P

January 6, 2009

RENDAHKAN SUARA ZIKIR

BERZIKIR DENGAN RENDAH SUARA

Berzikir adalah sebahagian doa. Berdoa maksudnya adalah memohon sesuatu dari Allah s.w.t. Tentulah yang memohon itu bersifat lemah dan rendah kedudukannya dari pihak yang dimohon. Oleh kerana itu amat sesuailah baginya bersuara rendah atau merayu-rayu dalam doanya. Kalau suara keras yang digunakan, seolah-olah ia memerintah. Bagaimana mungkin orang yang bertaraf rendah boleh memerintah pihak yang yang Maha Berkuasa. Kalau ia berdegil juga, dengan suara keras ia meminta sesuatu dari Allah, adakah permohonannya akan di makbulkan?

Imam An Nawawi rahimahulllah dalam kitabnya Al Azkar memetik ayat Al Quran Suratul A’araf ayat 205:

‘Dan sebutlah nama Tuhanmu (dengan zikir) dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan suara yang tidak keras diwaktu pagi dan petang.

Firman Allah s.w.t.

‘Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan penuh rasa takut.

Al A’araf 55.

Berzikir juga tidak perlu bergopoh gapah atau bergegas hingga tidak jelas apakah yang disebut dalam zikir itu.

Dalam surah Al Anbiya’ Allah berfirman,

‘Sesungguhnya mererka adalah orang-orang yang selalu bersegera membuat kebajikan dan berdoa kepada Kami dengan harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

Al Anbiya 90.