P

January 29, 2009

SEDEKAH TIAP SENDI

ALANGKAH mudahnya mendapat pahala sedekah. Gerakkan tiap sendi untuk kebajikan, pasti mendapat sedekah daripadanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,
'Tiap sendi dari tubuh manusia ada sedekah tiap hari matahari terbit. Kamu mendamaikan dua orang yang bertelingkah ada sedekah, menolong orang mengangkat barang keatas hewan kenderaannya mendapat sedekah.
Sabda baginda lagi, 'Mengucapkan perkataan yang baik mendapat sedekah, tiap langkah untuk pergi menunaikan solat dapat sedekah, dan membuang duri dijalanan juga menjadi sedekah.
Hadith riwayat Muslilm.
email: wadenko@yahoo.com

January 27, 2009

SEGERA BERTAUBAT SELEPAS MELAKUKAN MAKSIAT

Manusia sering melakukan kesilapan, namun Allah maha pengampun bagi hambaNya yang memohon keampunan.
Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. lalu menyatakan bahawa ia telah mencium seorang wanita yang bukan isterinya.

Allah menurunkan wahyu yang bermaksud,
'Dan dirikanlah sembahyang pada kedua tepi siang hari dan sebahagian waktu malam. Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu dapat melenyapkan kejahatan. (surah Hud 117).
Orang itu lalu bertanya, 'Apakah ayat itu untukku sahaja, wahai Rasulullah?
Baginda menjawab, 'Untuk semua ummatku.'
(Hadith muttafaq alaihi),
Anas pula menceritakan bahawsa seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. lalu berkata, ya Rasulullah, saya telah melakukan satu dosa yang membawa hukuman hudud, maka laksanakanlah hukuman keatasku,'

Waktu itu sudah sampai masa sembahyang. lalu lelaki itu sembahyang bersama Rasulullah s.a.w.

Selesai sembahyang, lelaki itu berkata lagi, 'Wahai Rasulullah, saya telah melakukan perbuatan yang wajib had. Laksanakanlah ke atasku sesuai dengan hukum kitabullah.
Maka Nabi s.a.w. bertanya 'Apakah engkau telah mengerjakan solat bersama kami tadi?
Lelaki itu menjawab, 'Ya.'
Maka Nabi s.a.w. bersabda kepadanya, 'Dosamu telah diampunkan.'
Kata Imam An Nawawi, lelaki itu melakukan maksiat yang membawa hukum takzir. Maksudnya bukan maksiat yang membawa hukum hudud, seperti berzina, minum arak, dan seumpamanya, Hukuman kerana berzina minum arak dan seumpamanya tidak gugur dengan hanya melakukan sembahyang.
Kesimpulannya bahawa setiap kali melakukan perkara di larang (maksiat) maka hendaklah segera bertaubat, dan kembali ke jalan Allah dengan menambah amal ibadat.
Allah menerima taubat hambanya apabila hamba itu bertaubat.

January 26, 2009

WANITA KAYU BAKAR DI NERAKA

BERINGATLAH wahai kaum wanita!

JABIR bin Abdullah r.a. berkata, 'Aku telah hadir sembahyang hari raya bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai sembahyang dan juga khutbah, maka baginda pergi ke arah barisan belakang hingga ke tempat orang perempuan sembahyang. Maka baginda bersabda menasihati mereka,
'Banyakkanlah bersedekah. Sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu api di neraka kelak.'
Seorang perempuan tua berkedut pipi bangun bertanya, 'Mengapa ya Rasulullah?
Jawab baginda. 'Kerana kamu suka mengadu tidak cukup, dan kamu tidak mengenang budi suami.'
Kata Jabir golongan perempuan itu pun segera bersedekah terrmasuk barang-barang perhiasan mereka. Mareka meletakkanya pada baju Bilal. termasuk juga anting-anting serta cincin mereka.;

Hadith riwayat Muslim.

January 23, 2009

BANTULAH PARA JANDA...

Dalam hidup bermasyarakat, bantu membantu dan tolong menolong amat digalakkan. Ini termasuk membantu golongan fakir miskin, anak yatim, janda dan ibu tunggal. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat penyayang dan adil sehingga dapat mengatasi masalah golongan terbiar dan yang tidak berada.

