P

May 22, 2011

MANGSA TANAH RUNTUH HULU LANGAT

KAMI MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ANAK-ANAK YATIM DAN MANGSA TANAH RUNTUH DI ASRAMA MADRASAH ATTAQWA SUNGAI SEMUNGKIS HULU LANGAT SELANGOR 2.45 PETANG 21 Mei 2011.

Semoga Allah memasukkan arwah mereka bersama para syuhada dan salihin.

AMIN.

May 15, 2011

Menghadapi cabaran masyarakat pelbagai




PENDIDIKAN SOSIAL

Para ibu bapa wajib memberi PENDIDIKAN SOSIAL kepada anak-anak. Tujuannya ialah melazimkan tata susila mulia (makarimul akhlak) sejak dari kecil berasaskan pengajaran Al Quran dan As Sunnah Rasulullah s.a.w.

Baginda s.a.w. menegaskan,
انما بعثت لاتمم مكا رم الا خلاق
‘Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia - hadith

Tanggung jawab ibu bapa memberi pendidikan sosial adalah sangat penting untuk anak-anak itu berupaya menghadapi suasana hidup bermasyarakat yang pelbagai. Dengan itu dia dapat menyelesaikan masalah hidup di dunia, sekali gus mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Kesejahteraan masyarakat adalah berpunca dari kemantapan susila anggotanya dari peringkat anak kecil hinggalah orang dewasa dan yang lanjut usia.

Panduan pendidikan sosial diperincikan di dalam Al Quran Suratul Hujurat.

TINDAKAN BERHEMAH

1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum mendapat hukum atau kebenaran Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

MERENDAH DIRI

2. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara dengan lantang semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. Larangan Y demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

SUCI HATI DAN TAWADHUK

3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


PERGAULAN YANG BAIK
4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik tempat ahlimu, Wahai Muhammad, kebanyakan mereka tidak mengerti adab dan tata tertib.


SENTIASA SABAR
5. Kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

TIDAK MUDAH TERPEDAYA

6. Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

JANGAN BANYAK KERENAH

7. Ketahuilah! bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam banyak perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta dihiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran, fasik serta perbuatan derhaka itu perkara yang kamu benci; Mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus



8. keadaan demikian sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

HENTIKAN PERSELISIHAN

9. Jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil menurut hukum Allah, serta berlaku adillah kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


BERLAKU ADIL
10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

JANGAN MENGHINA ORANG LAIN

11. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah ia beriman. dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang Yang zalim.

JANGAN BURUK SANGKA

12. Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SIKAP TERBUKA

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

SUKA MENUNJUK-NUNJUK

14. orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah kepada Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

CAKAP SEPERTI BIKIN

15. Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar pengakuan imannya.



16. Wahai Muhammad Katakanlah (kepada orang-orang Aarab itu, "Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` Kami telah beriman ') padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

JANGAN BERMUKA-MUKA

17. Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu Wahai Muhammad, dengan sebab mereka telah Islam. Katakanlah (kepada mereka): "Janganlah kamu mengira keIslaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (Kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
18. "Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha melihat akan segala yang kamu kerjakan".

Surah Al Hujurat 1-18.




TEROKAI ilmu di: Blog: http://albaiyinah.blogspot.com fb: kamaluddin mad zin email:wadenko@yahoo.com - darulghufran.blogspot.com

May 7, 2011

MINTA IZIN BERZINA


IMAM Ahmad meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seorang pemuda telah datang menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Dia bertanya dengan soalan yang amat memeranjatkan.
‘Wahai Nabi Allah! Bolehkah tuan membenarkan aku berzina?

Para sahabat dan orang ramai jadi kecoh dan heboh. Ada yang mengutuk dan ada yang mencaci pemuda itu. Timbul satu kemarahan di kalangan mereka akibat soalan yang dikira celupar itu.

Nabi s.a.w. memanggil pemuda itu duduk hampir dengannya. Pemuda itu merasa tenang kerana Nabi memanggilnya dengan hormat, sedangkan orang lain memandangnya dalam keadaan yang membimbangkan.

Pemuda itu lalu segera hampir kepada Nabi s.a.w. dengan penuh yakin.
Nabi bertanya kepadanya, ‘Apakah engkau suka kalau ibumu sendiri dizina orang?

