P

March 28, 2011

SUKA MENIRU ORANG KAFIR


SEBAHAGIAN orang Islam suka meniru orang kafir.

Apa yang ditiru mereka:

1. Cara makan

2. Cara pakai

3. Cara bergaul

4. Cara bercakap

5. Cara bertindak

6. Kemasan diri: rambut dicat. Simpan kuku panjang. Potongan rambut. Make-up. Tindik.

Ada sebahagian orang yang suka meniru cara kemasan orang kafir. Rambut dicat dengan warna lain dari yang dianugerahkan Allah. Apabila Allah menghadiahkannya rambut warna hitam, maka diubahnya dengan warna kuning kerana meniru warna rambut orang kafir. Pada sangkaan mereka warnai lain itu lebih cantik dari warna yang dianugerahkan Allah kepadanya.

Rambut lurus hadiah dari Allah s.w.t. diubahnya menjadi keriting kerana meniru orang kafir dengan anggapan rambut keriting itu lebih bergaya.

Orang kafir mengambil kesempatan berniaga. Kerana itu, ada kedai untuk meluruskan rambut dan ada pula kedai untuk mengkeritingkan rambut.

Ada pula kaum wanita Islam yang membotakkan kepala kerana meniru orang kafir, dengan anggapan botak bagi wanita itu cantik.

Bahkan ada juga wanita Islamyang berambut pendek seperti lelaki.

Bagi lelaki Islam pula, ada sebahagiannya yang mempelbagaikan gaya rambut untuk meniru cara gaya orang kafir. Mereka juga mengecat sebahagian rambut atau keseluruhannya, semata-mata untuk meniru orang kafir.

Orang-orang tua Islam yang ingin bergaya juga mengecat rambut beruban mereka itu dengan warna hitam. Kononnya untuk nampak masih muda walau pun sudah masuk golongan warga emas.

Tidak kurang juga warga tua yang sudah berjanggut putih itu, mengecatnya dengan warna hitam untuk nampak lebih bergaya.

Dalam hal berpakaian pula, ada orang Islam yang meniru gaya orang kafir. Sebahagian wanita Islam suka memakai kemeja T yang sengkat, walaupun mereka bertudung. Kadang-kadang baju itu terlalu singkat hingga menampakkan ketiak tetapi tetap memakai jilbab. Ada juga yang memakai baju singkat hingga menampakkan pusat dan bahagian atas punggung ketika mereka tunduk.

CARA MAKAN

Cara makan orang Islam kini sudah mula berubah. Nabi mengajarkan umatnya supaya mengamalkan cara makan yang sihat dengan nasihatnya,

‘Kita (orang Islam) adalah umat yang tidak makan kecuali bila lapar. Apabila makan, tidak sampai kenyang. (Riadus Salihin jil 2)

Suasana kini jauh berubah.

Sejak ada kedai tomyam, sebahagian umat Islam makan tidak tentu masa. Sampai tengah malam makan juga hinggalah waktu dinihari.

Dahulu umat Islam makan sebelah malam hanya kerana berpuasa. Mereka makan lepas maghrib kerana berbuka dan makan dinihari kerana bersahur.

Hari ini mereka makan tengah malam atau hampir terbit fajar hanya kerana hendak memadatkan perut.

Kerana meniru orang kafir juga, ada orang Islam sanggup makan dengan tangan kiri. Dalam hidangan rasmi, garpu itu sebelah kiri, maka pastilah digunakan dengan tangan kiri untuk mencucuk makanan.

Dalam majlis jamuan rasmi tidak berani orang mengubah budaya kafir supaya garfu itu dialih sebelah kanan.

Rasulullah bersabda, ‘Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kanan – Hadith Muttafaq Alaihi.


Layari: http://Albaiyinah.blogspot.com

Fb: kamaluddin mad zin

Email: wadenko@yahoo.com


MENGHISAP ROKOK
CARA HIDUP ORANG KAFIR YANG BANYAK DITIRU ORANG ISLAM.

