P

April 1, 2009

SOLAT SUBUH DAN ASAR


MALAIKAT MELAPORKAN SUBUH DAN ASAR

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya,

'Malaikat turun naik di kalangan kamu silih berganti malam dan siang. Mereka berhimpun pada solat Subuh dan solat Asar. Kumpulan malaikat yang bermalam di kalangan kamu naik lalu ditanya Allah, sedang Ia mengetahuinya.'Bagaimana keadaan hamba-hambaku semasa kamu tinggalkan mereka?
Malaikat menjawab, 'Kami tinggalkan mereka sedang mereka tengah melakukan solat dan waktu kami datang mreka sedang solat juga.'
Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan An Nassai.

Hadith ini menceritakan bahawa bagi tiap-tiap seorang manusia itu ada malaikat-malaikat yang betugas dan membuat laporan segala amalannya. Malaikat itu menjalankan tugas bergilir-gilir siang dan malam. Mereka bertemu untuk bertukar giliran tugas itu pada waktu solat Subuh dan juga pada waktu Asar.

Selesai menjalankan tugas mereka menyampaikan laporan kepada Allah s.w.t.tentang orang yang dijaganya sepanjang hari atau malam. Sekiranya seseorang melakukan sembahyang Subuh dan Asar, maka malaikat akan membuat laporan sedemikian kepada Allah.

PENGAJARAN

1. Setiap orang Islam wajib percaya kepada Malaikat sebagai makhluk Allah
2. Tiap-tiap amalan manusia tetap akan ditulis oleh malaikat.
3. Hendaklah melakukan kebajikan dan menjauhkan segala kejahatan.
4. Sembahyang di awal waktu adalah sangat dituntut.