Anak muda itu macam terkejut. Namun dia menjawab dengan tegas dan berani, ‘Tidak sama sekali. Muga-muga hendaknya perkara itu dijauhkan Tuhan.
Nabi s.a.w. terus menjelaskan, ‘Begitulah pula orang lain, tiada suka ibu-ibu mereka dizina.’

Kemudian Nabi s.a.w. mengajukan pertanyaan lagi, ‘Apakah engkau setuju anak-anak perempuan engkau dizina orang?
Pemuda itu terus menjawab, ‘Tentu sekali tidak. Minta dijauhkan Tuhan dari berlaku perkara tersebut.

Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi, ‘Demikianlah juga orang lain tidak suka anak perempuan mereka dizina orang.

Baginda s.a.w. pun bertanya lagi kepada pemuda tersebut, ‘Adakah engkau suka adik-beradik perempuan engkau dizina orang?

Pemuda itu segera menjawab, ‘Tidak sekali-kali, mintak di jauhkan Tuhan.

Baginda menjelaskan, ‘Demikian pula semua orang tidak suka saudar-saudara perempuan mereka berzina.

Baginda bertanya lagi sama ada pemuda itu suka sepupu-sepupu perempuannya dari sebelah ibu dan sebelah ayah, dizina orang.

Tiap kali ditanya, pemuda itu menjawab menafikannya. ‘Tidak suka, tidak suka.’
Soalan demi soalan yang dikemukakan Baginda s.a.w. memberi keinsafan kepada pemuda tersebut.

Baginda menyimpulkan sesi pertanyaan itu dengan meletakkan tangannya di dada pemuda tersebut. Baginda berusaha menenangkannya.

Baginda lalu bersabda, ‘Ya Allah ya tuhan kami, sucikanlah hatinya, ampunkanlah dosanya dan peliharalah kemaluannya.

Pemuda itu bangun meninggalkan Baginda dengan suatu keyakinan baru. Tidak ada diatas dunia yang paling dibencinya selain dari perbuatan zina. (Tarbiatul Awlad – Nasih Ulwan).


DARUL QURAN WASSUNNAH, Lot 2021 Jenderam Hulu, Sepang, Malaysia menyediakan pengajian al Quran untuk semua peringkat umur. Tel. 60192396355.

TEROKAI ilmu di: Blog: http://albaiyinah.blogspot.com fb: kamaluddin mad zin email:wadenko@yahoo.com - darulghufran.blogspot.com

May 5, 2011

TELADAN PENDIDIKAN ROHANI

DIALOG KHALIFAH UMAR - ANAK DERHAKA

Setengah ibu bapa kerap merungut kerana anak-anak degil, tidak mendengar kata, jauh sekali mengikut nasihat.
Berikut adalah sedutan kisah yang wajar jadi teladan.
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang menemui Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dia mengadukan hal rumah tangganya. Keadaan keluarganya yang kucar kacir. Anaknya sentiasa derhaka kepadanya.

Khalifah meneliti kes lelaki berkenaan dan akhirnya memanggil untuk soal siasat anak tersebut. Anak itu dengan berani menyatakan isi hatinya kepada Khalifah Umar tentang latar belakang dan kelakuan ayahnya.

'Wahai Amirul Mukminin! Apakah anak tidak mempunyai hak atas ayahnya?
Jawab Saidina Umar, 'Memang ada.'
Anak tersebut bertanya lagi, 'Apa dia, wahai Amirul Mukminin?
Umar menjawab, 'Memilih ibu yang baik, memberi nama yang baik, dan mengajarkan membaca Al Quran.

Lepas seketika anak itu bertanya pula, 'Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya ayah saya tidak melakukan walau satu pun dari perkara tersebut. Ibu saya bangsa Afrika. Dulu isterinya seorang Majusi. Saya diberinya nama Khunfusa (Lipas). Dia tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al Quran.
Mendengar jawapan dalam bentuk bantahan dari anak itu, maka Khalifah memandang muka lelaki yang datang mengadu. Tembelang telah dibuka oleh anaknya sendiri.
Khalifah Umar lalu berkata, 'Engkau mengatakan anakmu derhaka, padahal engkau telah menderhakainya. Engkau telah memalukannya sebelum engkau dimalukannya. (Abdullah Nasih Ulwan -Tarbiatul Aulad)