August 17, 2010
PINTU RAHMAT TERBUKA
'Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka. terbelengu para syaitan dari merasuk mangsanya.
Hadith riwayat Muslim.
Rujuk Mustika Hadith Jilid 3, Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur tt.
August 16, 2010
BEBAS DARI NERAKA
Apabila bermula malam pertama bulan Ramadhan, malaikat menyeru,
'Wahai orang-orang yang mengharapkan kebajikan, segeralah berbuat kebaikan.
Wahai orang-oorang yang hendak melakukan kejahatan, berhentilah dari melakkukannya.
Ketahwilah bahawa Allah membebaskan banyak orang-orang yang telah dijanjikan neraka . Riwayat Tarmizi dan An Nassai
August 15, 2010
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
Rasulullah s.a.w. berkata kepada Abu Zar,
'Engkau pergi menuntut ilmu, belajar satu ayat dari kitabullah lebih baik bagimu daripada engkau solat seratus rakaat. Engkau belajar satu bab ilmu, engkau beramal atau tidak beramal dengannya, adalah lebih baik dari sembahyang sunat seribu rakaat.
HADITH RIWAYAT IBN MAJAH.
SYAFAAT PUASA DAN AL QURAN
MEMBERI SYAFAAT
'Puasa dan Al Quran itu akan meminta syafaat untuk seseorang yang taat. Puasa akan bermohon,
'Ya Allalh aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari, maka engkau terimalah syafaatku ini untuknya.
Al Quran pula bermohon,
'Ya Allah aku telah menghalangnya dari tidur di malam hari, maka engkau terimalah syafaatku untuknya. Akhirnya kedua-dua syafaat itu diterima.'
Hadith Riwayat Ahmad.
DIAMPUNKAN DOSA
'Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, diampunkan dosanya yang telah lalu.'
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
August 14, 2010
PUASA PERISAI DARI KEJAHATAN
'Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan?
'Mahu, ya Rasulullah
Sabdanya, 'Puasa itu perisai, sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api.
Riwayat Tarmizi.
August 11, 2010
RAMADHAN DUTIES
August 2, 2010
MEMILIH ILMU YANG BERMANFAAT
Ilmu yang memberi manfaat itu ialah,
1.Ilmu yang boleh menambah takutmu akan Allah s.w.t. (Yang boleh menambah taqwa). Ilmu yang dituntut itu membuka jalan ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
2. Menambah penglihatan hatimu akan kecelaan dirimu. Melalui ilmu yang dituntut kita berupaya melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri untuk diperbaiki.
3. Menambah ibadatmu kepada tuhanmu. Dari ilmu yang dituntut nampak jalan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t.
4. Mengurangkan kecenderungan kepada dunia. Meningglakan cinta akan hidup yang sementara.
5. Menambah gemar kepada akhirat. Senitasa mengutamakan kepentingan hidup selepas matil.
6. Membuka mata hatimu terhadap perkara yang membinasakan ilmu hingga engkau berusaha memelihara ilmu.
7. Memperlihatkan tipu syaitan dan perdayanya. Dengan itu melazimkan diri hidup sentiasa berwaspada dan ingatkan Allah s.w.t.