P

April 18, 2011

MUSUH AHLI TAQWA

CINTA KEMEGAHAN

Kemegahan itu ialah masyhur pada sebutan di kalangan khalayak. Yang empunya diri merasa bangga dan selesa dengan sebutan demikian.

Popular mungkin istilah yan serupa. Atau menjadi terkenal di khalayak.

Dalam kehidupan moden berbagai usaha dijalankan untuk mempromosi gaya hidup popular. Menjadi popular, matlamat dalam sebarang aktiviti.

Adalah dibimbangi acara-acara keagamaan termasuk pengajian dan seumpamanya juga dipengaruhi unsur-unsur popular atau kemegahan.

Orang tidak mahu pergi mengaji di sesuatu masjid dengan alasan tidak ramai orang yang hadir.

Si alim tidak mahu pergi mengajar di sesuatu tempat kerana di situ tidak ada orang-orang ternama dan berpangkat yang mendengar pengajiannya. Dia tidak mahu pergi mengajar di sesuatu majlis kerana kurang sambutan, tiada hebahan atau poster besar berkaitan undangan untuk menyambutnya.

Kata Imam Ghazali kemegahan itu ialah: masyhur sebutannya pada orang ramai. (Abdus Samad Falembani – Hidayatus Salikin)

Sabda Rasulullah s.a.w.

‘Cinta harta dan cinta kemegahan menumbuhkan sIfat munafiq didalam hati, seperti air menyuburkan sayuran.’

Oleh itu orang-orang yang cinta kemasyhuran dan kemegahan akan tersenarai dalam kumpulan orang-orang munafiq.

Sifat suka masyhur dan popular ini dikatakan yang paling akhir meninggalkan diri orang yang cinta kebenaran dan ahli taqwa.

Cinta kemasyhuran juga merangkumi sifat riya’ kerana ia adalah juga penyakit yang memerangkap orang awam hasil dari helah iblis.

Saidina Ali berkata,

‘Janganlah mencari populariti. Jangan angkat diri jadi terkenal dan buah mulut orang, tarik diri ke belakang dan banyakkan diam, agar anda selamat. (Ihya 9:118)

Cinta kemegahan di dalam hati menghalang keikhlasan kepada Allah s.w.t. sekaligus menutup pintu taqwa.

Rasulullah S.A.W. ditanya tentang seorang pergi berperang mencari pahala dan nama terpuji. Sabda Baginda, ‘Tidak dapat pahala. Ditanya lagi, baginda memberi jawapan sama. Hingga tiga kali ditanya, akhirnya Baginda menegaskan,

‘Allah tidak menerima amal melainkan dikerjakan semata-mata untukNya dan untuk keridhaanNya. (R. Abu Daud dan An Nassai)


Kesimpulan:

- C Cinta kemegahan adalah gaya hidup yang dilarang.

- Ci Cinta kemegahan menghalang usaha membersih hati


- 3 Cinta kemegahan membawa gaya hidup munafik

- C C inta kemegahan membawa kepada riya’

- R Riya' menjadi sebab amal ibadat ditolak.

Allah saja yang maha mengetahui.