P

June 4, 2012

TUNTUTLAH YANG BERFAEDAH



APA MANFAAT ILMU YANG DITUNTUT

Menuntut ilmu adalah satu fardhu . Sabda Rasulullah s.a.w.,


‘Menuntut ilmu adalah satu fardhu atas tiap-tiap muslim. (Hadith riwayat Ibn Majah).

Ilmu yang wajib dituntut ialah ilmu yang bermanfaat. Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah: Ilmu yang memberi manfaat itu ialah,

1. ilmu yang boleh menambah takutmu akan Allah s.w.t. (Yang boleh menambah taqwa). Ilmu yang dituntut itu membuka jalan ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

2. Menambah penglihatan hatimu akan kecelaan dirimu. Melalui ilmu yang dituntut kita berupaya melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri untuk diperbaiki.

3. Menambah ibadatmu kepada tuhanmu. Dari ilmu yang dituntut nampak jalan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t.

4. Mengurangkan kecenderungan kepada dunia. Meningglakan cinta akan hidup yang sementara.

5. Menambah gemar kepada akhirat. Sentiasa mengutamakan kepentingan hidup selepas matil.

6. Membuka mata hatimu terhadap perkara yang membinasakan ilmu hingga engkau berusaha memelihara ilmu.

7. Memperlihatkan tipu syaitan dan perdayanya. Dengan itu melazimkan diri hidup sentiasa berwaspada dan ingatkan Allah s.w.t.


Ilmu yang perlu dituntut ada tiga macam:

1. Ilmu Usuluddin - tauhid

2. Ilmu Syara’ – ilmu fekah

3. Ilmu batin – ilmu tasauf.

HAD FARDHU AIN DALAM BELAJAR

Had ilmu usuluddin: mengenal zat Allah, mengenal wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah. Mengenal rasul-rasul dan segala kitab dan malaikat.

Had fardhu ain bagi ilmu syara’, mengetahui taharah, sembahyang, puasa haji, zakat dan segala yang membatalkannya. Lebih dari itu adalah fardhu kifayah.

Had fardhu ain bagi mempelajari ilmu batin iaitu ilmu tasauf: sejahtera ia daripada yang membatalkan pahalanya. Seperti seseorang yang apabila sembahyang dengan riya’ atau ujub, maka membatalkan ia pahala sembahyangnya.

ILMU TASAUF

Ilmu tasauf adalah ilmu yang sayugia dituntut walaupun di umur lanjut, iaitu untuk kemenangan di dunia dan di akhirat.

Biarlah dihabiskan umur seseorang dengan mengaji ilmu tasauf dan mengamalkannya. Tiap-tiap kali membanyakkan mengetahui ilmu tasauf, maka banyak takutnya akan Allah s.w.t.

PENTINGNYA ILMU TASAUF

KATA Imam Ghazali di dalam Ehya Ulumuddin:

Barangsiapa tiada baginya ilmu tasauf nescaya ditakuti atasnya suul khatimah yakni mati dalam maksiat. – dinaqal Abdus Samad Al Falembani dalam Hidayatus Salikin-
 كليه مغرب مسجد الرضي جندرام سفع ماليزيا 20 مايو 2010 .