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda,
''Orang yang berusaha membantu wanita janda dan orang miskin, mendapat pahala sama seperti pahala orang berjuang di jalan Allah, atau seperti pahala orang yang selalu qiamul lail (bangun sembahyang malam) dan berpuasa di siang hari.

Hadis riwayat Bukhari.

January 16, 2009

BANYAK WANITA DI NERAKA

Abdullah bin Umar menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan beristighfar, kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak diantara ahli neraka.'
Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata 'Ya Rasulullah, mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali di neraka?
Baginda menjawab, 'Kerana kamu selalu mengutuk dan memaki hamun. Kamu tidak mengenang budi suami. Aku tidak melilhat golongan yang kurang akal dan kurang agamanya, serta besar pula pengaruhnya kepada lelaki yang bijak bistari, selain dari kamu.
Perempuan itu bertanya lagi, 'Ya Rasulullah, apa maksudnya kurang akal dan kurang agama itu?

Baginda menjawab, 'Kurang akal, kerana dua orang saksi perempuan untuk saksi seorang lelaki. Ini namanya kurang akal. Dan seorang perempuan pula meninggalkan sembahyang beberapa hari kerana haidh, atau tidak puasa Ramadhan maka ini menunjukkan kurang amalan agamanya berbanding lelaki.
Hadith rieayat Bukhari dan Ibnu Majah.

January 9, 2009

KAEDAH KAWAL NAFSU

MENUNDUKKAN NAFSU SEKS

Nafsu seks yang tidak terkawal membawa kebinasaan kepada manusia. Ia asyik kepada perempuan dan akan membawa kepada berlakunya zina dan liwat. Demikian menurut Sheikh Abdus Samad Alfalembani dalam kitabnya ‘Sirus Sailikin’.

Ibnul Qayyim Al Jauziah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memetik kisah Nabi Yusuf di dalam Al Quran untuk menyatakan kaedah mengelak dari berlakunya zina ketika diajak oleh Zulaikha.

‘Allah menyatakan kisah Yusuf a.s. yang menjaga kesucian dirinya. Banyak faktor pendorong yang melingkungi dirinya untuk berbuat zina.

Pertama, beliau seorang pemuda. Biasanya pemuda mempunyai dorongan berahi yang sangat kuat.

Kedua beliau seorang asing yang jauh dari keluarga dan dari tempat kelahirannya. Biasanya orang tinggal di tempat keluarganyua malu untuk berbuat jahat.

Ketiga, Yusuf ketika itu hanyalah seorang hamba sahaya. Kalau dia berbuat jahat tiada siapa yang ambil tahu.

Keempat, wanita yang menggodanya itu cantik jelita yang tentunya menjadi idaman setiap lelaki.

Kelima, Zulaiha sendiri yang menggoda dan merayu.

Keenam, peluang terbuka luas, kerana wanita itu merayu berulang kali.

Ketujuh, Wanita itu adalah tuannya, dia mesti patut kehendak tuannya.

Kelapan, perkara sumbang yang hendak dilakukan itu adalah di dalam rumah tuannya bukan di tempat yang mudah diketahui orang.

Kesembilan, Zulaiha dan Yusuf sahaja yang berada di dalam bilik itu.

Kesepuluh, bilik itu telah dikunci oleh Zulaiha supaya sesiapa tidak dapat masuk.

(Surah Yusuf ayat 23-28)

Walau begitu banyak faktor pendorong untuk melakukan kejahatan, Namun Yusuf mendahulukan hak Allah.

Sepuluh faktor inilah menjadi renungan untuk mengurangkan tekanan seks di dalam diri seseorang. Wallahu A’alam.

January 6, 2009

ZIKIR DENGAN SUARA

BERZIKIR DENGAN RENDAH SUARA RENDAH

Berzikir adalah sebahagian doa. Berdoa maksudnya adalah memohon sesuatu dari Allah s.w.t. Tentulah yang memohon itu bersifat lemah dan rendah kedudukannya dari pihak yang dimohon. Oleh kerana itu amat sesuailah baginya bersuara rendah atau merayu-rayu dalam doanya. Kalau suara keras yang digunakan, seolah-olah ia memerintah. Bagaimana mungkin orang yang bertaraf rendah boleh memerintah pihak yang yang Maha Berkuasa. Kalau ia berdegil juga, dengan suara keras ia meminta sesuatu dari Allah, adakah permohonannya akan di makbulkan?

