P

January 1, 2009

SEMANGAT KORBAN PUDAR


SEMANGAT KORBAN PUDAR
TELADAN yang dditunjukkan para rasul terdahulu membuktikan bahawa pengorbanan adalah suatu tuntutan yang sangat mulia.Yang dikorbankan bukan sahaja harta benda malah juga nyawa sendiri.
Di zaman Muhammad Rasulullah s.a.w. para sahabat sanggup mengeluarkan harta benda untuk menegakkan agama Islam. Mereka mengeluarkan bantuan untuk peperangan, menyumbang ribuan unta dan kuda serta peralatan perang demi mencari keridhaan Allah.
Mereka turut berjuang di medan perang demi cinta kepada agama, Allah dan RasulNya. Pilihan mereka tidak lain dari menang atau SYAHID.
Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah mendermakan seluruh hartanya untuk jihad. Apabila ditanya oleh Rasulullah, ‘Apa yang tinggal padamu?
Abu Bakar menjawab, ‘Aku ada Allah dan RasulNya.’
Mafhumnya bahawa, Allah dan Nabi Muhammad itu lebih utama baginya dari segala harta di dunia ini.
Dalam hal mengorbankan nyawa kerana agama, maka Al Quran banyak merakamkan peristiwa yang boleh menjadi teladan kepada seluruh umat.
Nabi Ibrahim dipilih Allah untuk menunjukkan contoh ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t.
Kemuncak ujian yang diterima oleh Nabi Ibrahim ialah apabila Allah s.w.t. memerintahkannya menyembelih anaknya Ismail a.s.
Apabila perintah itu diberitahu kepada anaknya Ismail, dengan tegas ia menjawab, ‘Lakukanlah apa yang diperintahkan. Insya Allah ayah akan dapati aku dari kalangan orang yang sabar (Assafat 103).
Allah menerima ketaatan yang tulin dari Ibrahim dan Ismail, lalu menggantikannya dengan hewan sembelihan yang lebih besar, hingga kini menjadi simbul ibadah korban.
Hari ini semangat korban dan suka membantu orang lain semakin pudar. Pertolongan dan bantuan bukan lagi kerana Allah tetapi kerana ada tujuan-tujuan keduniaan.
Dalam setengah peristiwa, bantuan tidak dapat disampaikan dengan sempurna jika tidak disertai ‘kamera TV’ atau orang-orang kenamaan berjeket kemas.
Wallahu A’alam