imu agama melalu sekolah agama atau majlis-majlis pengajian lainnya.

Kesan dalam kehidupan bagi golongan kelima itu nyata apabila mereka ditimpa kemusnahan, kecelakaan dan kebinasaan. Di dunia mereka menerima petaka yang buruk, sementara di akhirat mereka akan menerima azab dari Allah s.w.t. terhadap apa yang mereka lakukan.


PENGAJARAN


1. Menuntut ilmu adalah wajib
2. Ilmu agama lebih diutamakan
3. Ilmu dunia perlu untuk mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara
4. Menuntut ilmu tiada had tempoh tamatnya.
5. Menuntut ilmu dan memberi galakan menuntut ilmu adalah sesuatu yang mulia.




2 KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU









Dari Anas bin Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Menuntut ilmu adalah suatu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap seorang Islam. (Hadis Riwayat Ibn Maja dan lainnya).


Semua bentuk urusan agama dari sekecil-kecilnya hinggalah kepada pentabiran negara, tidak akan sempurna tanpa ilmu. Para rasul dan nabi sendiri dibimbing oleh Allah dengan ilmu.

Firman Allah,


“Dan Allah mengajarkan ilmu tentang segala sesuatu kepada Adam (Surah Al Baqarah 31).

Imam Syafie dan Imam Al Ghazali menyatakan, tidak sah ibadat seseorang tanpa mempelajari segala hukum-hukum mengenai ibadat itu. Tidak sah sembahyang dilakukan seseorang sehinggalah ia mengetahuinya dengan jelas ibadat tersebut. Akan jadi sia-sialah pekerjaannya.

Tanpa ilmu manusia akan mengalami kepincangan malah kebinasaan dalam hidupnya sama ada pada urusan agama atau urusan dunianya.

Ilmu agama itu pula mestilah dipelajari dan diterima dari mereka yang benar-benar sah ilmunya serta berkelayakan dan ikhlas dalam penyampaiannya.

Menerima ilmu dari ulama atau guru yang tidak muktabar akan menyebabkan kesesatan dan bencana di dunia dan juga diakhirat.

Berwaspadalah terhadap orang yang menjual sedikit ilmunya untuk kepentingan diri dan dunianya.



June 28, 2009

EMPAT SOALAN AKHIRAT

TIDAK BERGANJAK KAKI SESEORANG
(EMPAT SOALAN)


Dari Abi Barzah Al Aslami r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya,

‘Tidak berganjak kedua kaki seseorang pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya, tentang ilmunya untuk apa digunakannya, tentang hartanya dari mana didapati dan kemana dibelanjakannya, dan tentang tubuh badannya untuk apa disusutkannya.

(Hadith riwayat Tarmizi) .

Hadith ini menggambarkan perbicaraan yang akan dihadapi oleh setiap manusia di hari akhirat kelak. Pokok persoalan adalah sekitar tingkah laku dan amal perbuatan semasa hidup di dunia. Ia merangkumi soal jangka masa hayat atau umur, untuk apakah ia dihabiskan.

Akan dihisab dan ditanyakan tentang ilmu-ilmu yang dituntut dan untuk apakah ia digunakan?

Tentang harta benda milik seseorang juga akan ditanya dari mana ia diperolehi, sama ada secara sah atau haram. Kemanakah ia dibelanjakan? Ke jalan halal atau ke jalah yang haram.

Tubuh badan yang sihat untuk apakah ia pergunakan sehingga susut? Adakah untuk amal ibadat atau untuk kecantikan dan tujuan-tujuan dunia semata-mata.

Empat perkara menjadi tumpuan hadith ini: Tentang umur, ilmu, harta dan kesihatan tubuh badan. Muhasabah diri kita supaya empat perkara ini diurus menurut syariat.
PENGAJARAN


1. Setiap amal perbuatan akan diperhitung dan dihisab di hari kiamat.

2. Umur yang diberi Allah adalah suatu kurniaan dan hendaklah dipenuhi dengan amalan kebajikan.

3. Ilmu yang baik wajib dituntut dan wajib disampaikan dengan ikhlas.

4. Mencari nafkah halal adalah wajib dan wajib pula membelanjakannya untuk orang dalam tanggungan, dan membelanjakan untuk jalan Allah.

5. Kesihatan tubuh badan adalah anugerah Allah yang wajib digunakan untuk jalan kebajikan, mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

June 18, 2009

SI TEMPANG YANG SYAHID

KISAH AMRU BIN AL JAMUH

Dia ditakdirkan tempang. Namun di Madinah dia seorang yang berjiwa patriotik. Empat orang anak lelakinyanya adalah pembela Rasulullah s.a.w. di medan perang. Dia mengizinkan mereka mengikuti Rasulullah dalam sabilillah.