Imam An Nawawi rahimahulllah dalam kitabnya Al Azkar memetik ayat Al Quran Suratul A’araf ayat 205:

‘Dan sebutlah nama Tuhanmu (dengan zikir) dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan suara yang tidak keras diwaktu pagi dan petang.

Firman Allah s.w.t.

‘Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan penuh rasa takut.

Al A’araf 55.

Berzikir juga tidak perlu bergopoh gapah atau bergegas hingga tidak jelas apakah yang disebut dalam zikir itu.

Dalam surah Al Anbiya’ Allah berfirman,

‘Sesungguhnya mererka adalah orang-orang yang selalu bersegera membuat kebajikan dan berdoa kepada Kami dengan harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

Al anbiya 90.

RENDAHKAN SUARA ZIKIR

BERZIKIR DENGAN RENDAH SUARA

Al Anbiya 90.

HADIS PALSU MENUNTUT ILMU

KENALI HADITH PALSU DAN DHAIF

PENYEBARAN hadith-hadith palsu kini masih terus berlaku melalui media cetak seperti akhbar dan majalah, serta media elektronik termasuk radio dan televisyen.

Dalam pada itu mimbar khutbah khususnya pada hari Jumaat, juga menjadi tempat kerap kali hadith palsu disebarkan.

Antara hadith palsu yang kerap didengar dari khutbah dan dipapar dalam media cetak ialah sabda Rasulullah yang bermaksud, ‘Tuntutlah ilmu walau ke negeri China.’

Hadith ini adalah diragui kesahihannya. Seorang pengkaji hadith, Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris telah menukil beberapa pendapat ulamak tentang hadith ini. Dalam bukunya berjudul ‘Himpunan Hadith Dhaif dan Maudhu’ (palsu) terbitan 1999 beliau memetik pendapat Al Albani bahawa hadith tersebut adalah maudhu’ (palsu). Ini kerana di dalam sanadnya terdapat Abu Atikah iaitu Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama akan kedhaifannya.

Al Uqaili pula memandangnya sangat dhaif. Al Bukhari berkata, Abu Atikah mungkar hadithnya.

Kata An Nassai, dia tidak thiqah Kata Abu Hatim: dia zahibul hadith

As Sulaimani menyebut dia dikenal antara orang yang membuat hadith.

Sementara Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadith ini.

Semua pendapat ini sebenarnya terhimpun dalam kitab Al Maudhuaat yang dikarang oleh Abdur Rahman bin Ali Al Jauzi Al Quraisyi.

Drs Abdul Ghani telah memilih beberapa hadith palsu yang ‘popular’ dan menghimpunkannya dalam buku beliau dengan diberi ulasan dan pandangan ulamak-ulamak hadith mengenainya.

Satu lagi hadith palsu yang sering digunakan dan tersebar meluas ialah sabda Rasulullah yang bermaksud, ‘Orang alim (berilmu) itu 70 kali lebih tinggi darjatnya dari orang kaki ibadat.

Al Albani mengatakan hadith ini sangat dhaif.

Kadang-kadang hadith yang direka-reka dan tersebar juga dikira sampai ke peringkat melampau. Misalnya, dikatakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, ‘Duduk-duduk bersama ulama adalah suatu ibadah.’

Menurut Al Albani hadith ini sangatlah dhaif.

Malah kalau difikirkan dengan otak yang waras pun, tidak semudah itu seseorang mendapat pahala ibadah.

Satu lagi hadith yang agak popular terutama di musim pilihanraya ialah dikatakan Rasulullah bersabda yang bermaksud, ‘ Dua golongan manusia yang apabila keduanya baik maka baiklah manusia seluruhnya, dan apabila keduanya rosak, maka rosaklah manusia seluruhnya; iaitu para ulama dan para umara’ (pemimpin)

Kata Al Albani hadith ini adalah maudhu’

Ada juga disebut-sebut bahawa kata-kata berikut sebagai hadith: ‘Duduk bersama orang alim seakan-akan duduk bersama seorang nabi.’

Kata Assakhawi dalam kitabnya, Al Maqasid, ‘Aku tidak tau asalnya.

