P

April 13, 2011

PENDIDIKAN JASMANI ANAK-ANAK

PENDIDIKAN FIZIKAL (JASMANI)

Pertumbuhan jasmani anak-anak adalah hasil dari bahan yang dinafkahkan oleh orang yang bertanggung jawab ke atasnya. Ini termasuk bahan makanan, minuman dan seumpamanya.

Kewajipan memberi nafkah itu dinyatakan di dalam Al Quran seperti firman Allah,

'Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan mereka sesudah berunding, maka tidaklah menjadi halangan. Jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu memberi upah dengan cara patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa jua yang kamu lakukan. Al Baqarah 233.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Wang yang engkau belanjakan pada jalan Allah, dan wang yang engkau belanjakan untuk memerdekakan hamba sahaya, dan wang yang engkau sedekahkan ke atas orang miskin dan wang yang engkau belanjakan ke atas isterimu. Yang paling besar ganjarannya ialah wang yang engkau belanjakan ke atas isterimu. Riwayat Muslim.

Firman Allah dan Sabda Rasulullah s.a.w. itu menunjukkan wajibnya memberi nafkah kepada orang yang di bawah tanggungan.

Lebih jelas lagi dengan adanya sabda Rasulullah s.a.w. tentang mereka yang mengabaikan tanggung jawab memberi nafkah.

‘Memadalah seorang itu jadi berdosa apabila dia mensia-siakan nafkah orang yang dibawah tanggungannya. Riwayat Abu Daud.

GARIS PANDUAN

Garis panduan pendidikan jasmani untuk anak dan keluarga adalah seperti yang dijelaskan oleh sunnah.

Pertama: menurut kaedah kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Contoh: menjaga tabiat makan.

1. Berdoa

2. Pastikan halal

3. Mengikut masa

4. Makan ketika lapar – ‘Kita adalah satu kaum yang tidak makan sehingga lapar. Apabila makan tidak sampai kenyang.

5. Tidak terlalu kenyang

6. Tidak melebihi keperluan

7. Makan secara berjamaah. Berjimat – makanan 1:2 4:8

8. Makanan seimbang. Nabi suka ulam (R.Salihin 2:828)

Dalam satu jamuan, Nabi bertanya, ‘Adakah ulam? Mereka berkata, yang ada hanyalah cuka. Nabi lalu makan bersamanya dan bersabda, sebaik lauk adalah cuka. Riwayat Muslim

Contoh: menjaga tabiat minum

1. Berdoa

2. Pasti halal

3. Tidak bernafas dalam bekas. Tidak meniup

4. Tidak berdiri (R.Salihin 2:851) – pengaruh iklan media

Kedua: menjaga kesihatan jasmani (fizikal)

1. Menjaga kebersihan tubuh badan – mandi, wudhuk, guna bahan halal

2. Mendapatkan rawatan - likull dain dawa’

3. Melindungi dari perbuatan merbahya. Alat solek beracun, bunga api, Mercun? Merokok dan narkotik.

Ketiga: Riadhah Jasmani

1. Menanam semangat wirawan

‘Sediakanlah segala kekuatan yang kamu mampu untuk menentang musuh. Dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh lain dari mereka yang tidak kamu ketahui, sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya’. Al Anfal ayat 60.

Kata Muslim dalam Sahihnya ada riwayat, bahawa Baginda s.a.w. selepas membaca ayat itu lalu bersabda,

Ala innal quwata ar ramyu – tiga kali.

‘Ingatlah, kekuatan itu ialah memanah.’ (Nasih 255)


Tentang hobi memanah:

Al Bazzar dan At Tabarani meriwayatkan Baginda s.a.w. menggalakkan riadhah memanah dengan sabdanya,

Alaikum bir ramyi – fainnahu min khair lahwikum

‘Hendaklah kamu belajar memanah, itulah sebaik-baik aktiviti masa lapang.

Dalam hal yang lain Rasulullah s.a.w. menyatakan perbandingan fizikal orang mukmin.

Al mukminul Qawiy khairun wa ahabba ilallah minal mukminu dhaif

‘Orang mukmin gagah lebih baik dan lebih dikasihi Allah berbanding mukmin lemah’.

Riwayat Muslim.

Bukhari dan Muslim dalam Sahih mereka juga ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan kaum Habsyi menunjukkan kemahiran mereka bermain pedang di masjid Baginda.

Sedang mereka bermain, tiba-tiba datang Umar Al Khattab. Melihat yang demikian itu, diapun mengambil batu-batu kecil lalu melempar ke arah orang bermain pedang itu.

Baginda Rasulullah s.a.w. lalu menegurnya, ‘Biarkanlah mereka, wahai Umar.’

Rujukan: Al Quran - Riadhus Salihin - Tarbiatul Awlad - Hadith 40 An Nawawi -

Mustika Hadith 2.

Layari http://albaiyinah.blogspot.com facebook: kamaluddin mad zin email: wadenko@yahoo.com