Namun hasratnya untuk turut serta tidak tercapai kerana sering dinasihatkan supaya tinggal saja di rumah atas alasan dia tempang.

Ketika Perang Uhud meletus samangatnya untuk turun berjuang semakin memuncak. Seperti di masa yang lampau, dia dinasihatkan usah ikut berperang. Dia tidak puas hati.

'Alangkah sedihnya, anak-anakku syahid dan masuk syurga, sedang aku tinggal di belakang.' Demikian rungutan Amar.

Isterinya mencabar dan memberi perangsang kepadanya.

'Kalau abang berjuang dan syahid, aku akan jadi janda seorang yang syahid.'.
Bagai satu kemegahan kepada isterinya.

Mendengar kata-kata itu, Amar lalu menyarungkan baju perang dan mengambil segala senjata perang. Dia mengadap kiblat seraya berdoa,

'Ya Allah! Janganlah aku kembali lagi kepada keluargaku.'

Kemudian dia terus pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,

'Aku selalu dihalang untuk ikut serta berjuang. Tetapi kali ini aku benar-benar ingin syahid. Tidak akan dapat ditahan lagi. Aku ingin berjalan di syurga dengan kaki tempang ini. Izinkanlah aku menyertai peperangan kali ini, ya Rasulullah.'

Mulanya Rasulullah melarangnya dengan alasan dia ada kecacatan, kerana itu dikecualikan.


Namun Amr mendesak-desak juga hendak ikut serta.

Akhirnya Rasulullah memberi keizinan untuknya turut pergi berperang.

Dia amat bersyukur atas keizinan itu dan terus bersama seorang anaknya pergi ke medan perang.

Allah maha mengasihani hambanya. Kedua-duanya gugur syahid.

Isterinya mendapat khabar Amar gugur syahid lalu datang dengan seekor unta untuk membawa jenazah suami dan anaknya pulang.

Setibanya di medan perang, orang ramai mengangkat jenazah untuk diletakan ke atas unta. Tetapi unta tidak mahu duduk sehingga dipukul dengan teruk sekali.

Setelah jenazah dinaikkan ke atas belakangnya, unta itu tidak mahu bergerak untuk pulang ke Madinah. Dia tetap memandang Bukit Uhud.

Kedegilan unta itu menyebabkan orang menemui Rasulullah s.a.w. dan memberitahu apa yang berlaku.

Baginda bertanya kepada isteri Amar.

'Adakah Amru berkata sesuatu sebelum berangkat meninggalkan rumah?

Jawab isterinya, 'Amar berdoa 'Ya Allah janganlah biarkan aku kembali kepada keluargaku.

Maka sabda Rasulullah, 'Inilah sebabnya unta itu enggan pulang ke rumahnya.'

June 17, 2009

KISAH ANAK JUTAWAN

MUS’AB BIN UMAIR

MUS’AB adalah anak seorang jutawan di Mekah. Dia dibesarkan dalam kehidupan yang mewah kerana ibu bapanya ahli perniagaan. Sehelai pakaiannya dianggarkan berharga dua ratus dirham. Dialah seorang pemuda yang paling maco dan bergaya di kota Mekah.

Dia menjadi pengikut Muhammad s.a.w. dan memeluk Islam tanpa diketahui oleh ibu bapanya. Namun akhirnya berita itu sampai juga ke pengetahuan mereka. Ibu bapanya mengikat Mus’ab dan mengurungnya di rumah beberapa lama.

Sekian lama Mus’ab merengkok di rumah hingga badanya susut, rangka tubuhnya menyebabkan orang menggeleng kepala melihatnya. Saban hari dia berusaha melepaskan dirinya dari ikatan yang membelenggu badannya.

Akhirnya tanpa disedari kedua ibu bapanya,dia dapat melepaskan diri. Dia kemudian menjadi pengikut setia Muhammad s.a.w.

Di dalam peperangan Uhud, Mus’ab di tugaskan memegang bendera Islam. Dia berada diatas bukit Uhud mengebarkan bendera tersebut. Seorang musuh Islam datang menetak tangan kanannya yang memegang bendera. Tangannya putus. Tercampak diatas tanah berlumuran debu dan darah.

Mus’ab tetap bertahan. Dia terus memegang bendera dengan tangan kiri tanpa mempedulikan tangan kanan yang sudah tercampak keatas debu-debu tanah.

Sang musuh tidak berpuas hati. Di sangkanya bendera Islam sudah jatuh bagi menandakan kalahnya pasukan tentera Islam. Tetapi dia melihat bendera itu masih berkibar lagi di tangan kiri Mus’ab.