- Disunting oleh Kamaluddin Md. Zin

RUJUKAN:

# Riadhus Salihin, Imam An Nawawi

# Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’

(Oleh Drs. Abdul Ghani Azmi Haji Idris

Terbitan Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur 1999).

January 4, 2009

SEDEKAH KIAN PUPUS

KEMATIAN kadang-kadang menjadi pendorong orang suka bersedekah. Bila datang ke rumah orang mati, akan ternampak dua tiga jag putih diletakkan depan rumah, di tengah rumah dan di sisi jenazah.

Orang yang datang berziarah pun mula memenuhkan jag itu dengan wang-wang kertas. Jarang orang hulurkan wang syiling. Kerana tempat letak jag itu terdedah kepada pandangan mata ramai, maka jag itu banyak menampung wang besar belak.

Nampak sangAt mudahnya orang menghulurkan ‘sedekah’ kepada keluarga si mati.

Keluarga berkenaan pun bermurah hati bersedekah kepada orang yang menyembahyangkan jenazah. Semasa menadah tangan sambil mengaminkan doa imam lepas sembahyang jenazah, para jamaah dihulurkan wang kertas oleh waris terdekat tuan rumah. Semua yang sembahyang mendapat habuan termasuk imam.

Di tanah perkuburan sekali lagi orang yang mengiringi jenazah, mendapat sedekah dari keluarga ketika mengangkat tangan mengaminkan doa tahlil.

Namun senario ini banyak dilihat kira-kira sedekad yang lalu. Kini jarang-jarang lagi tersua sedemikian. Di rumah orang mati tak ramai orang memenuhkan jag yang disedikan. Tetapi di masjid atau lepas sembahyang jenazah pun tidak ada orang yang bersedekah.

Malah di kubur pun, lepas imam membaca talqin dan tahlil orang ramai sapu punggung dan terus pulang.

Yang menjadi tanda tanya, adakah semangat suka bersedekah itu kian pudar?

Bukankah sedekah itu boleh melepaskan seseorang dari azab api neraka. Malah Rasulullah menyatakan bersedekahlah walau dengan sebelah tamar sekali pun.

Haji Kamaluddin bin Md. Zin- kamalzin@yahoo.com

TAK SEDEKAH LEPAS MATI

SEDEKAH KIAN PUPUS

KEMATIAN kadang-kadang menjadi pendorong orang suka bersedekah. Bila datang ke rumah orang mati, akan ternampak dua tiga jag putih diletakkan depan rumah, di tengah rumah dan di sisi jenazah.

Orang yang datang berziarah pun mula memenuhkan jag itu dengan wang-wang kertas. Jarang orang hulurkan wang syiling. Kerana tempat letak jag itu terdedah kepada pandangan mata ramai, maka jag itu banyak menampung wang besar.

Nampak sangat mudahnya orang menghulurkan ‘sedekah’ kepada keluarga si mati.

Keluarga berkenaan pun bermurah hati bersedekah kepada orang yang menyembahyangkan jenazah.

Semasa menadah tangan sambil mengaminkan doa imam lepas sembahyang jenazah, para jamaah dihulurkan wang kertas oleh waris terdekat tuan rumah. Semua yang sembahyang mendapat habuan termasuk imam.

Di tanah perkuburan sekali lagi orang yang mengiringi jenazah, mendapat sedekah dari keluarga ketika mengangkat tangan mengaminkan doa tahlil.

Namun senario ini banyak dilihat kira-kira sedekad yang lalu. Kini jarang-jarang lagi tersua sedemikian. Di rumah orang mati, tak ramai orang memenuhkan jag yang disediakan. Tetapi di masjid atau lepas sembahyang jenazah tidak ada orang yang bersedekah. Malah di kubur pun, lepas imam membaca talqin dan tahlil orang ramai sapu punggung dan terus pulang.

Yang menjadi tanda tanya, adakah semangat suka bersedekah itu kian pudar?

Bukankah sedekah itu boleh melepaskan seseorang dari azab api neraka. Malah Rasulullah menyatakan bersedekahlah walau dengan sebelah tamar sekali pun.

Haji Kamaluddin bin Md. Zin- kamalzin@yahoo.com

January 3, 2009

PASCA HIJRAH

Dengan peristiwa hijrah ke Madinah, baginda Rasulullah s.a.w. membina suatu tapak baru dalam kehidupan umat Islam dan seterusnya membentuk sebuah negara Islam yang unggul.