SENARAIKAN FAEDAH DAN MUDARATNYA.

March 27, 2011

JANGAN JADI YAHUDI

SIFAT SUKA MENIRU

MASUK LUBANG BIAWAK

Dari Abu Said Al Khudri, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak mereka sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah kalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan ikut sama.

‘Kami (sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah! Adakah mereka itu orang Yahudi dan orang Nasara?

Maka jawab Baginda s.a.w. ‘Siapa lagi!

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadith ini memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan mudah terpengaruh dengan agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Sifat suka meniru menjadi amalan biasa di kalangan ibu bapa. Amalan itu pula mudah ‘turun’ kepada anak-anak, kerana anak-anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Punca berlaku dengan beberapa sebab. Antaranya kurang ilmu, tidak perihatin dan tidak ambil peduli sebarang risiko yang akan ditanggung.


Rasulullah s.a.w. mengingatkan tentang kelakuan suka meniru.

‘Bezakan dirimu dari orang Musyrikin. Pendekkan misai kamu dan panjangkan janggut. Bukhari dan Muslim.

Dalam hadith lain Baginda bersabda, ‘Potong misai dan lepaskan janggut. Bezakan dirimu dari orang Majusi.

Riwayat Muslim. (Nasih Ulwan219)

Dalam hadith lain Baginda bersabda, ‘

La tasyabbahu bil yahudi wa lan nasara.

‘Jangan meniru-niru orang Yahudi dan orang Nasara’.

Ada juga Baginda mengingatkan,

‘man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum.

‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka adalah dari kaum itu. – Riwayat Abu Daud.


Layari: http://Albaiyinah.blogspot.com

Fb: kamaluddin mad zin

Email: wadenko@yahoo.com

March 21, 2011

MEMBERSIH HATI DARI KEKOTORAN

Binasa akibat riya’

Baginda Rasulullah s.a.w. mensifatkan riya’ ini sebagai syirik khafie (Syirik yang tersembunyi).

Syirik yang nyata ialah percaya kepada kuasa selain dari Allah s.w.t.

HUKUM: Riya’ nyata hukumnya haram menurut majoriti ulama'.

Allah berfirman dalam surah Al Ma''un.

1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri).

Surah Al Ma’un

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, ‘Tahukah kamu siapa yang muflis (bankrap)?

Para sahabat menjawab, ‘Orang yang muflis di kalangan kami ialah mereka yang tidak ada dirham dan tidak ada harta.’

Maka Baginda s.a.w. bersabda lagi,

‘Sesungguhnya orang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia juga membawa dosa memaki hamun, menuduh orang, memakan harta orang, menumpahkan darah, memukul orang. Maka diambil pahala kebajikannya lalu diberikan kepada orang-orang itu. Kemudian bila habis pahala kebajikan itu sebelum habis dibayar kesalahan yang ditanggungnya, maka diambil kesalahan orang yang dianiaya itu dan ditimpakan keatasnya. Lalu ia dihumbankan ke dalam api neraka.

Hadith riwayat Muslim.

SENGSARA ORANG YANG RIYA’

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

‘Antara manusia yang mula dibicarakan di hari kiamat ialah yang gugur syahid di medan perang. Dia dibawa mengadap Allah dan dinyatakan nikmatNya dan dia mengaku menerimanya. Allah bertanya, ‘Apa yang engkau lakukan terhadap nikmat itu?

Dia menjawab, ‘Aku berperang untukMu hingga aku gugur syahid.

Allah berfirman, ‘Engkau berdusta, sebenarnya engkau berperang supaya orang mengatakan engkau gagah berani. Dan engkau sudah dapat gelaran itu.

Dia diseret dalam keadaan tertiarap lalu dihumban ke neraka.

Seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu serta membaca Al Quran di bawa mengadap Allah dan dinyatakan segala nikmat yang telah diberikan kepadanya. Allah bertanya, ‘Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?

Dia menjawab, ‘Aku telah menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al Quran.