Musuh Islam terus menerpa Mus’ab lalu menetak tangan kirinya yang memegang bendera Islam. Dia tidak berupaya mengelak kerana sudah cedera di tangah kanan. Dengan tetakan kuat dari pedang tajam musuh, tangan kiri Mus’ab putus.

Bendera Islam hampir jatuh ke tanah. Mus’ab masih tabah dan cekal. Dia maklum jika bendera itu jatuh ke tanah maka bererti kemenangan di pihak musuh. Kekalahan di pihak Islam.

Mus’ab segera mengepit bendera itu dengan kedua lengannya yang masih ada. Dia tetap berdiri dengan gagahnya di atas bukit itu.

Namun seorang musuh lain telah memanah Mus’ab dan menembusi dadanya menyebabkan dia hampir-hampir rebah. Seorang tentera Islam yang hampir denganya segera mencapai bendera yang dipegangnya itu dan terus menjulang dengan lafaz takbir.

Dengan izin Allah s.w.t. Mus’ab gugur syahid disitu juga.

Ketika dia hendak dikebumikan, suasana sangat muram. Kesedihan meliputi para sahabat. Kain yang menutupi jenazahnya amat singkat. Diiabaratkan kalau ditutup kaki, terbuka kepala. Jika ditutup kepala terbuka kakinya.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Selimutkanlah kepalanya, dan tutuplah kakinya dengan dau-daun azkhar.’
Atas nasihat dari Rasulullah s.a.w. itu akhirnya jenazahnya dikebumikan dengan selamat.

Inilah kisah seorang lelaki yang semasa hidupnya pernah memakai pakaian berharga dua ratus dirham, tetapi ketika wafatnya kain sehelaipun tidak dapat menutup seluruh badan.

Namun Mus’ab adalah seorang yang syahid. Disunting dari Fadhail Aamal.

June 12, 2009

BERADAB KETIKA BERDOA

Imam Al Ghazali menyebut dalam Al Ihya Ulumuddin sepuluh adab berdoa. Dinukil An Nawawi dalam kitab Al Azkar 796:

1 - Mencari waktu yang baik dan sesuai. Iaitu hari Arafah, bulan Ramadhan. Hari Jumaat, sepertiga malam terakhir, waktu sahur.
2 - Kesempatan tertentu; misalnya waktu sujud, dalam perang, hujan lebat, antara iqamat dan sesudahnya.
3 - Menghadap qiblat, mengangkat tangan dan menyapukannya ke muka apabila selesai.
4 - Merendahkan suara iaitu antara berbisik dengan nyaring
5 - Tidak memaksakan diri untuk bersajak-sajak atau berlebihan dalam berdoa. Berdoa dengan doa yang ma’thur, ada asas atau riwayat)
6 - Tadharru, khusyuk dan rasa takut kepada Allah: Firman Allah, ‘Berdoalah kepada tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut - (al Anbiya 55) ‘Mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami – Al anbiya 90.
7 - Bersungguh-sungguh dalam memohon, yakin akan diperkenankan. Kata Sufyan Abi Uyainah ‘Jangan sekali-kali salah seorang dari kalian melarang dirinya sendiri dari berdoa apa yang ia ketahui. Sedang Iblis sebagai makhluk yang paling jahat, diperkenankan doanya oleh Allah sw.t. Ketika ia meminta ‘Ya Tuhanku, maka berikanlah aku tempoh sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman, ‘Sesunggughnya engkau termasuk di kalangann orang yang diberi kesempatan hidup. (Surah al Hijr 36-37)

8 - Selalu berdoa dan mengulang-ulang doa sampai tiga kali serta memohon segera diperkenankan
9 - Dimulai dengan zikir kepada Allah (Alhamdulillah) dan juga salawat, kemudian ditutup dengan keduanya.
20 - Taubat. Yang terpenting dan merupakan dasar utama bagi diperkenankan doa.

Dari kitab Al Azkar Imam Nawawi.

June 10, 2009

PETAKA ANTI ILMU

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya,

“Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu), atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pengajian agama, atau orang yang mencinta ketiga-tiga golongan terdahulu. Dan janganlah kamu jadi golongan kelima kerana dengan itu engkau akan binasa.
(Hadis Riwayat Al Bazzar)

Dalam hadis ini ada empat jenis manusia yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Pertama orang yang berilmu, kedua suka menuntut ilmu, ketiga suka mendengar majlis ilmu, ke empat cinta kepada ketiga-tiga golongan tadi.

Rasulullah tidak menyatakan siapakah golongan kelima itu. Tetapi nyata mereka adalah golongan yang sesat, tidak mendapat pertunjuk malah hidup mereka akan binasa.

