P

December 31, 2008

HIJRAH 1430

MENJANA UMAT GEMILANG

ANTARA MELAYU DAN KURDIS

TIDAK munasabah suatu bangsa tiada bernegara. Umum beranggapan tiap bangsa mesti ada negaranya, apatah lagi kalau jumlah bangsa itu berpuluh juta.
Bangsa Kurdis berjumlah sekitar 25 juta. Tetapi mereka merempat, menjadi pelarian yang sentiasa diburu, dianiayai dan dizalimi.

Di dalam setengah peta dunia mungkin ada tercatat nama KURDISTAN menandakan adanya negara itu di muka bumi. Ia dikelilingi negara Irak, Irak, Turki dan Russia. Tetapi pada hakikatnya negara itu tidak lagi wujud.

Walaupun 25 juta bangsa Kurdis menduduki bumi pergunungan dan bukit bukau yang bersempadan negara-negara besar tersebut, namun negara-negara tersebut tidak menganggap Kurdis mempunyai negara.

Dengan kata lain, mereka boleh disebut sebagai bangsa pelarian yang tidak ada tanahair yang sah di sisi undang-undang. Bumi yang mereka duduki dan mendakwa hak milik mereka, kini telah menjadi milik Iran atau Irak, Turki atau Russia.

Wilayah yang diduduki Kurdis kini sebenarnya telah menjadi sebahagian Tenggara Turki, Timur Laut Syria, Utara Irak, Barat Iran dan Selatan Russia.

Di dalam sejarah dikatakan bahawa orang-orang Kurdis pernah membantu kerajaan Osmaniah Turki menumpaskan kerajaan Parsi. Tetapi dalam zaman pemerintahan Turki Moden yang diketuai Kamal Ataturk, orang Kurdis ditentang habis-habisan.

Mereka dipaksa mengubah identiti dengan mengaku sebagai orang Turki pergunungan.

Di Irak pula orang-orang Kurdis lebih teraniaya akibat bom beracun dalam tahun 1988 hingga meragut ribuan nyawa.

Di Iran Kurdis pernah membantu penyokong Khomeini menumpaskan Shah Iran, tetapi apabila Kurdis minta wilayah otonomi, permintaan mereka tidak dilayan. Bila perang Iran dengan Irak, Kurdis membantu tentera Iran masuk ke wilayah Irak. Bila tentera Iran undur, orang-orang Kurdis hancur di lanyak Irak

Apabila seorang tokoh pejuang Kurdis ditangkap di Nairobi 1999, dunia barat mengagap orang-orang Kurdis sebagai teroris, dan pergerakan mereka dicurigai sepanjang masa.

kini dianggarkan lebih 10 juta Kurdis bernaung di Turki, Lebih 5 juta di Iran, 6 juta di Irak dan berjuta lagi di Syria dan Russia. Malah ada juga yang berlindung di negara-negara Eropah dan Amerika.

Analisa: Perselisihan dan perpecahan serta perebutan jawatan adalah salah satu punca menyebabkan hilangnya perpaduan bangsa.Keadaan ini membuka ruang kepada pihak lain terutama kuasa besar menguasai bangsa tersebut.

Melihat senario orang Melayu yang sudah mula berpecah, bolehkah diambil iktibar dari apa yang berlaku keatas bangsa Kurdis yang kehilangan negara itu.