P

July 6, 2010

APA GUNA TUNTUT ILMU

Menuntut ilmu adalah suatu fardhu . Sabda Rasulullah s.a.w.,

Talabul ilmi faridhatun ala kulli muslim

‘Menuntut ilmu adalah suatu fardhu atas tiap-tiap muslim. (Hadith riwayat Ibn Majah).

Ilmu yang wajib dituntut ialah ilmu yang bermanfaat. Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah: Ilmu yang memberi manfaat itu ialah,

1. ilmu yang boleh menambah takutmu akan Allah s.w.t. (Yang boleh menambah taqwa). Ilmu yang dituntut itu membuka jalan ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

2. Menambah penglihatan hatimu akan kecelaan dirimu. Melalui ilmu yang dituntut kita berupaya melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri untuk diperbaiki.

3. Menambah ibadatmu kepada tuhanmu. Dari ilmu yang dituntut nampak jalan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t.

4. Mengurangkan kecenderungan kepada dunia. Meningglakan cinta akan hidup yang sementara.

5. Menambah gemar kepada akhirat. Senitasa mengutamakan kepentingan hidup selepas matil.

6. Membuka mata hatimu terhadap perkara yang membinasakan ilmu hingga engkau berusaha memelihara ilmu.

7. Memperlihatkan tipu syaitan dan perdayanya. Dengan itu melazimkan diri hidup sentiasa berwaspada dan ingatkan Allah s.w.t.

Ilmu yang perlu dituntut ada tiga macam:

1. Ilmu Usuluddin - tauhid

2. Ilmu Syara’ –ilmu fekah

3. Ilmu batin – ilmu tasauf.

Had fardhu ain dalam belajar.

Had farhu ain dalam ilmu usuluddin : mengenal zat Allah, mengenal wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah. Mengenal rasul-rasul dan segala kitab dan malaikat.

Kadar fardhu ain bagi ilmu syara’, mengetahui taharah, sembahyang, puasa haji, zakat dan segala yang membatalkannya. Lebih dari itu adalah fardhu kifayah.

Kadar fardhu ain bagi mempelajari ilmu batin iaitu ilmu tasauf: sejahtera ia daripada yang membatalkan pahalanya. Seperti seseorang yang apabila sembahyang dengan riya’ atau ujub atau sumaah, maka membatalkan ia pahala sembahyangnya.