Dengan akal yang sihat dapat dianggarkan bahawa golongan kelima itu adalah mereka yang anti ilmu, benci ulama dan para guru, memusuhi mereka dan sentiasa menghalang penyebaran ilmu-imu agama melalu sekolah agama atau majlis-majlis pengajian lainnya.

Kesan dalam kehidupan bagi golongan kelima itu nyata apabila mereka ditimpa kemusnahan, kecelakaan dan kebinasaan. Di dunia mereka menerima petaka yang buruk, sementara di akhirat mereka akan menerima azab dari Allah s.w.t. terhadap apa yang mereka lakukan.

June 9, 2009

AMAL IBADAT YANG KEKAL

TIGA MENGIRINGI JENAZAH

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,


“Tiga perkara akan mengiringi orang yang mati hingga ke kuburnya. Dua daripadanya akan balik dan satu yang tinggal bersamanya. Dia diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalannya. Keluarga dan hartanya akan pulang dan tinggallah amalannya bersamanya.”

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan An
Nassai).



Hadith ini menjelaskan keadaan apabila seseorang meninggal dunia. Menurut kelazimannya, selepas jenazah dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan, dia akan diusung ke tanah perkuburan.

Dia akan diikuti oleh tiga perkara. Pertama kaum keluarga, sahabat handai dan rakan sekerjanya.


Kedua diikuti oleh hartanya seumpama kereta dan lain-lain kelengkapan miliknya, atau bintang kebesarannya. Ketiganya ia diikuti oleh amalan-amalan semasa hayatnya.

Dua yang terdahulu itu akan kembali, selepas selesai urusan pengkebumian mayatnya. Kaum keluarga dan sahabat handainya akan pulang meninggalkannya. Hartanya, kereta dan segala bintang kebesarannya juga akan dibawa pulang.

Yang tinggal bersamanya di dalam kubur ialah amalannya itu. Kiranya amalan yang dibawanya berupa kebajikan, maka berbahagialah ia. Jika sebaliknya, maka akan disiksalah ia.

Dalam hadis yang lain baginda bersabda, apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajarkannya dan anak-anak soleh yang mendoakannya.


PENGAJARAN

1. Setiap yang hidup akan menemui ajalnya jua.

2. Selain dari menguruskan jenazah itu, orang-orang Islam dikehendaki menghormatinya dengan mengiringinya hingga ke kuburnya.

3. Harta yang banyak tidak memberi faedah kepada si mati jika tidak disedekahkan atau dibelanjakan di jalan Allah.

4. Apabila mati seseorang Islam, maka putuslah amalannya kecuali sedekahnya yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak salih yang mendoakannya.

5. Ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah s.w.t.

June 1, 2009

KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN

PEMBACA AL QURAN BERSAMA MALAIKAT

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Orang yang membaca Al Quran dan ia sudah mahir bacaannya, maka ia adalah bersama para malaikat yang mulia. Orang yang membacanya, tetapi tidak lancar dan sukar membacanya, maka ia mendapat dua pahala.

Hadith Muttafaq Alaihi.

Dalam Hadith ini Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa orang-orang yang membaca Al Quran sangat tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t. Orang-orang yang mahir membaca Al Quran dengan bacaan menurut kaedah yang betul serta beramal dengan isi kandungannya, kelak mendapat kedudukan mulia bersama para malaikat.

Ini menunjukkan bahawa baginda amat menggalakkan umatnya mempelajari bacaan Al Quran dengan cara yang betul dan berusaha memahami kandungannya. Seterusnya dikehendaki beramal dengan isi kandungannya.

Selain dari itu, bagi orang-orang yang menghadapi kesukaran dalam mempelajari Al Quran, maka disediakan dua pahala untuknya. Ini bermakna, orang-orang yang lemah dalam belajar Al Quran, tetapi masih gigih mempelajarinya, maka diberi galakkan mendapat ganjaran yang lebih dari Allah s.w.t.

PENGAJARAN

1. Al Quran adalah kitab suci yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat.

2. Setiap umat Islam mesti meyakini isi kandungan kitab Al Quran, kerana ia adalah salah satu rukun iman.

3. Setiap umat Islam wajib mempelajari kitab Al Quran: bacaan dan makna isi kandungannya.

4. Membaca Al Quran adalah ibadah dan diberi pahala kepada orang yang membacanya.

5. Orang-orang yang mahir membaca Al Quran dan mengamalkan isi kandungannya akan dapat penghormatan di akhirat kelak.

6. Orang-orang yang sukar mempelajari Al Quran akan diberi ganjaran dua kali ganda dari orang biasa.

May 30, 2009

MEMBACA SATU HURUF AL QURAN

Dari Ibn Mas’ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran) maka ia mendapat satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu pula dibalas dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, bahkan alif adalah satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu pun satu huruf juga.

