P

March 29, 2010

SAMPAI MASANYA

Al Fudhail bin ‘Iyadh

Berasal dari Khurasan. Ia dilahirkan di Kampung Marwu. Ada juga yang mengatakan dia lahir di Samarqand. Meninggal dunia di Mekah Almukarramah pada tahun 187 Hijriah.

Diriwayatkan, beliau sangat menyintai seorang jariah (hamba wanita). Pada suatu hari ketika dia sedang memanjat tembok rumah jariah itu, tiba-tiba terdengar olehnya suara orang membaca Al Quran. Berdebar dadanya bila orang itu sampai pada ayat :

Maksudnya,

‘Belum jugakah tiba saatnya bagi orang yang beriman untuk hati mereka tunduk mengingat Allah? (Al Hadid 57:16).

Fudhail tersentak. Ayat itu tepat mengenai dirinya sendiri.

Lantas dia menjawab sendiri,

‘Ya tuhan! Sungguh telah tiba masanya.’

(At Taabir Fit Tazkir – Al Qusyairi) .

March 25, 2010

MENGELAKKAN YANG SYUBAHAT



Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Itulah hati. '
Riwayat Bukhari dan Muslim.

March 10, 2010

CONTOHI RASULULLAH



Tuhan berfirman,

‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W. itu contoh teladan yang baik bagi kamu (Al Ahzab 21).

Semua yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. adalah teladan.

Mengapa jadi teladan?

Kerana ia akhlak yang agung.

Firman Allah,

‘Sesungguhnya engkau Muhammad diatas akhlak yang agung.

(Al Qalam 4)

Salahkah kalau ikut Nabi?

Firman Allah,

‘Apa yang didatangkan oleh Rasul, maka peganglah. Apa yang dilarangnya maka jauhilah. (Al Hasyr 7)

TELADAN AKHLAK NABI


Model akhlak terpuji ialah Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.,

‘Sesungguhnya Rasulullah itu teladan yang terbaik untuk kamu.’

(Surah Al Ahzab 21)

Mengapakah Rasulullah s.a.w. menjadi teladan?

Ini kerana Allah sendiri yang menunjukkannya.

FirmanNya,

‘Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah mempunyai akhlak yang agung.’

(Surah Al Qalam 4).



































Nabi kahwin dengan Aisyah umur berapa?

Tuhan berfirman,

‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu (Al Ahzab 21).

Semua yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. adalah teladan.

Mengapa jadi teladan?

Kerana ia akhlak yang agung.

Firman Allah,

‘Sesungguhnya engkau Muhammad diatas akhlak yang agung.

(Al Qalam 4)

Salahkah kalau ikut Nabi?

Firman Allah,

‘Apa yang didatangkan oleh Rasul, maka peganglah. Apa yang dilarangnya maka jauhilah. (Al Hasyr 7)

March 9, 2010

LIMPAH REZEKI DARI ALLAH


KEHIJAUAN KELAPA MUDA DI SURAU DARUL QURAN JENDERAM HULU SEPANG.


NIKMATI KEENAKAN KELAPA PANDAN. KUNJUNGI KAMI DI LOT 2021 JENDERAM HULU SEPANAG, SELANGOR. MALAYSIA.

TAMBAHILAH ILMU TENTANG WAHYU DI DARUL QURAN SAMBIL MENINGKATKAN IBADAH KEPADA ILAHI.

wadenko@yahoo.com


ENAK NYA AIR KELAPA PANDAN DALAM PENYEMBUHAN SEGALA PENYAKIT

March 5, 2010

BERTAQWA DI MANA SAJA

AKHLAK MULIA

DARI ABU ZAR Jundab bin Junadah dan Abu Abdur Rahman Muaz bin Jabal, dari Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda,

‘Bertaqwalah kepada Allah s.w.t. di mana saja kamu berada. Iringi perbuatan jahatmu itu dengan perbuatan baik. Yang baik itu akan menghapus yang jahat. Bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti (akhlak) yang baik.

(Riwayat Tirmizi).