P

March 10, 2010

TELADAN AKHLAK NABI


Model akhlak terpuji ialah Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.,

‘Sesungguhnya Rasulullah itu teladan yang terbaik untuk kamu.’

(Surah Al Ahzab 21)

Mengapakah Rasulullah s.a.w. menjadi teladan?

Ini kerana Allah sendiri yang menunjukkannya.

FirmanNya,

‘Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah mempunyai akhlak yang agung.’

(Surah Al Qalam 4).



































Nabi kahwin dengan Aisyah umur berapa?

Tuhan berfirman,

‘Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu (Al Ahzab 21).

Semua yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. adalah teladan.

Mengapa jadi teladan?

Kerana ia akhlak yang agung.

Firman Allah,

‘Sesungguhnya engkau Muhammad diatas akhlak yang agung.

(Al Qalam 4)

Salahkah kalau ikut Nabi?

Firman Allah,

‘Apa yang didatangkan oleh Rasul, maka peganglah. Apa yang dilarangnya maka jauhilah. (Al Hasyr 7)