Riwayat At Tarmizi

Di dalam Hadith ini Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa membaca Al Quran adalah ibadah yang sangat bermanfaat kepada seseorang. Setiap kali seseorang itu membaca satu huruf Al Quran ia pasti mendapat pahala kebaikan dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan lagi bahawa pahala membaca Al Quran bukan terhenti setakat itu sahaja, malah ia akan dilipatgandakan sepuluh kali lagi bagi tiap-tiap bacaan tersebut.

Sebagai galakan kepada orang yang membaca Al Quran itu, Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa yang dimaksudkan satu huruf bukan seperti permulaan surah dengan alif lam mim.
Menurut baginda, alif dikira satu huruf. Lam itu juga dikira satu huruf dan demikian juga mim dikira satu huruf.

Tegasnya setiap huruf yang dibaca itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. dengan sepuluh kali ganda banyaknya.


PENGAJARAN

1- Al Quran adalah kitab suci lagi mulia mengandungi wahyu-wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w.
2- Setiap umat Islam wajib belajar membaca Al Quran dengan kaedah yang betul.
3- Setiap umat Islam juga wajib mempelajari isi kandungan Al Quran.
4- Membaca Al Quran adalah ibadah dan diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

May 29, 2009

SERUAN MALAIKAT UNTUK SOLAT


KELEBIHAN SOLAT

Ibnu Mas’ud r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,


‘Menjelangnya waktu solat, seorang malaikat ditugaskan menyeru,”Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkalah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu.’
Maka manusia pun bangun, berwudhuk dan solat Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukannya sejak matahari terbit, terampun. Demikianlah diulangi pula pada waktu Asar, Maghrib dan Isya’. Selepas Isya’ orang pun tidur, tetapi ada setengahnya sibuk mengerjakan kebaikan dan yang lainnya sibuk mengerjakan maksiat.’

Riwayat At Tabarani

Hadith ini menceritakan perihal seruan malaikat kepada manusia ketika hampirnya masuk waktu solat. Seruan tersebut adalah sebagai peringatan dan amaran kepada makhluk manusia iaitu sudah sampai masanya untuk mengabdikan diri kepada Allah melalui perintah solat.

Apabila sampai masuk waktu solat, maka tidak adalah pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah kecuali menuanikan solat.

Dalam hadith-hadith yang lain Rasulullah pernah menegaskan bahawa menunaikan solat pada awal waktunya adalah sebaik-baik amal orang beriman.

Kata Salman r.a., selepas Isya’ manusia terbagi kepada tiga golongan:

Bagi satu golongan, malam itu sumber kebajikan dan keuntungan kepadanya. Mereka menghabiskan malam dengan menyembah Allah s.w.t. sedang yang lain nyenyak tidur. Merekalah yang mendapat ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak.

Dan setengah golongan yang lain lagi, malam menjadi kutukan baginya kerana mereka melakukan berbagai maksiat sepanjang malam. Mereka menghabiskan malam dengan bersukaria, berpoya-poya, berjudi, berzina, minum arak, merompak menyamun dan seribu satu maksiat yang lain. Oleh kerana itu malam mendatangkan bencana kepada mereka.

Dan bagi setengah golongan yang ketiga malam hanya semata-mata untuk mereka tidur sahaja dengan pelbagai mimpi enak atau yang ngeri. Mereka hanya menghabiskan masa malam diatas katil empuk atau di gubuk buruk, malah tidak kurang pula yang lena di kaki lima jalan. Mereka ini tidak mendapat faedah sedikit pun. Sama ada di dunia mahupun di akhirat.

PENGAJARAN

1. Sembahyang lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan
2. Sembahyang adalah ibarat tiang agama seperti yang telah dinyatakan di dalam beberapa hadith

3. Sembahyang hendaklah ditunaikan segera pada awal wakatunya.

4. Melengah-lengahkan menunaikan sembahyang menyebabkan seseorang menjadi lalai dari melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

5. Sembahyang adalah salah satu cara untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.

Wallahu Aalam.

May 27, 2009

TIGA JALAN SELAMAT

Untuk keselamatan dunia dan akhirat.
(AN NAJATU MINAN NAR)

Uqbah bin Amir r.a. berkata,
‘Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

‘Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu?

Baginda s.a.w. menjawab,

‘Peliharalah lidahmu (dari sebarang yang memudaratkanmu), hendaklah rumahmu mendatangkan ketenanganmu, dan tangisilah kesalahanmu.”

(Riwayat Termizi – Al Azkar 663)

Dalam hadith ini Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan jalan-jalan yang boleh menyelamatkan seseorang dari azab.

Pertama: Lidah selalunya membawa bencana kepada manusia kerana pertuturan yang diucapkannya. Oleh yang demikian Rasulullah menasihatkan supaya menahan lidah dari bertutur dengan perkara yang boleh memudaratkan.

