P

August 13, 2011

AYAT SYIFAA


Al QURAN PENAWAR

Kitab Al Quran adalah sebuah kitab wahyu mengandungi rahmat dan juga segala penawar untuk manusia.
Firman Allah s.w.t.

82. dan Kami turunkan dari Al-Quran aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al Israk 82
Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan supaya sentiasa membaca Al Quran terutama Suratul Baqarah di dalam rumah.

Sabdanya, ‘Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kubur. Para syaitan akan lari dari rumah yang sentiasa dibaca Al Quran, khususnya surah Al Baqarah.
Hadith riwayat Muslim

Abu Said Al Khudri r.a. berkata Rasulullah s.a.w. selalu memohon perlindungan dari Allah s.w.t. (berta’awuz) dari pelbagai gangguan jin dan syaitan. Akhirnya turunlah surah mi’wizatain. Iaitu surah Al Falaq dan surah An Nas. Setelah surah ini turun, maka baginda selalu membaca kedua-dua surah ini sahaja untuk mohon perlindungan, dan meninggalkan yang lainnya.
Hadith riwayat Tarmizi.

Abdul Malik bin Umair r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Dalam suratul Fatihah ada penyembuhan untuk segala penyakit.
Riwayat Ad Darimi dan Baihaqi. F.A. Fadilat Al Quran


Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ‘Dalam Al Quran ada satu surah mengandungi 30 ayat. Ia dapat memberi syafaat kepada seorang yang membacanya hingga dia diampuni Allah. Itulah surah Tabarak (yakni surah Al Mulk).
Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Ubai bin Kaab menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Wahai Abu Munzir, adakah engkau tahu ayat apa yang paling hebat ada dalam dadamu?
Aku lantas menjawab, ‘Ayat Allahu la ilaha huwal haiy qaiyum (ayatul kursi).
Maka Rasulullah terus menepuk-nepuk dadaku sambil berkata, ‘Semuga engkau mudah memperolehi ilmu, wahai Abu Munzir.
Hadith riwayat Muslim.


Abu Darda’ r.a. memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat awal surah Al kahfi terpelihara ia dari gangguan dajjal.
Hadith riwayat Muslim.


PERINTAHH BALAJAR AL QURAN
Jadikan anak hafiz al Quran

Abu Zar pernah ditegur oleh Rasulullah s.a.w.

Wahai Abu Zar, ‘Alangkah baiknya engkau pergi pagi-pagi mempelajari satu ayat dari kitabullah. Ia lebih baik bagimu dari melakukan sembahyang sunat seratus r


akaat. Dan jika engkau mempelajari satu bab dari ilmu, engkau beramal dengannya atau tidak, itu lebih baik bagimu dari sembahyang sunat seribu rakaat.

Hadith riwayat Ibn Majah. Fadhail.

Kharijah bin Asshal dan bapa saudaranya berkata,
‘Aku datang menghadap Nabi s.a.w. lalu menyatakan masuk Islam. Kemudian aku kembali. Di tengah jalan aku bertemu dengan suatu kaum berserta disampingnya ada orang sakit gila yang digari dengan besi.

Ketua keluarga itu berkata, ‘Kami dapat tau saudara membawa suatu kebaikan, apa kah kamu dapat menolong kami untuk mengubati sakit ini.
Aku ubati dia dengan membaca surah Al Fatihah, lalu ia sembuh. Mereka lalu memberi aku seratus ekor kambing.
Aku datang menemui Nabi s.a.w. dan mengkhabarkan kepadanya. Baginda s.a.w. bersabda, ‘Apakah ada yang lain kau baca?
Aku menjawab ‘Tiada lagi.’

Baginda s.a.w. bersabda, ‘Ambillah kambing-kambing itu. Demi Allah sesungguhnya umurku di dalamm genggaman Tuhan, ada orang yang memakan upah dari pengubatan yagn batil, tetapi sesungguhnya engkau memakan hasil upah pengubatan yang benar (halal).

Hadith riwayat Abu Daud (Al Azkar – An Nawawi).