P

August 29, 2011

HIASAN UNTUK AIDILFITRI


KEMERIAHAN RAYA ATAS RIDHA ILAHI

Dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda,
'Hiasilah kedua-dua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.
Riwayat Abu Na'im

Hariraya adalah suatu hari yang mulia, hari yang bahagia untuk orang-orang yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa sebulan Ramadhan. Hari yang sangat indah mengukir sejarah.

Rasululullah S.A.W. memerintahkan kita supaya menghormati anugerah Allah ini dengan menghiasinya sebaik mungkin. Hiasan yang diridhai oleh Allah s.w.t.
iaitu dengan kalimah tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.

Tahlil: la ilaha illa Allah
Takbir: Allahu Akbar
Tahmid: Alhamdulillah
Taqdis: Subhanallah

Dengan perintah dari Rasulullah itu jelas bahawa hiasan lain tidaklah diberi keutamaan. Hiasan rumah dan halaman hanyalah bersifat keduniaan belaka. Belum tentu ia diridhai atau sebaliknya.

Kemeriahan sebenar ditunjukkan Baginda S..A.W. juga adalah untuk mencapai keridhaan Ilahi, bukannya kemeriahan dengan alunan suara lagha, khayal atau dentuman mercun, meriam dan seumpamanya.

Apakah yang lebih baik dari mendapat keridhaan Allah s.w.t. itulah puncak takwa yang menjadi penghujung perintah puasa.

'Diperintahkan kamu berpuasa supaya kamu bertaqwa. (Al Baqaarah 183)