Perkara yang memudaratkan akibat pertuturan ialah kata-kata yang mendatangkan dosa dan kemungkaran. Dengan menjaga lidah manusia akan selamat di dunia dan juga akhirat.

Hal kedua yang disebut oleh Rasulullah ialah ‘rumah yang membahagiakan’. Sayugia diingat, rumah adalah tempat tinggal atau tempat berteduh. Tempat berehat, mencari ketenangan (sakinah) dan yang penting sekali rumah adalah tempat mengasuh dan mendidik keluarga.

Oleh kerana itu rumah sepatutnya mendatangkan kebahagiaan, ketenangan dan keselesaan kepada penghuninya. Suasana rumahtangga yang tidak aman tenteram, menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya. Ini akan membawa kepada kerosakan sistem keluarga dan akhirnya menjadi porak puranda.

Antara perkara yang boleh mengeruhkan suasana rumahtangga ialah:

1. Tidak menghidupkan amalan sunnah di dalam rumah
2. Rumah tidak dibacakan ayat-ayat suci Al Quran
3. Tidak mendirikan solat.
4. Melakukan perkara maksiat di dalam rumah
5. Tidak berzikir di dalam rumah
6. Hiburan diluar batas syarak
7. Pakaian, makanan dan barang-barang yang haram

Untuk mendatangkan kebahagiaan rumahtangga hendaklah; menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Sentiasa membaca dan dibacakan Al Quran

Sentiasa solat berjamaah.
Membanyakkan amalan salih dan bersedekah

Perkara ketiga yang disebut Rasulullah s.a.w. ialah jalan bertaubat.
Sabda Baginda, ‘Tangisilah kesilapanmu.’

Menyesali akan diri sendiri terhadap sebarang kesilapan atau kesalahan yang dilakukan adalah satu cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk bertaubat kepada Allah.

Tangisan adalah tanda penyesalan, dengan itu mudah-mudahan akan bangkit rasa insaf yang mendalam untuk meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa itu.

Wallahu a’alam.

May 22, 2009

BISIKAN MALAIKAT HASUTAN SYAITAN

PERTARUNGAN SEPANJANG HAYAT


Dari Ibn Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Sesungguhnya syaitan ada bisikan di hati anak Adam. Dan Malaikat juga ada bisikannya. Bisikan syaitan itu ialah dorongan supaya melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran. Bisikan malaikat pula menggalakkan kebaikan dan meyakini kebenaran. Oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik di dalam hatinya, maka ketahuilah ia dari Allah dan hendaklah bersyukur kepada Allah. Dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi (bisikan kejahatan) maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.”

(Riwayat Tarmizi dan An Nassai).

Dua perkara yang ada terlintas di dalam hati manusia: hendak melakukan perkara yang baik atau perkara yang buruk.

Hadith ini menyatakan bahawa Malaikat bertugas membisikkan perkara yang baik ke dalam hati manusia. Sementara syaitan pula sentiasa membisikkan perkara yang buruk dan jahat.

Tegasnya malaikat sentiasa mendorong manusia melakukan yang baik, sedangkan syaitan sentiasa menghasut untuk melakukan kejahatan.

Malaikat mendorong manusia meyakini kebenaran, syaitan pula berusaha menyelewengkan manusia supaya menolak kebenaran.

Bisikan syaitan itu sama ada dorongan secara langsung atau ada rasa was-was dan juga ragu-ragu seperti disebut dalam surah An Nas.

‘Dia menimbulkan was-was di dalam dada manusia’.
Jika terasa lintasan kebaikan di dalam hati maka itu adalah dari Allah yang dibisikkan oleh malaikat ke dalam hati manusia. Maka hendaklah dia bersyukur dan meneruskannya.

Jika ada lintasan untuk melakukan kejahatan maka itu adalah dari syaitan. Segeralah beristighfar dan mohon perlindungan Allah dari godaan syaitan.


PENGAJARAN

1. Setiap orang beriman wajib percaya wujudnya malaikat dan jin sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t.

2. Ada malaikat yang bertugas membisikkan ke dalam hati manusia supaya melakukan kebajikan.

3. Iblis dan syaitan adalah makhluk Allah dari kumpulan jin.

4. Syaitan berusaha merosakkan manusia dengan membisikkan dalam hati mereka supaya melakukan kejahatan.

5. Setiap kali ada lintasan dalam hati untuk melakukan kebaikan dan meyakini kebenaran, hendaklah bersyukur serta terus melakukan kebaikan itu.

6. Setiap kali ada lintasan dalam hati untuk melakukan kejahatan, maka ia adalah hasutan syaitan. Hendaklah memohon perlindungan Allah dan menahan diri dari melakukannya.

