P

January 2, 2009

MAAFKANLAH


Pemaaf adalah sifat rabbani yang sangat dituntut kita mengamalkannya. Allah itu bersifat amat pengampun dan pemaaf. Allah Afuwwun Ghafur.

FirmanNya, 'Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah Maha pemaaf lagi Maha Kuasa (Al Ra'ad 6).

Tuntutan supaya seseorang bersifat pemaaf dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya, 'Dan sesungguhnya orang yang bersabar dan pemaaf maka itulah urusan yang paling utama. (As Syura 431).

Dalam ayat itu Allah gandingkan sifat sabar dengan pemaaf sebaga suatu simbul keunggulan peribadi mukmin yang sentiasa mengharap keridhaanNya.

Akhlak Nabi Muhammad adalah teladan yang utama menunjukkan sifat sabar dan pemaaf. Tingkat kesabaran dan maaf Baginda bukan saja kepada perkara kecil, malah juga terhadap perbuatan mengancam nyawa Baginda sendiri.

Dalam peperangan Khaibar, Zainab binti Al Harith telah membawa kaki kambing panggang kepda Rasulullah, setelah mengetahui makanan itu amat digemari Baginda. Dengan niat yang jahat daging itu sebenarnya telah diberinya racun sebanyak-banyaknya.

Setelah merasa sedikit daging kambing itu, Rasulullah memuntahkannya dan berkata, 'Tulang kambing ini memberitahu bahawa ia telah diracun.'

Zainab lalu dipanggil dan disoal. Dalam ketakutan kerana rahsianya terbongkar, Zainab mengaku bersalah.

Diriwayatkan Bisyr bin Barrra meninggal dunia kerana memakan daging tersebut.

Namun Rasulullah memaafkan Zainab kerana telah membuat pengakuan bersalah.

Dalam perang Uhud pula orang Islam mengalami kekalahan teruk. Wajah Baginda calar balar dan giginya patah. Ada para sahabat yang berkata,

'Seharusnya engkau berdoa supaya musuh-musuh itu dibinasakan Allah.

Baginda menjawabb, ;Aku diutus adalah sebagai da'i dan rahmat. Ya Allah berilah kepada mereka petunjuk sesungguhnya mereka tidak mengetahui. (Muhammad Al Hufi, Akhlak Nabi).

Suhail bin Amr adalah seorang yang sangat anti Islam dan menjalankan propaganda anti Muhammad. Dia tertawan dalam perang Badar. Kata Umar Al Khattab, 'Ya Rasulullah, izinkan aku mencabut dua giginya, biar terkeluar lidahnya dan tidak lagi dapat berpidato.

Rasulullah menjawab 'Aku tidak melakukakezaliman seperti itu. Kalau aku lakukan, Allah akan menganiayai aku pula, wlaupun aku seorang Nabi.

Inilah teladan akhlak dari Rasulullah s.a.w. untuk orang muttaqin, yamg disebut Allah 'mereka menafkahkan harta di masa lapang atau dimasa kesempitan dan menahan marah serta memaafkan manusia. Sedangkan Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (Aali Imaran 133).

Wallahu A’alam.