Allah berfirman, ‘Engkau berdusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya dikatakan engkau itu orang alim. Engkau baca Al Quran supaya diakatakan engkau itu seorang qari’. Dan engkau sudah dapat gelaran itu.

Dia diseret dalam keadaan tertiarap lalu dihumban ke neraka.

Kemudian seorang yang dimewahkan Allah dengan rezeki harta dibawa mengadap. Allah bertanya tentang segala nikmat yang telah diberikan kepadanya. ‘Apa yang telah engkau lakukan?

Dia menjawab, ‘Semua jalan untuk keridhaanmu telah aku belanjakan.’

Allah berfirman, ‘Engkau berdusta. Engkau lakukan supaya orang mengatakan engkau itu dermawan. Dan engkau sudah dapat gelaran itu.

Dia diseret dalam keadaan tertiarap lalu dihumban ke neraka.

Riwayat Muslim, Tarmizi dan An Nassai.

Hadith ini menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan amalan dengan riya’, yakni menuntut kepujian dari manusia, maka balasannya adalah neraka jahanam.

Riya' adalah kerja hati - hati yang kotor adalah sarang riya'. Hati yang kotor tidak akan dapat bertaqwa. Untuk bertaqwa hendaklah hati dibersihkan dari sebarang kekotoran (mazmumah) termasuk riya'.

Rujukan:

Abdullah Basmeh, Mustika Hadith 1.116

Abdus Samad Falembani, Hidayatus Salikin

March 15, 2011

JERITAN DAN PEKIKAN

HANYA dengan satu jeritan (saihatan) maka semuanya binasa (Yasin 29).
Hanya dengan satu jeritan binasalah mereka sedang dalam keadaan leka bersengketa (Yasin 49).
Hanya dengan satu jeritan, mereka semua akan dihimpunkan di hadapan Allah di hari akhirat (Yasin 53).

Bahana dari pekikan, jeritan, ngauman, malah apa saja suara adalah mengandungi lambang dan isyarat yang menuntut perihatin setiap makhluk.

Tangisan anak kecil meminta susu.
Rayuan buruh minta naik gaji dan kemudahan am.
Jeritan di jalan raya menuntut keadilan.

Dengan jeritan, umat terdahulu binasa
dengan jeritan tsunami, bumi musnah
dengan jeritan manusia, pemerintahan tumbang
dengan jeritan, manusia dihimpunkan menghadap Allah azza wa jalla.

March 14, 2011

PENDIDIKAN AKHLAK ANAK-ANAK

2. SUKA MENCURI

Anak-anak mencuri dengan sengaja atau tidak sengaja. Biasanya tabiat mencuri ini adalah lanjutan dari sifat dusta. Seorang yang dengan bebas suka bercakap bohong akhirnya akan mencuri. Apabila seseorang sentiasa bercakap bohong tanpa sekatan dan tanpa ada orang yang menegur dan menegahnya, maka terbukalah ruang baginya untuk mencuri.

Pepatah Melayu menyebut: Siakap sinohong,

gelama ikan duri.

Bercakap bohong,

lama-lama mencuri.

Memang pada hakikatnya orang yang mencuri itu telah biasa berbohong. Kerana itulah bila disiasat dan ditanya adakah dia mencuri, maka dia akan berbohong membuat penafian.

Tabiat suka mengambil hak orang lain tanpa sah ini berkembang sejak dari kecil, kerana ibu bapa tidak perihatin terhadap segala barang yang ada pada tangan anaknya. Dari kecil mereka tidak diasuh mengenal hak dan kewajipan memelihara harta. Malah ibu bapa tidak peka tentang bahaya memiliki barangan yang bukan hak mereka atau hak anak-anak mereka.

Contoh mencuri kecil-kecilan:

# curi pensel kawan, buku atau pemadam

# curi buah jirah

# curi dalam kedai – hingga ke pasar raya

# curi basikal/motor

UJIAN

Perhatikan apa yang berlaku apabila anak-anak dibawa bertandang ke rumah jiran. Mereka tertarik dengan barang mainan anak jiran. Apa terjadi ketika keluar atau pulang meninggalkan rumah jiran?