7. Setiap kali terasa lintasan hati hendaklah dipertimbangkan dari sudut syarak supaya tidak mudah ditipu oleh syaitan yang sentiasa menjadi musuh manusia.

May 20, 2009

HIJRAH KERANA PEREMPUAN

NILAI NIAT DALAM IBADAT

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Alkhattab r.a. katanya, ‘Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,


‘Hanya sesungguhnya segala ‘amal itu bergantung dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap manusia apa yang diniatkannya. Maka barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrah.

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini menyatakan tentang nilai niat dalam setiap perbuatan manusia. Balasan atau ganjaran oleh Allah s.w.t. adalah berasaskan niat seseorang dalam amal pekerjaannya.

Niat itulah yang membezakan perbuatan adat dengan perbuatan yang diberi ganjaran (ibadah).
Misalnya duduk berehat di dalam masjid tidak mendapat apa-apa ganjaran dari Allah s.w.t. Manakala duduk dengan niat iktikaf akan diberi pahala oleh Allah s.w.t.

Niat bermaksud menggerakkan hati untuk melakukan apa yang diperintahkan syara’ dengan tujuan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Niat bagi tujuan selain dari itu adalah tidak diterima oleh Allah s.w.t.

HIJRAH KERANA PEREMPUAN

Seorang lelaki Mekah bernama Hatib bin Balta’ah telah mencintai gadis bernama Ummu Qais. Dia masuk meminang tetapi pinangannya ditolak. Sewaktu orang-orang Islam hijrah ke Madinah, Ummu Qais juga turut hijrah. Hatib yang masih cintakan Ummu Qais mendapat tau kekasihnya telah pindah, maka dia pun turut berhijrah dengan harapan dapat memujuk Ummu Qais supaya kahwin dengannya.

Perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menegur perbuatan itu, sebab hijrahnya bukan kerana Allah dan Rasulnya, malah kerana perempuan yang dikasihinya. Dia tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala dari hijrahnya itu.

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya lalu mengaitkan niat sesuatu amalan itu dengan tindakan berhijrah seperti yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Walaupun lelaki tersebut akhirnya dapat berkahwin dengan kekasihnya, tetapi ia tidak dapat apa-apa ganjaran dari hijrahnya.


Niat menjadi syarat utama sahnya sesuatu amalan yang baik. Amalan yang tidak ada niat atau niat bukan kerana Allah, adalah tidak sah. Amalan yang tidak sah, tidak akan diterima oleh Allah.

Sesuatu amalan baik dikira ibadat, sekiranya ia disertakan niat. Sesuatu perbuatan baik tanpa disertai niat, maka ia menjadi amalan adat dan tidak diberi apa-apa pahala.

Niat dalam pekerjaan yang baik dan yang diperintahkan oleh syariat, hendaklah ditujukan kepada Allah semata-mata, dan bukan kerana tujuan yang lain.

Hijrah diberi contoh oleh Rasulullah s.a.w., kerana ada sebahagian umat Islam melakukannya bukan kerana Allah, tetapi tujuan keduniaan seperti perkahwinan dan lain-lain kepentingan duniawi.



PENGAJARAN HADIS

1 Setiap amal ibadat memerlukan niat.
Niat membezakan perbuatan adat dari perbuatan ibadah.

2 Niat yang ikhlas kepada Allah dalam ibadah menentukan ganjaran daripadaNya.

3 Perbuatan ibadah yang yang dilakukan bukan kerana mencari keredhaan Allah tidak akan mendapat ganjaran daripadaNya.

May 19, 2009

MUFLIS DI AKHIRAT

SIAPAKAH ORANG MUFLIS



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?

Sahabat-sahabat baginda menjawab, “Orang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak ada dirham (wang) dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda,

“Sebenarnya orang muflis di kalangan umatku ialah yang datang di hari kiamat membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan (dosa) memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini (cara haram) dan menumpahkan darah orang itu (cara haram), dan juga memukul orang. Maka akan diambil dari pahala amal kebajikannya lalu diberikan kepada orang-orang itu. Kiranya habis pahala amal kebajikannya sebelum habis dibayar (hutang) kesalahannya, maka akan diambil pula dosa orang yang dianiayanya itu serta ditimpakan ke atasnya. Akhirnya ia dihumbankan ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Tarmizi)

Hadith ini menceritakan keadaan bagaimana manusia dihisab amalnya di hari akhirat. Setiap amalan akan dikira dan diberi ganjaran yang setimpal oleh allah s.w.t.

Amal kebajikan akan dibalas dengan syurga. Sedangkan perbuatan jahat, mungkar atau maksiat akan dibalas dengan azab neraka.

