Manusia sering melakukan kesilapan, namun Allah maha pengampun bagi hambaNya yang memohon keampunan.
Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. lalu menyatakan bahawa ia telah mencium seorang wanita yang bukan isterinya.
Allah menurunkan wahyu yang bermaksud,
'Dan dirikanlah sembahyang pada kedua tepi siang hari dan sebahagian waktu malam. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu dapat melenyapkan kejahatan. (surah Hud 117).
Orang itu lalu bertanya, 'Apakah ayat itu untukku sahaja, wahai Rasulullah?
Baginda menjawab, 'Untuk semua ummatku.'
(Hadith muttafaq alaihi),
Anas pula menceritakan bahawsa seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. lalu berkata, ya Rasulullah, saya telah melakukan satu dosa yang membawa hukuman hudud, maka laksanakanlah hukuman keatasku,'
Waktu itu sudah sampai masa sembahyang. lalu lelaki itu sembahyang bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai sembahyang, lelaki itu berkata lagi, 'Wahai Rasulullah, saya telah melakukan perbuatan yang wajib had. Laksanakanlah ke atasku sesuai dengan hukum kitabullah.
Maka Nabi s.a.w. bertanya 'Apakah engkau telah mengerjakan solat bersama kami tadi?
Lelaki itu menjawab, 'Ya.'
Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya, 'Dosamu telah diampunkan.'
Kata Imam An Nawawi, lelaki itu melakukan maksiat yang membawa hukum takzir. Maksudnya bukan maksiat yang membawa hukum hudud, seperti berzina, minum arak, dan seumpamanya, Hukuman kerana berzina minum arak dan seumpamanya tidak gugur dengan hanya melakukan sembahyang.
Kesimpulannya bahawa setiap kali melakukan perkara di larang (maksiat) maka hendaklah segera bertaubat, dan kembali ke jalan Allah dengan menambah amal ibadat.
Allah menerima taubat hambanya apabila hamba itu bertaubat.