Pengalaman 13 tahun menjalankan dakwah dan seruan di Mekah, adalah amat bermanfaat dalam kepimpinan Rasulullah s.a.w. seterusnya. Kerana itulah Rasullah s.a.w. mengambil beberapa strategi penting dalam menyusun semula kehidupan umat Islam di Madinah.

Antara langkah penting yang diambil baginda ialah memupuk semangat kekitaan dengan lambang kita bersaudara. Dengan dorongan dari Rasulullah s.a.w. orang-orang Aus dan Khazraj dapat disatukan.

Orang Mekah yang berlindung di Mekah digelar Muhajirin, penghijrah. Orang Madinah disebut golongan Ansar, yang melindungi. Hungunan mereka dipererat dengan sekukuhnya.

Orang-orang Ansar di Madinah sanggup kahwin dengan orang dari Mekah, walaupun orang Mekah itu miskin, daif dan datang ke Madinah sehelai sepinggang.

Orang-orang Mekah yang digelar Muhajirin dengan mudah diterima sebagai saudara oleh orang-orang Madinah yang digelar Ansar.

Semangat kekitaan itu diperkukuh dengan firman Allah

“innamal Mukminum ikhwatun’ ...

‘Orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara antara satu sama lain, maka perbaikilah perhubungan persaudaraan itu. Mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.

(Al Hujurat ayat 10)

Amalan bersaudara ini menjadikan umat Islam semakin mantap, kerana bahagian penting komposisi warga Madinah adalah terdiri dari keluarga besar yang ada hubungan saudara mara, ipar duai dan anak menantu.

Rasulullah juga memperkemas lagi hubungan persaudaraan itu dengan mengaitkannya kepada iman. Malah hubungan persaudaraan itu hendaklah sampai ke hari akhirat.

Sabada baginda,

‘Tidak masuk syurga kamu, kecuali kamu beriman. Tidak beriman kamu, kecuali kamu berkasih sayang sesama saudara kamu.’

(Riwayat Muslim).

Malah baginda pernah menyatakan,

‘Tidak sempurna iman kamu, kiranya kamu tidak mengasihi saudaramu seperti mana kamu mengasihi diri sendiri.’

Demikianlah hidup bersaudara yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.

Langkah seterusnya yang diambil oleh Rasulullah s.a.w. ialah mendidik umat supaya sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Asas pendidikan kasih sayang bukan saja sesama insan tetapi merentasi makhluk-makhluk ciptaan Allah s.w.t.

Dengan sifat kasih sayang, persengketaan dapat dielakkan, pergaduhan dapat dileraikan. Sifat suka menganiaya dan membuli orang lain dapat dinyahkan dari diri seseorang.

Baginda pernah ditegur oleh seorang bernama Aqra’ kerana mencium cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussin. Baginda menjawab, ‘Siapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayangi.

Rasulullah s.a.w. juga menitikberatkan kehidupan berjiran. Ia adalah faktor penyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan umat seluruhnya.

Baginda mengajarkan bahawa jiran itu hampir-hampir sama dengan ahli keluarga. Ia perlu dikasihi dan disayangi serta diambil berat segala kepentingannya.

Baginda mengajarkan supaya keperluan jiran dan perasaan jiran hendaklah diambil berat, walaupun kadang-kadang nampak remeh.

Baginda pernah menegur Abu Zar r.a., ‘Wahai Abu Zar, kalau memasak makanan banyakkan kuahnya, supaya dapat dibagi-bagi kepada jiran.

Demikian lembutnya Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat supaya sentiasa menjaga kebajikan jiran. Ini jelas menunjukkan bahawa berkongsi rahmat dan rezeki dari Allah itu amat dituntut kita melakukannya supaya kita sentiasa dalam keredhaan Allah.

Para wanita juga pernah ditegur baginda supaya jangan menghina seseorang yang bersedekah, walaupun yang disedekahkan itu hanya kaki kambing. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga selalu mengingatkan umatnya supaya jangan suka menyakiti hati jiran.

‘Kalau beriman dengan Allah dan hari akhirat, buat baiklah dengan jiran. Kalau beriman dengan Allah dan hari akhirat, muliakanlah tetamu, kalau beriman dengan Allah dan hari akhirat ucapkan kata-kata yang baik. Jika tidak, eloklah diam.

