P

March 27, 2011

JANGAN JADI YAHUDI

SIFAT SUKA MENIRU

MASUK LUBANG BIAWAK

Dari Abu Said Al Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak mereka sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah kalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan ikut sama.

‘Kami (sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah! Adakah mereka itu orang Yahudi dan orang Nasara?

Maka jawab Baginda s.a.w. ‘Siapa lagi!

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadith ini memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan mudah terpengaruh dengan agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Sifat suka meniru menjadi amalan biasa di kalangan ibu bapa. Amalan itu pula mudah ‘turun’ kepada anak-anak, kerana anak-anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Punca berlaku dengan beberapa sebab. Antaranya kurang ilmu, tidak perihatin dan tidak ambil peduli sebarang risiko yang akan ditanggung.


Rasulullah s.a.w. mengingatkan tentang kelakuan suka meniru.

‘Bezakan dirimu dari orang Musyrikin. Pendekkan misai kamu dan panjangkan janggut. Bukhari dan Muslim.

Dalam hadith lain Baginda bersabda, ‘Potong misai dan lepaskan janggut. Bezakan dirimu dari orang Majusi.

Riwayat Muslim. (Nasih Ulwan219)

Dalam hadith lain Baginda bersabda, ‘

La tasyabbahu bil yahudi wa lan nasara.

‘Jangan meniru-niru orang Yahudi dan orang Nasara’.

Ada juga Baginda mengingatkan,

‘man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum.

‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka adalah dari kaum itu. – Riwayat Abu Daud.


Layari: http://Albaiyinah.blogspot.com

Fb: kamaluddin mad zin

Email: wadenko@yahoo.com