P

March 28, 2011

SUKA MENIRU ORANG KAFIR


SEBAHAGIAN orang Islam suka meniru orang kafir.

Apa yang ditiru mereka:

1. Cara makan

2. Cara pakai

3. Cara bergaul

4. Cara bercakap

5. Cara bertindak

6. Kemasan diri: rambut dicat. Simpan kuku panjang. Potongan rambut. Make-up. Tindik.

Ada sebahagian orang yang suka meniru cara kemasan orang kafir. Rambut dicat dengan warna lain dari yang dianugerahkan Allah. Apabila Allah menghadiahkannya rambut warna hitam, maka diubahnya dengan warna kuning kerana meniru warna rambut orang kafir. Pada sangkaan mereka warnai lain itu lebih cantik dari warna yang dianugerahkan Allah kepadanya.

Rambut lurus hadiah dari Allah s.w.t. diubahnya menjadi keriting kerana meniru orang kafir dengan anggapan rambut keriting itu lebih bergaya.

Orang kafir mengambil kesempatan berniaga. Kerana itu, ada kedai untuk meluruskan rambut dan ada pula kedai untuk mengkeritingkan rambut.

Ada pula kaum wanita Islam yang membotakkan kepala kerana meniru orang kafir, dengan anggapan botak bagi wanita itu cantik.

Bahkan ada juga wanita Islamyang berambut pendek seperti lelaki.

Bagi lelaki Islam pula, ada sebahagiannya yang mempelbagaikan gaya rambut untuk meniru cara gaya orang kafir. Mereka juga mengecat sebahagian rambut atau keseluruhannya, semata-mata untuk meniru orang kafir.

Orang-orang tua Islam yang ingin bergaya juga mengecat rambut beruban mereka itu dengan warna hitam. Kononnya untuk nampak masih muda walau pun sudah masuk golongan warga emas.

Tidak kurang juga warga tua yang sudah berjanggut putih itu, mengecatnya dengan warna hitam untuk nampak lebih bergaya.

Dalam hal berpakaian pula, ada orang Islam yang meniru gaya orang kafir. Sebahagian wanita Islam suka memakai kemeja T yang sengkat, walaupun mereka bertudung. Kadang-kadang baju itu terlalu singkat hingga menampakkan ketiak tetapi tetap memakai jilbab. Ada juga yang memakai baju singkat hingga menampakkan pusat dan bahagian atas punggung ketika mereka tunduk.

CARA MAKAN

Cara makan orang Islam kini sudah mula berubah. Nabi mengajarkan umatnya supaya mengamalkan cara makan yang sihat dengan nasihatnya,

‘Kita (orang Islam) adalah umat yang tidak makan kecuali bila lapar. Apabila makan, tidak sampai kenyang. (Riadus Salihin jil 2)

Suasana kini jauh berubah.

Sejak ada kedai tomyam, sebahagian umat Islam makan tidak tentu masa. Sampai tengah malam makan juga hinggalah waktu dinihari.

Dahulu umat Islam makan sebelah malam hanya kerana berpuasa. Mereka makan lepas maghrib kerana berbuka dan makan dinihari kerana bersahur.

Hari ini mereka makan tengah malam atau hampir terbit fajar hanya kerana hendak memadatkan perut.

Kerana meniru orang kafir juga, ada orang Islam sanggup makan dengan tangan kiri. Dalam hidangan rasmi, garpu itu sebelah kiri, maka pastilah digunakan dengan tangan kiri untuk mencucuk makanan.

Dalam majlis jamuan rasmi tidak berani orang mengubah budaya kafir supaya garfu itu dialih sebelah kanan.

Rasulullah bersabda, ‘Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kanan – Hadith Muttafaq Alaihi.


Layari: http://Albaiyinah.blogspot.com

Fb: kamaluddin mad zin

Email: wadenko@yahoo.com


MENGHISAP ROKOK
CARA HIDUP ORANG KAFIR YANG BANYAK DITIRU ORANG ISLAM.

SENARAIKAN FAEDAH DAN MUDARATNYA.