P

June 27, 2010

KETURUNAN TIDAK BOLEH MENOLONG

KEMANA TEMPAT BERGANTUNG

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

'Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya. "
RIWAYAT MUSLIM

Menjadi kebiasaan setengah kaum untuk bermegah dengan asal usul keturunan. Masing-masing berbangga dengan darjat keturunan yang mulia pada pandangan manusia.

Keturunan yang mulia tidak dapat menolong amal seseorang. Jika seseorang tidak mempunyai amal, walaupun ia dari keturunan mulia, maka tidak dapat ditolong. Kemuliaan seseorang di sisi Allah bukan kerana kemuliaan keturunannya.

Firman Allah s.w.t.

13. O mankind! we created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and Tribes, that ye may know Each other (Not that ye may despise (each other). Verily the Most honoured of you In the sight of Allah is (He who is) the Most righteous of you. and Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things). AL HUJURAT 13

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Hujurat AYAT 13.

Ketinggian darjat seseorang disisi Allah adalah bergantung kepada amalannya yang sampai kepada tingkat taqwa. Keturunan dan kebangsawanan seseorang adalah hanya ukuran dan pandangan manusia dan tidak melambangkan kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

Allah memberI amaran keras kepada orang yang bermegah dengan keturunan. Firmannya dalam suratul Mukminin:

101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

102. maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

AL MUKMINUN 101.

Di hari kiamat, sebahgian manusia tidak lagi kenal keturunannya, ibu bapanya atau sahabatnya.

SURAH ABASA 35
34. pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

35. dan ibunya serta bapanya,

36. dan isterinya serta anak-anaknya; -

37. kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Orang yang terlambat amalannya di dunia tidak dapat ditolong oleh ansab.keturunannya untuk menyegerakan di hari akhira kelak.

Keturunan mulia tidak dapat membantu amalnya di akhirat.

Lihatlah contoh Abu Lahab adalah dari keturunan mulia di Mekah. Sedangkan dia menerima nasib celaka..

PENGAJARAN

1. Allah adalah maha adil dalam menimbang segala amal hambabanya..

2. BERIMAN DAN BERAMAL SALIH ADALAH SEBAIK-BAIK JALAN KE SYURGA

3. KETURUNAN TIDAK DAPAT MENOLONG SESEORANG DI HARI AKHIRAT MELEPASKAN DIRINYA DARI HISAB.

4. SIFAT TAQWA ADALAH CIRI PALING MULIA DI SISI ALLAH S.W.T.