P

May 1, 2010

MENJUAL DIRI

PERNIAGAAN NADI PENTING UMAT MUHAMMAD

Kullun nas yaghdu- fa bai un nafsahu. Fa muktiquha aw mubiquha

TIAP manusia beruaha maka dia menjual dirinya. Ada yang membebaskannya dan ada pula yang membinasakannya. Riwayat Muslim

FIRMAN ALLAH SWT dalam surah Al Jumuah:

9. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

10. kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

11. dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Aljumuah 9-11

Dalam ayat-ayat tersebut terdapat panduan berniaga.

1. Apabila diserukan azan, maka hendaklah berhenti berniaga dan tunaikan solat dengan segera.

2. Selepas menunaikan solat boleh meneruskan perniagaan.

3. Dalam perniagaan hendaklah sentiasa ingatkan Allah: jangan menipu atau rasuah. Dengan banyak berzikir itu dapat kejayaan dan keuntungan (lihat tafsir Ibnu Kathier). Ingatkan Allah dalam berniaga merangkumi:

1. Rukun syarat berniaga

2. Peraturan berniaga

3. Adab berniaga

4. Kewajipan sebagai peniaga.

Ingatkan Allah dalam masa berniaga juga bermaksud urusan perniagaan bukanlah selesai di dunia sahaja. Urusniaga tanpa kerelaan akan membawa kejalan yang batil dan mendatangkan saham nerakal.

PERISTIWA

Nabi Muhammad s.a.w. sedang berkhutbah Jumaat apabila satu rombongan ahli perniagaan masuk ke kota Madinah. Ramai jamaah keluar masjid meninggalkan hanya 12 orang mendengar khutbah Baginda. Maka turunlah wahyu menegur kelakuan sebahagian jamaah itu.

Aljumuah 9-11

Demikianlah ditunjukkan kisah berniaga di dunia. Kerana perniagaan, orang sanggup meninggalkan khutbah Jumaat. Hari ini mungkin ada orang yang tidak langsung sembahyang Jumaat kerana sibuk berniaga.

Bagaimana perniagaan akhirat?

Allah menyatakan dalam bentuk penjelasan dan pujukan.

Firmannya, surah As Saff

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman. ASSAF 10=13

JENIS PERNIAGAAN IALAH:

1 Beriman dengan Allah dan Rasulnya

2 Berjihad dijalan Allah dengann harta dan jiwa raga

KEUNTUNGAN:

1 Diampunkan dosa

2 Dimasukkan ke dalam Syurga Adnin

3 Pertolongan (nasrun) dari Allalh

PERNIAGAANN ORANG MUNAFIQ

Dalam suratul Baqarah Allah menceritakan perniagaan orang Munafiq:

14. dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".

15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

16. mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

AL BAQARAH 14-16.

Orang-orang munafq itu sebenarnya ada hidayat di sisi mereka, tapi digunakan untuk membeli kesesatan.

Kerana itu perniagaan mereka tidak beroleh keuntungan.

Malah mereka tidak beroleh keuntungan sedikit pun.

SAIDINA UTHMAN

Baginda sunbang 300 ekor unta untuk perang Tabuk.

Dalam surah Luqman Allah berfirman,

6. dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.

Luqman 6.

7. dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, berpalinglah Dia Dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah Dia Dengan balasan azab Yang tidak terperi sakitnya.

PENGAJARAN

1. Kehidupan dunia ibarat perniagaan

2. Berusahalah membebaskan diri dari perangkap dunia perniagaan

3. Keuntungan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.