P

April 11, 2009

TERAMPUN KERANA SOLAT

TERAMPUN KERANA SOLAT

Ibnu Mas’ud r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Menjelangnya waktu solat, seorang malaikat ditugaskan menyeru,”Hai anak Adam! Bangunlah dan padamkalah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu.’
Maka manusia pun bangun, berwudhuk dan solat Zuhur. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukannya sejak matahari terbit, terampun. Demikianlah diulangi pula pada waktu Asar, Maghrib dan Isya’. Selepas Isya’ orang tidur, tetapi ada setengahnya sibuk mengerjakan kebaikan dan yang lainnya sibuk mengerjakan maksiat.’

Riwayat At Tabarani Hadith ini menceritakan perihal seruan malaikat kepada manusia ketika hampirnya masuk waktu solat. Seruan tersebut adalah sebagai peringatan dan amaran kepada makhluk manusia iaitu sudah sampai masanya untuk mengabdikan diri kepada Allah melalui perintah solat. Apabila sampai masuk waktu solat, maka tidak adalah pekerjaan yang paling mulia disisi Allah kecuali menuanikan solat. Dalam hadith-hadith yang lain Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa menunaikan solat pada awal waktunya adalah sebaik-baik amal orang beriman.

Kata Salman r.a., selepas Isya’ manusia terbagi kepada tiga golongan: Bagi satu golongan, malam itu sumber kebajikan dan keuntungan kepadanya. Mereka menghabiskan malam dengan menyembah Allah s.w.t. sedang yang lain nyenyak tidur. Merekalah yang mendapat ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak. Dan setengah golongan yang lain lagi, malam menjadi kutukan baginya kerana mereka melakukan berbagai maksiat sepanjang malam. Mereka menghabiskan malam dengan bersukaria, berpoya-poya, berjudi, berzina, minum arak, merompak menyamun dan seribu satu maksiat yang lain. Oleh kerana itu malam mendatangkan bencana kepada mereka.

Dan bagi setengah golongan yang ketiga malam hanya semata-mata untuk mereka tidur sahaja dengan pelbagai mimpi enak atau yang ngeri. Mereka hanya menghabiskan masa malam diatas katil empuk atau digubuk buruk, malah tidak kurang pula yang lena di kaki lima jalan. Mereka ini tidak mendapat faedah sedikit pun. Sama di dunia mahupun di akhirat. PENGAJARAN

Sembahyang lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan Sembahyang adalah ibarat tiang agama seperti yang telah dinyatakan di dalam beberapa hadith Sembahyang hendaklah ditunaikan segera pada awal wakatunya. Melengah-lengahkan menunaikan sembahyang menyebabkan seseorang menjadi lalai dari melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sembahyang adalah salah satu cara untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.