KISAH ABDUL QADIR JAILANI

Abdul Qadir seorang tokoh sufi terkenal, diberi ibunya 40 dinar untuk pergi belajar. Dia meninggalkan Mekah menuju Baghdad untuk menuntut ilmu. Di tengah jalan dia dirompak sekumpulan penjenayah. Semua harta bendanya disamun. Seorang perompak bertanya, ‘Apa yang engkau ada?

Abdul Qadir menjawab dengan jujur, ‘Aku ada 40 dinar.’

Perompak itu tidak menghiraukan jawapannya.

Perompak lain pula bertanya soalan yang sama. Dijawab Abdul Qadir dengan jawapan yang sama.

Ketua perompak pula bertanya, Abdul Qadir memberikan jawapan serupa.

Ketua Perompak bertanya, ‘Mengapa engkau bercakap benar?

Abdul Qadir menjawab bahawa ibunya mengajarnya bercakap benar dan melarangnya berdusta.

‘Ibuku berwasiat supaya bercakap benar. Aku telah berjanji untuk mematuhi wasiat itu. Aku takut mengkhianati janji itu.’ Demikian tegas jawapan Abdul Qadir.

Ketua perompak itu merasa gerun mendengar jawapan tersebut. Dia insaf dan berkata, ‘Engkau takut hendak mengingkari janji ibumu. Sedang aku tidak taku mengkhianati janjiku kepada Allah.

Ketua Perompak itu tiba-tiba mengarahkan semua pengikutnya supaya memulangkan segala harta yang disamun mereka.

Katanya, ‘Sekarang juga aku bertaubat kepada Allah s.w.t. dihadapanmu!

Para pengikutnya pula berkata, ‘Engkau ketua kami semasa merompak. Sekarang engkau ketua kami juga apabila kami semua bertaubat.’ (Abdullah Nasih Ulwan).

KHALIFAH UMAR MENGUJI GEMBALA

Abdullah bin Dinar meriwayatkan, ‘Aku dalam perjalanan ke Mekah bersama Umar Al Khattab r.a. Kami bertemu dengan seorang gembala mengiringi banyak kambing. Maka Umar hendak mengujinya dengan berkata, ‘Hai gembala, jualkanlah kepadaku seekor kambing itu.

Gembala itu menjawab, ‘Hai Tuan, saya hanyalah hamba tukang jaga kambing ini. Ia milik tuan saya.

Umar berkata, ‘Jika ditanya oleh tuanmu, katakanlah kambing itu di makan serigala!

Gembala itu menjawab, ‘Wahai Tuan, di manakah Tuhan?

Umar lantas bercucuran air mata mendengar jawapann itu. Lalu diikutnya gembala itu pulang. Dia membeli hamba itu lalu membebaskannya.

(Nasih Ulwan).



APAKAH UNTUNGNYA MEROKOK?

PEROKOK TIDAK BOLEH MENGUASAI DIRINYA, YANG MENGUASAI DIRINYA ADALAH NAFSUNYA.

FIKIRKANLAH!

March 10, 2011

PENDIDIKAN BERCANGGAH

PENDIDIKAN AKHLAK DAN MORAL

Banyak perbezaan antara akhlak dan moral.

Moral nilai manusia – akhlak nilai wahyu. Tukar warna baju sekolah dari hijau kepada merah, itu nilai moral manusia. Nilai akhlaknya ialah menutup aurat. warna adalah hak Allah Taala.

- Pendidikan akhlak Islamiah: Menerapkan nilai akhlak dan budi luhur berasaskan syariah Islamiah.

