P

March 2, 2011

BINASA KERANA HARTA

HARTA MENIMBUN

Dari ‘Amru bin ‘Auf al Ansari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku menganggap kamu telah mendengar berita Abu Ubaidah bin Al Jarrah yang membawa sesuatu. Jawab para sahabat, ‘Benarlah, ya Rasulullah.’

Sabda Baginda s.a.w. ‘Bergembiralah sesuka hati. Demi Allah! Apa yang aku khuatirkan bukanlah kemiskinan menimpa kamu, tetapi yang aku bimbangi ialah dunia dibentangkan keatasmu, seperti telah dibentangkan kepada kaum sebelum kamu. Kamu pun berebut-rebut seperti mereka juga hingga kamu binasa seperti binasanya mereka.

Riwayat Al Bukhari.
Di dalam hadith ini Baginda s.a.w. memberi nasihat kepada para sahabat tentang harta benda dunia atau kekayaan.

Kemegahan memperoleh harta menjadikan sebahagian manusia lupa diri, lupa tanggung jawab, malah lupa kepada Allah s.w.t. Kekayaan menjadikan manusia hilang pertimbangan. Lalai dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. Mereka tidak membelanjakan harta itu di jalan Allah.

Baginda s.a.w. memberikan contoh bagaimana umat terdahulu binasa kerana tidak bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah s.w.t.

Semasa miskin ramai yang berdoa mohon kekayaan dari Allah s.w.t. Namun setelah dibentangkan seluruh dunia di depannya, maka mereka tidak bersyukur atas nikmat itu.

Baginda s.a.w. mengingatkan bahawa penghujung kehidupan mereka adalah kebinasaan seperti binasanya umat terdahulu.

Nyatalah dalam hal ini ujian dari Allah itu bukan saja dalam hal kesusahan dan penderitaan hidup, malah dalam hidup mewan dan senang lenang pun manusia tetap menerima ujian – bersyukur atau sebaliknya.



email: wadenko@yahoo.com



BELUM TERLEWAT UNTUK MEMPELAJARI AL QURAN
DI USIA MANA PUN ANDA, ANDA PASTI BOLEH MENGUASAI BACAAN MELALUI USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
HUBUNGI 012 3972860 UNTUK BANTUAN.