(Riwayat Muslim).

Pembangunan modal insan adalah salah satu perkara penting yang diberi keutamaan oleh Baginda, khususnya setelah berhijrah ke Madinah. Ini ternyata dalam beberapa hadith baginda yang menggalakkan umat Islam sentiasa menuntut ilmu.

Baginda Rasulullah s.a.w. mengaitkan ilmu bukan saja untuk kepentingan duniawi, tetapi juga adalah jalan bagi seseorang untuk mendapat peluang ke syurga di akhirat kelaka.

Sabda baginda s.a.w.

‘Barangsiapa yang berusaha mencari jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya jalan-jalan ke syurga.’

Riwayat Tarmizi.

Malah dalam hadith lain baginda menyatakan bahawa menuntut ilmu adalah FARDHU bagi tiap-tiap orang Islam.

Dengan ini jelas bahawa dalam menuntut ilmu, umat Islam perlu ada keseimbangan antara ilmu mengenai urusan dunia dan ilmu mengenai urusan akhirat.

Hijrah juga adalah proses membawa manusia kembali kepada fitrah semula jadinya iaitu sebagai pemimpin atau KHALIFAH

Seorang khalifah semestinya mempunyai wibawa dan kemampuan untuk memimpin diri sendiri dan memimpin orang lain. Tidaklah layak dia menjadi khalifah, jika dia gagal memimpin dirinya apatah lagi diri orang lain.

Kerana itulah baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,

‘Tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab ke atas pimpinannya. Setiap lelaki adalah pemimpin dan bertanggung jawab terhadap ahli keluarganya. Seorang perempuan juga adalah pemimpin dan bertanggung jawab di dalam rumah suaminya. Seorang hamba atau orang gaji juga adalah bertanggung jawab ke atas harta majikannya. Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu dipersoal tentang kepimpinannya.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Beberapa pengajaran dapat kita ambil dari hijrah Rasulullah s.a.w.

Diantaranya ialah:

  1. Bahawa manusia perlu kembali kepada fitrahnya diciptakan iaitu sebagai khalifah, pemimpin kepada diri, keluarga dan juga orang lain.
  2. Untuk menjadi seorang khalifah (pemimpin) yang berjaya, diri mestilah dilengkapi dengan ilmu yang mencukupi baik mengenai urusan dunia maupun hal akhirat.
  3. Selain dari ilmu yang mencukupi, kita juga perlu ada komitmen dan rasa tanggung jawab yang mendalam terhadap orang dibawah tanggungan kita.
  4. Selain itu, setiap individu di dalam masyarakat hendaklah sentiasa mengamalkan nilai kasih sayang dan perpaduan dalam sebarang tindakan supaya perasaan muhibbah dapat dikekalkan dan agama Islam dapat dipertahankan.

Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita dapat hidup aman sejahtera, maju jaya dan seterusnya diridhai Allah dari dunia sampai ke akhirat.

Haji Kamaluddin Md. Zin, kamalzin@yahoo.com

January 2, 2009

MAAFKANLAH

Pemaaf adalah sifat rabbani yang sangat dituntut kita mengamalkannya. Allah itu bersifat amat pengampun dan pemaaf. Allah Afuwwun Ghafur.

FirmanNya, 'Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan orang lain, maka sesungguhnya Allah Maha pemaaf lagi Maha Kuasa (Al Ra'ad 6).

Tuntutan supaya seseorang bersifat pemaaf dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya, 'Dan sesungguhnya orang yang bersabar dan pemaaf maka itulah urusan yang paling utama. (As Syura 431).

Dalam ayat itu Allah gandingkan sifat sabar dengan pemaaf sebaga suatu simbul keunggulan peribadi mukmin yang sentiasa mengharap keridhaanNya.

Akhlak Nabi Muhammad adalah teladan yang utama menunjukkan sifat sabar dan pemaaf. Tingkat kesabaran dan maaf Baginda bukan saja kepada perkara kecil, malah juga terhadap perbuatan mengancam nyawa Baginda sendiri.

Dalam peperangan Khaibar, Zainab binti Al Harith telah membawa kaki kambing panggang kepda Rasulullah, setelah mengetahui makanan itu amat digemari Baginda. Dengan niat yang jahat daging itu sebenarnya telah diberinya racun sebanyak-banyaknya.