- pendidikan Islam hendaklah diterapkan sejak dari pandai bertutur hingga dewasa

ELAKKAN EMPAT TABIAT BURUK

1 Suka berdusta

2 Suka mencuri

3 suka mencaci maki

4 suka meniru

SUKA BERDUSTA

Ini adalah sifat yang paling buruk. Para ibu bapa dan pendidik wajib mengelak diri dari mengamalkan sifat buruk ini di dalam pendidikan.

Sebahagian ibu bapakurang memberi perhatian tentang perkara ini, hingga sanggup berdusta dengan anak-anak berpuluh kali dalam sehari,

Baginda s.a.w. menganggap pendusta sebagai orang munafik . Sabdanya,

‘Empat perkara, barangsiapa yang ada salah satu daripadanya, maka dia adalah munafik tulin. Apabila diamanahkan dia khianat, apabila berkata-kata dia berdussta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila mendakwa dia menipu. Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullahh s.a.w. bersabda,

‘Hendaklah kamu waspada daripada berdusta, kerana sifat itu akan membawa kepada kejahatan, sedang kajahatan itu akan membawa kamu ke dalam api neraka. Dan selama seorang itu berdusta dan terus berdusta, maka dicatitlah di sisi Allah sebagai seorang pendusta.

Tindakan Ibu Bapa:

1. Jauhkan perbuatan berdusta dalam semua keadaan

2. Menjauhkan anak-anak dari berdusta

3. Melarang mereka bercampur gaul dengan pendusta

4. Ingatkan mereka tentang akibat berdusta

5. Mendedahkan kepada mereka bahaya berdusta

6. Sentiasalah bercakap benar.

Pendidikan akhlak bergantung rapat dengan contoh teladan yang baik.



KONTRA PENDIDIKAN
NILAI BERCANGGAH

Ibu bapa merokok, tetapi melarang anak-anak merokok. apabila anak itu remaja, maka tabiat merokok akan pindah kepada anak-anak.

TIDAK ADA LANGSUNG KEBAIKAN DALAM MEROKOK!
FIKIRKANLAH.

March 4, 2011

TAMAK TERLAMPAU


DUA LEMBAH EMAS TIDAK MENCUKUPI

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a. bersabda,

‘Kalaulah seorang anak Adam ada harta emas sebanyak suatu wadi, sudah pasti dia suka kalau dapat dua lembah. Namun takkan dapat memenuhi mulutnya selain hanyalah tanah. Allah mengampuni mereka yang taubat.

Riwayat Syaikhan.



Di dalam hadith ini Baginda Rasulullahh s.a.w. menyatakan bahawa manusia ini kuat nafsu dan tamak. Andainya dia ada harta seluas satu lembah (wadi), nescaya dia berkehendak dua lembah lagi. Malah itu pun tidak mencukupi baginya.

Oleh kerana sifat tamak dan tidak mau bersyukur kepada Allah atas nikmatNya, akhirnya yang memenuhi mulut orang itu hanyalah tanah semata-mata.

Bagi hamba yang sentiasa bersyukur dan bertaubat kepada Allah s.w.t., pasti Allah menerima taubatnya. Seungguhnya Allah maha menerima taubat dan maha pengampun.


EMAIL: wadenko@yahoo.com



AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.


MANFAATKAN ANUGERAH ALLAH.

DAPATKAN LIMAU KASTURI SEGAR DARI LADANG.

HUBUNGI: 6012 3972860 - haji kamal


March 3, 2011

SIAPAKAH YANG CERDIK


PERSEDIAAN SEBELUM MATI

Daripada Abi Ya’ala Syadad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w. sabda Baginda, ‘Orang yang cerdik ialah orang yang mempertaruhkan dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Orang yang bodoh ialah orang yang menurutkan hawa nafsu dan berangan-angan yang Allah akan memenuhi apa yang dicita-citakannya.

Riwayat Tarmizi –

Dalam hadith ini Baginda Rasulullah s.a.w. menyatakan sifat manusia di atas dunia. Ada yang cerdik dan ada yang bodoh,

Yang cerdik ingatkan kehidupan selepas mati, iaitu alam kubur dan alam akhirat. Dia mempertaruhkan segala usianya untuk beramal sebagai persediaan sebelum mati.

