P

March 3, 2011

SIAPAKAH YANG CERDIK


PERSEDIAAN SEBELUM MATI

Daripada Abi Ya’ala Syadad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w. sabda Baginda, ‘Orang yang cerdik ialah orang yang mempertaruhkan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang bodoh ialah orang yang menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan yang Allah akan memenuhi apa yang dicita-citakannya.

Riwayat Tarmizi –

Dalam hadith ini Baginda Rasulullah s.a.w. menyatakan sifat manusia di atas dunia. Ada yang cerdik dan ada yang bodoh,

Yang cerdik ingatkan kehidupan selepas mati, iaitu alam kubur dan alam akhirat. Dia mempertaruhkan segala usianya untuk beramal sebagai persediaan sebelum mati.

Sedangkan orang yang bodoh pula suka mengikutkan kehendak nafsu. Dalam masa yang sama berangan-angan pula bahawa Allah akan menunaikan segala apa yang dicita-citakannya.

Dari gandingan dua mithal yang ditunjukkan oleh Baginda ini nyatalah manusia itu ada yang cerdik dan ada yang bodoh.

Orang yang cerdik menggunakan kesempatan hidup di dunia ini dengan menyediakan bekal untuk akhirat. Sedangkan orang yang bodoh menggunakan kesempatan untuk memenuhi kehendak nafsu sema-mata.