P

July 8, 2010

TUJUAN MENUNTUT ILMU

Ada tiga kumpulan manusia yang menuntut ilmu:

Pertama – orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan selepas mati yakni akhirat. Tidak lain tujuannya hanya mencari keridhaan Allah s.w.t. tanpa ilmu dia tidak dapat bermal dengan betul. Tanpa ilmu dia tida dapat bertaqwa. Kerana itu dia menggunakan ilmunya ke jalan taqwa, kerana orang taqwa dikasihi Allah.

Orang ini termasuk golongan yang beruntung.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Aal Imran ayat 76.

76. Sesunguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Kedua – orang yang mencari ilmu untuk dijadikan alat mendapatkan keuntungan dunia: mendapat kemuliaan, pangkat serta harta kekayaan. Orang ini berada dalam keadaan yang berbahaya. Jika mati ia tanpa bertaubat kepada Allah s.w.t. maka dikhuatiri mereka mati dalam keadaan maksiaat lagi derhaka. Jika dia bertaubat dan beramal salih dengan ilmunya, dimasukkan dia dalam golongan orang yang mendapat kemenangan dunia dan akhirat. Kerana orang yang taubat dari dosa itu seperti orng yang tida berdosa dan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
Innallah yuhibbut tauwabin wa yuhibbul mutatahirin

Ketiga – orang yang menuntut ilmu untuk tujuan bermegah-megah. Dia bermegah dengan ilmu. Menggunakan ilmu untuk menimbun harta. Bermegah dengan banyak pengikut (murid-murid), banyak orang mengasihinya. Mudah tercapai segala kehendaknya.

Dengan ilmunya disangkanya ia mempunyai kedudukan dan hampir di sisi Allah s.w.t. kerana menyangka dirinya seorang berilmu (ulama) dan berwatak ulama pada zahirnya. Sedang dalam hatinya sangat kasih kepada dunia serta kemegahannya.

Mereka itu golongan binasa di akhirat. Mereka sesat lagi menyesatkan orang lain dan merekalah sejahat-jahat ulama yang disebut oleh Nabi s.aw. (Hidayatus salikin 15).

Sabda Nabi s.a.w.
‘Barang siapa bertambah ilmunya, sedangkan tidak bertambah hidayatnya nescaya tidak bertambah dekat dengan Allah s.w.t. malah bertambah jauh daripadaNya.’
Hidayah itu adalah juga bermakna taqwa.

Allah mengangkat darjat orang berilmu

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.
Surah al Mujadilah 11.

Ada empat jenis manusia di muka bumi ini;
1- Manusia yang diberi rezeki oleh Allah swt ilmu dan harta. Dia bertaqwa dengan ilmunya dan menghubungkan silaturahim dengan hartanya.
Dialah manusia yang ideal di sisi Allah.

2- Manusia yang dianugerahi ilmu – tanpa anugerah harta. Dia bertaqwa dengan ilmu dan berkata, ‘kalau aku dianugerahi harta, akan aku lakukan seperti yang dilakukan si fulan.
Dia mendapat ganjaran seperti yang pertama.

3- Manusia yang dianugerahi harta tanpa anugerah ilmu. Dia tidak bertaqwa dan tidak menghubungkan silaturrahim dengan hartanya.
Dia seburuk-buruk keadaan.

4- Manusia tidak dianugerah harta dan tidak pula ilmu. Dia berkata, kalau aku ada harta, aku akan buat seperti fulan 3.
Dia mendapat balasan buruk juga dari niatnya itu. Balasan kedua-duanya adalah sama.
Hadith riwayat Tarmizi.