Apabila seseorang melakukan kejahatan atau aniaya terhadap orang lain, maka orang itu akan menuntutnya di akhirat kelak. Lalu pahala kebajikannya akan diberikan kepada orang yang dianiayai itu.

Jika di dunia dia mengambil harta orang secara haram, maka di akhirat pahala kebajikannya akan diberikan kepada tuan punya harta yang diambilnya itu menurut kadarnya.

Demikian juga jika dia melakukan khianat terhadap orang lain, maka pahala kebajikannya akan diberikan kepada orang itu.

Akhirnya habislah pahala kebajikan (dari ibadat dan lainnya) yang dibawanya. Nyatalah dia sudah menjadi muflis. Tetapi ‘hutang’nya masih banyak terhadap orang lain. Maka sebagai ganti, dosa orang yang dianiaya itu dihumbankan keatasnya.

Pahala sudah habis, dosa orang lain pun ditanggung, maka sudah pasti dia dihumbankan ke dalam neraka.

PENGAJARAN

1. Setiap amal perbuatan manusia, baik atau jahat adalah dicatit oleh para malaikat dan akan
dihisab di hari akhirat.
2. Hendaklah sentiasa menambah amal kebajikan sebagai bekal di hari akhirat kelak.
3. Hendaklah sentiasa berlumba membuat kebajikan dan berusaha meninggalkan segala
kejahatan.
4. Setiap perbuatan jahat hendaklah segera disusuli amal kebajikan.
5. Sentiasa taubat kepada Allah atas segala kesalahan.

May 16, 2009

DOA YANG DITOLAK

MENGAPA TIDAK MUJARRAB

SERING manusia mengeluh kerana doanya tidak dimakbulkan Tuhan. Tetapi manusia lupa melihat ke dalam dirinya, mengapa doanya tidak ‘mujarrab’. Perhatikan dan renunglah hadith selanjutnya.

Dari Abu Hurairah r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Sesungguhnya Allah Taala itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang beriman seperti apa
yanag diperintahkanNya kepada para Rasul. Maka Allah berfirman kepada para Rasul. ‘Makanlah dari yang baik-baik dan beramallah amalan yang baik.’

Dan Ia berfirman lagi,

‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari segala yang baik-baik yang telah direzekikan kepada kamu’.

Kemudian baginda menyebutkan kisah seorang lelaki yang jauh perjalanan, kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, menghulurkan dua tangannya ke langit dan berdoa. ‘Hai tuhanku’. Padahal makanannya haram, mulutnya disumbat dengan yang haram, tempat tinggalnya haram, maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?

(Hadith riwayat Muslim).

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa makanan yang haram, tempat tinggal atau rumah yang haram dan pakaian yang haram boleh menjejaskan doa seseorang. Doanya tidak diterima Allah.

PENGAJARAN

Doa adalah sebahagian dari ibadat
1. Berdoa (memohon) hanya kepada Allah sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah Al
Fatihah.
2. Hendaklah ikhlas dalam berdoa.
bersihkan diri melalui taubat sebelum berdoa.
3. Berada dalam keadaan haram sama ada makan minum, pakaian dan tempat tinggal
menyebabkan doa tertolak.

May 14, 2009

TUTUR YANG BAIK TANDA IMAN

Sentiasa Jaga lidah

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda,

‘Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata yang baik atau hendaklah diam saja.
(Riwayat Bukhari dan Muslim – al azkar 660)

Percakapan atau pertuturan adalah penting bagi manusia. Ia adalah alat perhubungan dalam kehidupan. Melalui pertuturan manusia dapat memahami antara satu sama lain. Pertuturan boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

Pertuturan yang mendatangkan kebaikan adalah bermanfaat kepada manusia. Sebaliknya pertuturan yang mendatangkan keburukan adalah membinasakan manusia itu sendiri.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. mengaitkan kata-kata yang baik itu dengan iman. Ini kerana kata-kata yang baik mendapat ganjaran baik di akirat, sementara kata-kata yang tidak elok kelak akan mendapat ganjaran buruk.

Oleh kerana itu hendaklah kita selalu bertutur perkara yang baik. Jika tidak maka adalah lebih elok berdiam diri sahaja. Supaya dengan itu kita akan selamat dari sebarang dosa dan azab akhirat.

PENGAJARAN


1. Setiap amalan manusia akan dihisab di hari akhirat kelak termasuk tutur
katanya.
2. Tutur kata yang baik diberi ganjaran pahala manakala tutur kata yang buruk

akan mendapat dosa.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak mendatangkan bencana kepada diri dan orang lain.
4. Tutur kata yang tidak baik boleh menjejaskan akidah dan keimanan
5. Sentiasalah berhati-hati ketika bertutur.

Wallahu aalam.