Sedangkan orang yang bodoh pula suka mengikutkan kehendak nafsu. Dalam masa yang sama berangan-angan pula bahawa Allah akan menunaikan segala apa yang dicita-citakannya.

Dari gandingan dua mithal yang ditunjukkan oleh Baginda ini nyatalah manusia itu ada yang cerdik dan ada yang bodoh.

Orang yang cerdik menggunakan kesempatan hidup di dunia ini dengan menyediakan bekal untuk akhirat. Sedangkan orang yang bodoh menggunakan kesempatan untuk memenuhi kehendak nafsu sema-mata.

March 2, 2011

BINASA KERANA HARTA

HARTA MENIMBUN

Dari ‘Amru bin ‘Auf al Ansari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Aku menganggap kamu telah mendengar berita Abu Ubaidah bin Al Jarrah yang membawa sesuatu. Jawab para sahabat, ‘Benarlah, ya Rasulullah.’

Sabda Baginda s.a.w. ‘Bergembiralah sesuka hati. Demi Allah! Apa yang aku khuatirkan bukanlah kemiskinan menimpa kamu, tetapi yang aku bimbangi ialah dunia dibentangkan keatasmu, seperti telah dibentangkan kepada kaum sebelum kamu. Kamu pun berebut-rebut seperti mereka juga hingga kamu binasa seperti binasanya mereka.

Riwayat Al Bukhari.
Di dalam hadith ini Baginda s.a.w. memberi nasihat kepada para sahabat tentang harta benda dunia atau kekayaan.

Kemegahan memperoleh harta menjadikan sebahagian manusia lupa diri, lupa tanggung jawab, malah lupa kepada Allah s.w.t. Kekayaan menjadikan manusia hilang pertimbangan. Lalai dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. Mereka tidak membelanjakan harta itu di jalan Allah.

Baginda s.a.w. memberikan contoh bagaimana umat terdahulu binasa kerana tidak bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah s.w.t.

Semasa miskin ramai yang berdoa mohon kekayaan dari Allah s.w.t. Namun setelah dibentangkan seluruh dunia di depannya, maka mereka tidak bersyukur atas nikmat itu.

Baginda s.a.w. mengingatkan bahawa penghujung kehidupan mereka adalah kebinasaan seperti binasanya umat terdahulu.

Nyatalah dalam hal ini ujian dari Allah itu bukan saja dalam hal kesusahan dan penderitaan hidup, malah dalam hidup mewan dan senang lenang pun manusia tetap menerima ujian – bersyukur atau sebaliknya.



email: wadenko@yahoo.com



BELUM TERLEWAT UNTUK MEMPELAJARI AL QURAN
DI USIA MANA PUN ANDA, ANDA PASTI BOLEH MENGUASAI BACAAN MELALUI USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.
HUBUNGI 012 3972860 UNTUK BANTUAN.

March 1, 2011

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI

MAJLIS 10 FATHURRABANI

Wahai para hamba! Kalian telah membuang masa dengan menulis dan menghafal ilmu, namun kalian tidak mengamalkannya. Dengan yang demikian apakah yang memberi manfaat kepadamu.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

‘Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman kepada para nabi dan ulama’:

‘Kamu adalah pengembala makhluk, maka apakah yang kamu telah perbuat terhadap gembalaanmu? Allah berfirman pula kepada para raja dan orang hartawan, ‘Kamu adalah gudang menyimpan hartaKu, apakah kamu telah menyampaikannya kepada para fakir miskin, apakah kamu telah memelihara anak-anak yatim, apakah kamu telah mengeluarkan hakKu dari harta-harta tersebut.

Luahan hati Sheikh Abdul Qadir Jailani di Madrasah Ma’amurah 24 Syawal 545H (Fathu Rabbani, Terj. Akmal Haji Mhd Zain, Al Hidayah Kuala Lumpur 2000).