Setelah merasa sedikit daging kambing itu, Rasulullah memuntahkannya dan berkata, 'Tulang kambing ini memberitahu bahawa ia telah diracun.'

Zainab lalu dipanggil dan disoal. Dalam ketakutan kerana rahsianya terbongkar, Zainab mengaku bersalah.

Diriwayatkan Bisyr bin Barrra meninggal dunia kerana memakan daging tersebut.

Namun Rasulullah memaafkan Zainab kerana telah membuat pengakuan bersalah.

Dalam perang Uhud pula orang Islam mengalami kekalahan teruk. Wajah Baginda calar balar dan giginya patah. Ada para sahabat yang berkata,

'Seharusnya engkau berdoa supaya musuh-musuh itu dibinasakan Allah.

Baginda menjawabb, ;Aku diutus adalah sebagai da'i dan rahmat. Ya Allah berilah kepada mereka petunjuk sesungguhnya mereka tidak mengetahui. (Muhammad Al Hufi, Akhlak Nabi).

Suhail bin Amr adalah seorang yang sangat anti Islam dan menjalankan propaganda anti Muhammad. Dia tertawan dalam perang Badar. Kata Umar Al Khattab, 'Ya Rasulullah, izinkan aku mencabut dua giginya, biar terkeluar lidahnya dan tidak lagi dapat berpidato.

Rasulullah menjawab 'Aku tidak melakukakezaliman seperti itu. Kalau aku lakukan, Allah akan menganiayai aku pula, wlaupun aku seorang Nabi.

Inilah teladan akhlak dari Rasulullah s.a.w. untuk orang muttaqin, yamg disebut Allah 'mereka menafkahkan harta di masa lapang atau dimasa kesempitan dan menahan marah serta memaafkan manusia. Sedangkan Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan (Aali Imaran 133).

Wallahu A’alam.

January 1, 2009

SEMANGAT KORBAN PUDAR

SEMANGAT KORBAN PUDAR
TELADAN yang dditunjukkan para rasul terdahulu membuktikan bahawa pengorbanan adalah suatu tuntutan yang sangat mulia.Yang dikorbankan bukan sahaja harta benda malah juga nyawa sendiri.
Di zaman Muhammad Rasulullah s.a.w. para sahabat sanggup mengeluarkan harta benda untuk menegakkan agama Islam. Mereka mengeluarkan bantuan untuk peperangan, menyumbang ribuan unta dan kuda serta peralatan perang demi mencari keridhaan Allah.
Mereka turut berjuang di medan perang demi cinta kepada agama, Allah dan RasulNya. Pilihan mereka tidak lain dari menang atau SYAHID.
Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah mendermakan seluruh hartanya untuk jihad. Apabila ditanya oleh Rasulullah, ‘Apa yang tinggal padamu?
Abu Bakar menjawab, ‘Aku ada Allah dan RasulNya.’
Mafhumnya bahawa, Allah dan Nabi Muhammad itu lebih utama baginya dari segala harta di dunia ini.
Dalam hal mengorbankan nyawa kerana agama, maka Al Quran banyak merakamkan peristiwa yang boleh menjadi teladan kepada seluruh umat.
Nabi Ibrahim dipilih Allah untuk menunjukkan contoh ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t.
Kemuncak ujian yang diterima oleh Nabi Ibrahim ialah apabila Allah s.w.t. memerintahkannya menyembelih anaknya Ismail a.s.
Apabila perintah itu diberitahu kepada anaknya Ismail, dengan tegas ia menjawab, ‘Lakukanlah apa yang diperintahkan. Insya Allah ayah akan dapati aku dari kalangan orang yang sabar (Assafat 103).
Allah menerima ketaatan yang tulin dari Ibrahim dan Ismail, lalu menggantikannya dengan hewan sembelihan yang lebih besar, hingga kini menjadi simbul ibadah korban.
Hari ini semangat korban dan suka membantu orang lain semakin pudar. Pertolongan dan bantuan bukan lagi kerana Allah tetapi kerana ada tujuan-tujuan keduniaan.
Dalam setengah peristiwa, bantuan tidak dapat disampaikan dengan sempurna jika tidak disertai ‘kamera TV’ atau orang-orang kenamaan berjeket kemas.
Wallahu A’alam