P

January 9, 2009

KAEDAH KAWAL NAFSU

MENUNDUKKAN NAFSU SEKS

Nafsu seks yang tidak terkawal membawa kebinasaan kepada manusia. Ia asyik kepada perempuan dan akan membawa kepada berlakunya zina dan liwat. Demikian menurut Sheikh Abdus Samad Alfalembani dalam kitabnya ‘Sirus Sailikin’.

Ibnul Qayyim Al Jauziah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memetik kisah Nabi Yusuf di dalam Al Quran untuk menyatakan kaedah mengelak dari berlakunya zina ketika diajak oleh Zulaikha.

‘Allah menyatakan kisah Yusuf a.s. yang menjaga kesucian dirinya. Banyak faktor pendorong yang melingkungi dirinya untuk berbuat zina.

Pertama, beliau seorang pemuda. Biasanya pemuda mempunyai dorongan berahi yang sangat kuat.

Kedua beliau seorang asing yang jauh dari keluarga dan dari tempat kelahirannya. Biasanya orang tinggal di tempat keluarganyua malu untuk berbuat jahat.

Ketiga, Yusuf ketika itu hanyalah seorang hamba sahaya. Kalau dia berbuat jahat tiada siapa yang ambil tahu.

Keempat, wanita yang menggodanya itu cantik jelita yang tentunya menjadi idaman setiap lelaki.

Kelima, Zulaiha sendiri yang menggoda dan merayu.

Keenam, peluang terbuka luas, kerana wanita itu merayu berulang kali.

Ketujuh, Wanita itu adalah tuannya, dia mesti patut kehendak tuannya.

Kelapan, perkara sumbang yang hendak dilakukan itu adalah di dalam rumah tuannya bukan di tempat yang mudah diketahui orang.

Kesembilan, Zulaiha dan Yusuf sahaja yang berada di dalam bilik itu.

Kesepuluh, bilik itu telah dikunci oleh Zulaiha supaya sesiapa tidak dapat masuk.

(Surah Yusuf ayat 23-28)


Walau begitu banyak faktor pendorong untuk melakukan kejahatan, Namun Yusuf mendahulukan hak Allah.

Sepuluh faktor inilah menjadi renungan untuk mengurangkan tekanan seks di dalam diri seseorang. Wallahu A’alam.